Wasiat dan Urus Harta Islam

Wasiat dan Urus Harta Islam Sediakan payung sebelum hujan.. Indahnya jika harta dan hutang anda diurus badan professional

Selamat Menjemput Rezeki🤲😋
05/12/2023

Selamat Menjemput Rezeki🤲😋

Check out Nor Hisham Al Araf Group's post.

Bolehkah Wasiat Kepada Waris Faraid Tanpa Ikut Hukum Faraid?SIAPAKAH WARIS FARAID? Bolehkah seseorang membuat wasiat kep...
18/09/2023

Bolehkah Wasiat Kepada Waris Faraid Tanpa Ikut Hukum Faraid?

SIAPAKAH WARIS FARAID?

Bolehkah seseorang membuat wasiat kepada waris faraid tanpa mengikuti hukum faraid? Pertanyaan ini sering ditanyakan dan menjadi topik di kalangan masyarakat umat Islam di Malaysia.

Pertama sekali, kita perlu faham berkenaan hak faraid. Faraid adalah hukum atau undang-undang berkaitan pewarisan harta pusaka orang Islam dan ia akan terpakai apabila pemilik harta meninggal dunia.

Waris Faraid p**a adalah waris si mati yang berhak mewarisi harta pusaka si mati.
Setiap waris yang berhak serta bahagian yang mereka berhak mewarisi telah ditetapkan secara khusus dinyatakan di dalam al-Quran melalui Surah al Nisa’ ayat 7-12 dan ayat 176.
Boleh rujuk pada blog berikut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Faraid dan Wasiat seperti dinyatakan di atas :-

1 Apa itu Hukum Faraid?
2 Pemberian Harta Pusaka Melalui Wasiat

APAKAH KUASA WARIS TERHADAP PUSAKA?

Waris yang berhak ke atas harta pusaka si mati itu mempunyai hak untuk menerima bahagian Faraid mereka daripada harta pusaka si mati.
Mereka juga berhak untuk melepaskan atau menolak bahagian Faraid mereka itu melalui konsep Takharuj dan ia dibenarkan. Mereka boleh menentukan kepada siapa akan diserahkan bahagian yang dilepaskan dan ditolak tersebut.

ADAKAH WASIAT KEPADA WARIS FARAID TANPA MENGIKUT HUKUM FARAID DIBENARKAN DALAM ISLAM?

Pemberian harta melalui wasiat kepada waris Faraid dan pemberian tersebut tidak mengikut hukum Faraid adalah dibenarkan dengan syarat perlaksanaan wasiat tersebut selepas kematian pewasiat mestilah dipersetujui oleh semua waris Faraid.

Wasiat adalah bersifat pesanan atau hasrat pewasiat. Pelaksanaannya masih lagi tertakluk kepada hukum faraid di dalam islam.

FATWA

Merujuk kepada Fatwa Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2, 2018 bersidang pada 20 April 2018 memutuskan bahawa:
“Sesuatu wasiat yang dibuat kepada seseorang waris hendaklah tidak berkuat kuasa sehingga diberi persetujuan oleh waris-warisnya selepas kematian pewasiat.”

KESIMPULAN

Pewasiat boleh menyatakan di dalam wasiat, pemberian kepada waris tanpa mengikut hukum faraid.
Sebagai contoh Ahmad menuliskan wasiat menyatakan hartanya akan di bahagikan kepada semua waris secara sama rata.
Setelah Ahmad meninggal dunia nanti, wasi yang melaksanakan wasiat perlulah mendapatkan persetujuan semua waris Ahmad sebelum pengagihan harta dilaksanakan sama ada:
1) Waris perlu bersetuju untuk mengikut apa yang dinyatakan di dalam wasiat, ataupun
2) Waris ingin mengikut hukum faraid dan mendapat bahagian merngikut hak faraidnya.

Klik link di bawah jika ingin tahu lebih lanjut:

www.wassap.my/60139331139






Ketahui Bagaimana Anda Dapat Menjaga Kebajikan Keluarga Setelah Ketiadaan Anda.Harta pusaka perlu diuruskan mengikut per...
14/09/2023

Ketahui Bagaimana Anda Dapat Menjaga Kebajikan Keluarga Setelah Ketiadaan Anda.

Harta pusaka perlu diuruskan mengikut peruntukan Undang-undang Sivil dan Syariah.

Tahukah anda bahawa :

Apabila anda meninggal dunia, harta pusaka akan terbeku.

Proses untuk mencairkan, mentadbir serta mengagihkan harta pusaka akan mengambil masa yang lama.

Harta pusaka akan diagihkan mengikut undang-undang Syariah.

Menangguhkan pentadbiran pusaka akan menyebabkan nilai bahagian penerima akan berkurangan.

Klik link di bawah jika ingin tahu lebih lanjut:

www.wassap.my/60139331139






Kematian itu pasti. Bekas Menteri meninggal pada 2015.Pertelingkahan tentang harta pusaka yang tak berkesudahan.Perkara ...
13/09/2023

Kematian itu pasti. Bekas Menteri meninggal pada 2015.

Pertelingkahan tentang harta pusaka yang tak berkesudahan.

Perkara sebegini bukan sahaja berlaku pada orang kaya sahaja bahkan keluarga yang sederhana.

Tidak faham konsep pembahagian harta dalam Islam & tiada muafakat sesama ahli waris.

Jika kita rasa ahli waris tidak mampu urus harta dengan baik, maka lebih baik kita melantik pentadbir harta melalui syarikat amanah seperti as-Salihin Trustee. Insya Allah pasti diurus secara professional, cepat & amanah.

Urus tadbir harta pusaka semua perlukan duit. Jadi anda perlu wujudkan Tabung Pusaka melalui caruman dalam pelan takaful supaya ia tidak memberi kesulitan kepada waris-waris anda.

Kita doakan semoga segala permasalahan bagi keluarga arwah & semua keluarga Islam dapat selesaikan urusan pusaka secara baik.

Hukum faraid adalah satu ketetapan yang wajib semua umat Islam patuhi. DIA Yang Maha Mengetahui untuk hamba-hambaNYA.










Nak tahu tentang macam mana nak rancang harta & tabung pusaka, boleh ketik link di bawah

https://rancanghartatabungpusaka.wasap.my/

01/03/2023
Membantu klien menguruskan Perancangan Harta yang lengkap...Alhamdulillah, beliau mempunyai kesedaran untuk merancang ke...
29/11/2021

Membantu klien menguruskan Perancangan Harta yang lengkap...

Alhamdulillah, beliau mempunyai kesedaran untuk merancang ketika masih muda & sihat. Memandangkan beliau masih muda & anak-anak masih kecil, klien saya ini telah mengamanahkan saya & as-Salihin trustee untu mentadbir harta beliau seperti rumah, tanah, wang pelaburan & insurans beliau.

Beliau berminat untuk hibahkan rumah & tanah kepada anak-anak selepas kematian beliau nanti.

Disamping itu, beliau berhasrat membuat Amanah Takaful/Insurans untuk memastikan kos pentadbiran harta pusaka , cukai-cukai,hutang-hutang dapat diselesaikan. Menariknya, Amanah Takaful/Insurans ini boleh diuruskan oleh AST mengikut apa yang dihasratkan oleh klien ini selepas kematian seperti memberi wang secara bulanan kepada anak-anak beliau bagi tujuan pendidikan dan wang Amanah ini juga boleh dibuat pelaburan bagi pihak klien selepas pemergian beliau demi kelangsungan hidup buat anak-anak beliau.

Selain itu, Wang Amanah ini boleh dibuat oleh pelanggan bagi tujuan sedekah/infaq untuk bekalan klien di negeri abadi.

Rancanglah dari awal dalam kehidupan baik perlindungan Takaful, pelaburan & perancangan harta kerana kematian tidak mengira usia.





06/09/2020

Wasiat X Hibah Dalam Perancangan Harta Islam

SOALAN:🤔

Apakah perbezaan *WASIAT* dan *HIBAH*? manakah dokumen yg lebih bagus dalam merancang harta pusaka?

JAWAPAN: 👨🏻‍🏫

Setiap dokumen perancangan harta pusaka memainkan peranan yang tersendiri dalam membantu ummat Islam untuk menyelesaikan masalah harta pusaka yang akan timbul kelak. Namun kita hendaklah memahami peranan dan fungsi setiap dokumen dgn jelas dan teliti sebelum memilih perancangan yang harus dibuat.

Disenaraikan perbezaan diantara wasiat dan hibah sebagai panduan semua:

1.Perlantikan wasi
Wasiat : ada
Hibah : tiada

2.Perlantikan penjaga harta
Wasiat : ada
Hibah. : ada

3. Penyelesaian hutang
Wasiat : ada
Hibah : tiada

4. Penyelesaian kos pentadbiran pusaka, liabiliti dan tunggakkan.
Wasiat : ada
Hibah : tiada

5. Pemulangan harta amanah
Wasiat. : ada
Hibah. : tiada

6. Pemberian kepada bukan waris faraid
Wasiat. : maksimum 1/3
Hibah. : tiada had

7. Sedekah dan waqaf
Wasiat. : maksimum 1/3
Hibah. : tiada

8. Pemberian yang tidak mengikut kadar faraid kepada waris faraid
Wasiat. : tertakluk kepada persetujuan waris
Hibah. : tidak tertakluk kepada persetujuan waris

9. Pengurusan dan pembahagian harta yang tertinggal atau harta baru yang tidak dinyatakan dalam dokumen
Wasiat : ada
Hibah : tiada

10. Pembahagian dan hak kepada waris tertinggal atau baru yang tidak dinyatakan dalam dokumen
Wasiat : ada
Hibah. : tiada

11. Pesanan terakhir
Wasiat : ada
Hibah. : tiada

10. Wujud dalil yang soreh atau jelas yang menyatakan sebelum berlaku kematian sediakan perancangan.
Wasiat : ada
Hibah. : tiada

*Rumusan*

Perancangan harta pusaka Islam adalah bermatlamat untuk menyempurnakan tanggungjawab dan hak yang perlu dilunaskan selepas kematian, dalam prinsip perancangan harta pusaka Islam ada 3 hak utama yang perlu disempurnakan:
1. Hak Allah SWT - cth: pelaksanaan faraid sebagai bukti keimanan seorang Muslim. Zakat, fidyah, haji, nazar dan lain-lain.
2. Hak diri sendiri - cth: sedekah, waqaf, liabiliti, tunggakkan dan lain-lain.
3. Hak orang lain - cth:
Pemulangan harta Amanah, hutang piutang, hak waris faraid, anak angkat dan lain-lain atas dasar kasih sayang.

Ketiga-tiga hak ini dapat disempurnakan dengan baik melalui wasiat, manakala hibah hanya dapat melaksanakan beberapa perkara sahaja, namun hibah masih ada kelebihan dari sudut pembahagian kepada orang atau kump**an tertentu yang tidak tertakluk kepada persetujuan waris faraid.
Di sini dapat disimpulkan bahawa perancangan harta pusaka melalui wasiat adalah *lengkap* dan hibah *melengkapi* lagi dalam soal pembahagian.
Penulis secara peribadi menasihatkan supaya perancangan yang perlu dibuat adalah berdasarkan *"apa yang sepatutnya dibuat"* bukan semata-mata *"apa yang hendak dibuat"*

Akhir kalam, rancanglah harta dengan berwasiat, jika ada keperluan dalam pembahagian selain faraid dengan matlamat yang dibenarkan syarak dan bukan kerana hendak "lari" daripada faraid tambahlah perancangan dengan hibah. Wallahua'lam.

Credit:Ustaz Rasmin Yap






Nak tahu lebih lanjut berkenaan Wasiat,hibah dan juga peluang menjadi Perancang Harta Islam boleh wasap ditalian di bawah:

0139331139

30/07/2020
10/07/2020

Wasiat-Merupakan instrumen utama dalam perancangan harta pusaka Islam..
Terdapat 2 PERINGKAT URUS HARTA PUSAKA apabila berlaku KEMATIAN..

Peringkat Pertama: Pentadbiran Harta Pusaka

Tiada Wasiat-Pihak waris perlu dapatkan Geran Surat Kuasa Mentadbir

Ada Wasiat- Pihak waris hanya dapatkan Geran Probet

Peringkat Kedua: Pengagihan Harta Pusaka

“Kamu diwajibkan , apabila seorang daripada kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta(hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibubapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik(menurut peraturan agama), sebagai satu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.”

Surah Al-Baqarah:ayat 180

Setiap kita perlu membuat wasiat ketika masih hidup supaya bila kita mati, urusan pentadbiran dan pengagihan harta pusaka menjadi lebih mudah kepada pewaris.







Kredit: Wasiat Mudah Faham

Address

41 Jalan Austin Heights 8/8
Johor Bahru
81100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60139331139

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wasiat dan Urus Harta Islam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Wasiat dan Urus Harta Islam:

Share