16/05/2022
Kami namakan pelajar cicir kami ini, Diana.
Diana murid darjah 4 tetapi Diana tidak mampu membuat latihan mathematik dan untuk peperiksaan darjah 3, Diana tidak lulus. Diana tidak faham apa yang cikgu sekolahnya ajar. Maklumlah, 2 tahun terhenti sessi persekolahan akibat covid19.
Ibubapanya menghantar kepada kami untuk Diana belajar. Pertama kalinya, kami kenal pasti masalah pembelajaran Diana. Syukurlah, Diana tiada masalah pembelajaran yang serius, Diana hanya tidak faham menyebabkan Diana menjadi tidak s**a belajar mathematik.
Kami berusaha menarik minat Diana terhadap mathematik. Dimulakam dengan belajar asas tolak campur dan bestnya sebulan sahaja Diana sudah mendapat rentak menguasai pembelajaran ini.
Bila sudah mahir membuat operasi tolak campur, kami asah p**a menjawab soalan-soalan K-Bat.
Dalam masa 3 bulan, Diana mampu menghafal sifir 2 hingga 7. Sekarang, Diana masih belajar bersama kami. Kami sangat seronok kerana Diana sudah memasuki fasa menguasai silibus darjah 2 dan 3. Sesekali Diana membawa kerja sekolah mathematik darjah 4 untuk mendapat tunjuk ajar dari cikgu. Cikgu di FN Legacy tidak pernah berkira. Mana yang Diana masih kurang faham, cikgu akan ajar sehingga faham. Keputusan ujian Diana baru ini juga menunjukkan peningkatan yang sangat baik, lulus dengan cemerlang.
Kami jangkakan Diana akan boleh menguasai mathematik silibus darjah 4 dengan baik di akhir tahun. Bila Diana memasuki darjah 5, insya-Allah Diana sudah tidak tercicir lagi.
Sekarang, Diana s**a mathematik.