28/02/2024
Soalan yang selalu ejen dapat,
โKalau tak mati?โ
Kita semua ni bakal jenazah dah pun. Waktu je berbeza, tak tahu bila.
Takaful bukan tentang mati ataupun tidak.
Mati tetap akan mati.
Mati itu pasti dan dijamin!
Tinggal lagi masa dan ketika tu je yang sedang menjadi tanda tanya. Saya bukan agamawan, jadi saya bukanlah nak bercerita berkenaan amalan yang perlu dibawa dan sebagainya.
Saya hanya seorang perunding takaful yang menasihatkan orang ramai supaya sediakan takaful.
Saya cuma mengingatkan berkenaan โsiapaโ dan โapaโ yang akan kita tinggalkan selepas kematian.
Siapa yang kita tinggalkan? Waris.
Apa yang kita tinggalkan? Hutang. Harta.
Mati diusia tua dan mati diusia muda akan mewujudkan dua situasi berbeza.
Sebagai contoh mati ketika berusia 70 atau 80 tahun. Waktu tu nanti dah takde apa dah yang nak kita risaukan. Anak-anak semua dah besar, dah habis belajar, dah bekerja, dah berkahwin.
Hutang-hutang jahat semua dah selesai.
Kereta dah habis bayar. Rumah pun dah habis bayar.
Pemergian kita ketika umur begini hanya meninggalkan kesedihan kepada waris-waris kita.
Tapi ada ke jaminan yang kita akan mati di usia tua? Betul, tiada jaminan.
Berbeza p**a ceritanya andai kita ditakdirkan mati ketika usia muda.
Sebagai contoh mati ketika berusia 30, 40 tahun.
Agak-agak pada ada usia begini, hutang yang menggunung tu dah settle ke belum?
Rumah dah habis bayar ke belum?
Kereta dah habis hutang ke belum?
Hutang kad kredit dah settle ke belum?
Umur anak-anak dah berapa tahun?
Anak-anak dah habis belajar ke belum?
Dah sempat tinggalkan sejumlah harta atau perbelanjaan buat waris ke belum?
Dah bersedia ke waris kita untuk kehilangan kita sebagai tempat bergantung?
Ini yang perlu kita bimbangkan sebenarnya, bukannya mati ataupun tidak.
Kalau ditakdirkan kita mati ketika usia begini, pemergian kita bukan sekadar meninggalkan air mata, malah meninggalkan beban kepada waris.
Apa yang saya nak sampaikan kat sini, mati tetap akan mati. Tak perlu nak dirisaukan lagi. Benda dah pasti.
Jika ditakdirkan hari ini adalah terakhir kita, adakah esok kita meninggalkan anak isteri dalam keadaan selesa, atau meminta-minta?
Tepuk dada, tanya saya.
Tapi kalau masih juga ada soalan โkalau tak matiโ, tak perlulah sediakan takaful ok. Membazir je.
Takaful tidak berguna untuk orang yang sihat dan boleh hidup sampai bila-bila.
-Faradilla AIA Elite Life Planner-
@0177082908