07/10/2026
DAPHLNIE JANE
βGADIS KADAZANDUSUN YANG MENGUBAH MINAT MENJADI IMPIANβ
Di sebalik senyuman manis seorang gadis Kadazandusun dari Sabah, tersimpan kisah seorang anak muda yang tekun mengejar impian dalam bidang yang amat dicintainya β Rekabentuk Dalaman.
Daphlnie Jane menyerlah bukan sahaja melalui kreativiti, tetapi juga kecemerlangan akademik dan keperibadian yang baik. Sepanjang mengikuti Diploma Rekabentuk Dalaman (DID), beliau menerima Anugerah Dekan dari Semester 1 hingga Semester 5, dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik DID sesi 2023β2025 serta menerima Anugerah Ketua Eksekutif.
Minat mendalam terhadap dunia reka bentuk mendorongnya menghasilkan idea-idea kreatif dan berani menyertai Asia Young Designer Awards (AYDA) 2025 serta Festival Senibina Johor 2025. Beliau juga aktif menyertai pelbagai aktiviti sepanjang berada di kolej, termasuk program lawatan akademik, Johor Youth Meetup, aktiviti IDSA, AYDA Briefing Roadshow dan Final Year Project Exhibition β Interior Design. Dalam Jamuan Raya IDSA 2025, beliau turut diberi tanggungjawab sebagai AJK Dekorasiβsatu peranan yang dekat dengan bidang dan bakatnya.
Daphlnie juga dikenali sebagai seorang yang rajin, amanah, kreatif dan ringan tulang. Beliau sentiasa komited terhadap tugasan, proaktif mendapatkan bimbingan pensyarah dan tidak lokek membantu rakan-rakan. Selain itu, kebolehannya mengatur kata dan berbahasa Melayu dengan sangat fasih menjadikan beliau seorang yang mampu menyampaikan idea dengan yakin dan berkesan.
Di sebalik kejayaan Daphlnie, ada dua insan yang sentiasa menjadi sebahagian penting dalam perjalanan hidupnya β ayahnya, Linus Gadius, seorang chef, dan ibunya, Jannyfer Lajurus, seorang suri rumah. Daripada keluarga inilah Daphlnie membawa nilai usaha, tanggungjawab dan kesungguhan dalam mengejar masa depan. Hari ini, setelah menamatkan pengajian, beliau melangkah ke alam kerjaya sebagai Interior Designer di Inch Design Sdn. Bhd.
Daphlnie Jane membuktikan bahawa apabila minat disatukan dengan ilmu, disiplin dan keberanian, impian mampu menjadi kenyataan. Daripada seorang gadis yang mencintai reka bentuk, kini beliau mula mereka bentuk masa depannya sendiri.
Oleh: Zurina Mohamed Saad
YB Dr. Naqib Ghazali
YB Rugendran Vellayan
YAYASAN PELAJARAN JOHOR
Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor
Kolej Kemahiran Johor
Tadika & Taska Hikmah YPJ