Koperasi Sinergi Usahawan Johor Berhad

Koperasi Sinergi Usahawan Johor Berhad Koperasi ialah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawah Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia.

Definisi

Sebuah koperasi adalah pertubuhan manusia yang berautonomi di mana anggotanya bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama dan aspirasi bersama di bidang ekonomi, sosial dan budaya, melalui suatu badan yang dimiliki bersama dan yang terkawal secara demokrasi. Nilai-nilai
Koperasi adalah berasaskan nilai-nilai berdikari, bertanggung jawab pada diri sendiri, demokrasi, kesama

an, kesaksamaan atau keadilan, perpaduan, kesetiaan dan bersatu hati. Selaras dengan tradisi pengasas gerakan itu, anggota koperasi menerima nilai-nilai etika, termasuk sadik, amanah, ketelusan, tanggung jawab sosial serta prihatin terhadap orang lain. Prinsip-prinsip Koperasi

Prinsip koperasi menjadi panduan untuk koperasi mengamalkan nilai-nilainya. Prinsip Pertama: Keanggotaan Sukarela dan Terbuka
Koperasi adalah organisasi sukarela yang terbuka kepada semua orang yang boleh mengguna perkhidmatannya dan yang sedia menerima tanggung jawab keanggotaan tanpa diskriminasi jantina, lapisan masyarakat, bangsa, politik mahupun agama. Prinsip Kedua: Kawalan Demokrasi oleh Anggota
Koperasi organisasi demokratik yang dikawal oleh anggotanya mengambil bahagian secara aktif di dalam usaha menentukan dasar dan membuat keputusan. Lelaki dan wanita yang berkhidmat sebagai wakil yang dipilih bertanggung jawab kepada semua anggota. Di dalam koperasi Asas, anggotanya mempunyai hak mengundi yang sama (iaitu satu ahli satu undi) dan koperasi-koperasi di tahap lain disusun secara demokrasi. Prinsip Ketiga: Penglibatan Ekonomi oleh Anggota
Setiap anggota menyumbangkan modal secara saksama dan mengawal modal koperasi itu secara demokrasi. Sekurang-kurangnya sebahagian daripada modal itu menjadi harta bersama koperasi itu. Pada umumnya, anggota yang menyumbangkan modal sebagai syarat keanggotaan akan menerima pulangan terhad, jika ada. Anggota akan membahagikan lebihan atau keuntungan kepada tujuan berikut : memajukan koperasi mereka mungkin melalui rezab yang sebahagian daripadanya tidak boleh diagih-agihkan kepada anggota; memanfaatkan anggota mengikut nisbah urusniaga mereka dengan koperasi itu, dan membantu kegiatan lain yang dipersetujui oleh keanggotaan. Prinsip Keempat: Autonomi dan Kebebasan
Koperasi adalah organisasi berautonomi dan berdikari yang dikawal oleh anggotanya. Jika koperasi itu membuat perjanjian dengan organisasi lain termasuk kerajaan, atau mendapat modal daripada sumber luar, maka ia harus memelihara prinsip kawalan demokrasi oleh keanggotaan sambil autonomi koperasi itu dikekalkan. Prinsip Kelima: Pendidikan, Latihan dan Maklumat
Koperasi menyediakan pendidikan dan latihan untuk anggotanya, wakil yang dipilih, pengurus serta kakitangan supaya mereka boleh menyumbangkan tenaga secara berkesan kepada pembangunan koperasi mereka. Koperasi memberi maklumat kepada rakyat umum khususnya kepada remaja dan pemimpin masyarakat. Prinsip Keenam: Bekerjasama di antara Koperasi
Koperasi berkhidmat kepada anggotanya dengan cara yang paling berkesan dan ia memperkukuhkan Gerakan Koperasi jikalau ia bekerja bersama-sama dengan struktur koperasi lain, setempat, nasional, serantau dan antarabangsa. Prinsip Ketujuh: Berprihatin Terhadap Masyarakat
Koperasi berusaha untuk mendapatkan pembangunan berkekalan bagi masyarakatnya melalui dasar-dasar yang dipersetujui oleh anggotanya.

06/12/2015

Inna lillahi wa inna ilahi rajiun
Salam Takziah buat Kerabat DiRaja dan Seluruh Bangsa Johor

Pusingan pertama 27 Oktober 2015 - 7 November 2015. Hanya dengan confirm appointment.
26/10/2015

Pusingan pertama 27 Oktober 2015 - 7 November 2015. Hanya dengan confirm appointment.

14/10/2015
JOM SIHAT KOTA TINGGItarikh : 10 Oktober 2015tempat : Dewan Kota Jaya, Kota Tinggimasa : 9 am - 5pmTerbuka!. Jom datang ...
07/10/2015

JOM SIHAT KOTA TINGGI
tarikh : 10 Oktober 2015
tempat : Dewan Kota Jaya, Kota Tinggi
masa : 9 am - 5pm

Terbuka!. Jom datang beramai-ramai!

!

18/06/2015

Salam Ramadhan warga KSUJB 😊

REBUT PELUANG INI ! TAWARAN KHAS !program cuti sekolah modul KHAS untuk ADIK-ADIK! Simulasi penuh INSPIRASI bermatlamat ...
25/05/2015

REBUT PELUANG INI ! TAWARAN KHAS !
program cuti sekolah modul KHAS untuk ADIK-ADIK! Simulasi penuh INSPIRASI bermatlamat menyemai & menyuburkan SEMANGAT BERNIAGA & JAYA DIRI khasnya generasi muda

Program cuti sekolah modul KHAS untuk ADIK-ADIK! Program Simulasi penuh INSPIRASI bermatlamat menyemai & menyuburkan SEM...
14/05/2015

Program cuti sekolah modul KHAS untuk ADIK-ADIK!
Program Simulasi penuh INSPIRASI bermatlamat menyemai & menyuburkan SEMANGAT BERNIAGA & JAYA DIRI khasnya generasi muda
TARIKH TUTUP : 1 JUN 2015

Projek Agro KoSINERGI kini bermula PM untuk merebut peluang bersama kami
14/05/2015

Projek Agro KoSINERGI kini bermula
PM untuk merebut peluang bersama kami

Tawaran Khas Belia : 18-35thn.Daftar NAMA:No.IC:No.HP:EMEL:Saiz Tshirt:Food Allergy:>> 0177798950 / putra.leads@gmail.co...
04/05/2015

Tawaran Khas Belia : 18-35thn.

Daftar
NAMA:
No.IC:
No.HP:
EMEL:
Saiz Tshirt:
Food Allergy:

>> 0177798950 / [email protected] SEKARANG!

Cepat cepat cepat siapa yang belum lagi masih sempat ni, hanta je https://www.youtube.com/watch?v=hev2kFrMH4U
23/04/2015

Cepat cepat cepat siapa yang belum lagi masih sempat ni, hanta je https://www.youtube.com/watch?v=hev2kFrMH4U

Sertai SUPERB 2015 dengan menghantar video mengenai idea dan butiran perniagaan anda kepada kami. Tonton video kami untuk syarat-syarat penyertaan dan anda m...

Address

58 Jalan Ledang 16, Taman Bukit Tiram, Ulu Tiram
Johor Bahru
81800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Sinergi Usahawan Johor Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Koperasi Sinergi Usahawan Johor Berhad:

Share