Jom order jom rasa trbaikkk

Jom order jom rasa trbaikkk Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jom order jom rasa trbaikkk, Business service, 5 Jalan shukor kg melayu majidi, Johor Bahru.

04/12/2023

BURNT CHEESE CAKE

kalau beli mahal. buat sendiri murah. kakak jual 7" rm35 ๐ŸŒผ๐ŸŒผ
ambik la resepi ni.

Bahan-bahan :
cream cheese 250gm
whipping cream 200ml
telur gred A 3 biji
essen vanilla 1 tsp
perahan lemon 1tsp
gula castor 1 cawan kecik
tepung gandum 2 sudu membukit

Cara-cara :
blend je semua sampai sebati.
bakar dlm oven suhu 200c 40 min api atas bawah lepastu tambah 10min api atas sahaja.
bakar airfryer suhu 170c 30min pastu suhu 200 10min.
sekian terima kasih ๐ŸŒผ๐ŸŒผ

Kredit : nor hidayu
Group resepi kat sini๐Ÿ‘‰ : t.me/inspirasiresepicom




04/12/2023

RESEPI KEK COKLAT MOIST LELEH

Bahan-bahan untuk kek:
4 biji telur
1 cwn gula kastor
1 sk esen vanila
1/2 cwn susu pekat
1 +1/4 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 sk soda bikarbonat
1 sk serbuk penaik
1/4 sk garam halus
1 cwn susu krim penuh
1 cwn minyak jagung
1/2 sk serbuk kopi segera
1 sb air panas

Bahan-bahan untuk coklat ganache:
350g coklat gelap compound
1 cwn susu cair
3 sb mentega

CARA-CARA:
Cara-cara untuk kek:
Sukat tepung gandum, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam halus.

Ayak kesemua bahan kering tadi dan ketepikan.

Pecahkan telur dan pukul dengan gula.

Masukkan esen vanilla dan sambung pukul sampai adunan kuning pucat.

Masukkan susu pekat dan kacau lagi anggaran 2-3 minit.

Masukkan adunan kering (yang ayak tadi) sedikit demi sedikit. Kacau sampai sebati.

Masuk susu full cream dan kacau sebati

Masukkan minyak jagung(boleh ganti dengan minyak sayuran, minyak canola atau minyak sawit) tujuan untuk lembabkan kek, kalau tidak kek akan kering.

Tambah sedikit air kopi dan kacau sebati.

Untuk bekas kek, Che Nom guna bekas plastik petak SQ450, hasilnya 7 bekas. Kalau nak bakar kek dalam oven boleh ganti dengan bekas aluminium.

Senduk masuk adunan kek kedalam bekas, anggaran 3/4 penuh.
Susun bekas dalam pengukus kemudian tutup dengan aluminium foil (takut wap air menitik kedalam kek).

Kukus kek selama 15-20 minit atau sampai kek masak.

Cucuk kek dengan lidi untuk test kek dah masak atau belum. Kalau lidi bersih maknanya kek dah masak kalau belum, sambung kukus 10 minit.

Bila kek dah masak sejukkan.
Cara-cara untuk coklat ganache:
Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih.

Letak mangkuk kaca (yang tahan panas) atas periuk tadi (double boil).
Masukkan coklat dan mentega dalam mangkuk kaca.

Kacau sampai coklat dan mentega cair.

Masukkan susu cair (boleh ganti whipping cream untuk texture yang lebih sedap) dan air kopi. Kacau sampai coklat sebati.

Tuang masuk coklat ganache atas sampai penuh bekas.

Tabur coklat rice sebagai hiasan.

TIPS
Masa pukul adunan kek, kalau nak senang sebati, masuk adunan kering sedikit demi sedikit dan mula kacau dari tengah mangkuk sampai larut dan baru kacau sampai ketepi.

Sebelum kukus tutup kek dengan aluminium foil (takut wap air menitik kedalam kek), kalau guna pengukus klasik balut penutup dengan kain.

Untuk double boil coklat, pastikan mangkuk tak kena permukaan air. Kita nak cairkan coklat dengan wap bukan rebus atas air. Kalau masak dengan suhu yang terlalu panas nanti coklat rosak, tak cair, berketul atau keras.

Untuk susu dalam coklat ganache boleh ganti dengan whipping cream. Texture coklat lebih cantik kalau guna whipping cream tapi kalau nak jimat boleh guna susu cair shj.

17/07/2023

RESEPI MEE KARI

Bahan Kuah Kari:
* Ayam atau daging
* Tauhu pelampung (goreng sekejap)
* 2 biji bawang merah besar (dikisar)
* 3 biji bawang putih (dikisar)
* 2 sb udang kering (dikisar)
* 10 tangkai cili kering (dikisar)
* 1 batang serai (diketuk)
* 4 sb serbuk kari (bancuh dengan sedikit air)
* 2 sb serbuk cili โ€“ optional (bancuh dengan sedikit air)
* 1 kotak kecil santan
* 1 cawan air
* 1 pc kiub pati ayam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan masukkan serai, bahan kisar dan serbuk kari dan serbuk cili yang dah dibancuh dengan sedikit air
2. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan ayam atau daging, biar bagi masak sekejap ya.
3. Lepastu baru masukkan santan dan air serta kiub pati ayam. Kepekatan kuah agak-agak saje ya, jangan cair/pekat sangat.
4. Perasakan dengan garam, gula dan perasa. Biar mendidih dan baru masukkan tauhu tadi. Siap!

Bahan lain:
* Mee kuning (celur sekejap)
* Fishball (goreng&hiris)
* Fishcake (goreng&hiris)
* Tauge
* Daun sup (hiris)
* Lada merah/ hijau (hiris)
* Bawang goreng
* Limau kasturi
* Telur rebus- belah dua

Kredit: Bunga Jua




17/07/2023

Cucur

1 paket tepung gandum
(cap ros 850 gram)
ยฝ paket yis
1 mangkuk kecil udang
1 mangkuk kecil kubis (dipotong kecil)
1 batang lobak merah (dipotong kecil)
2 tangkai daun bawang (dipotong kecil)
serbuk kunyit
serbuk lada sulah
1 biji telur
1 labu bawang besar (dikisar dgn 1 cawan air)
garam
air secukupnya
(jangan terlalu pekat dan
jangan terlalu cair ).

- satukan kesemua bahan.kacau sebati.tutup dalam bekas kedap udara.biarkan 1 jam (biarkan dia kembang sikit).
- panaskan minyak.
- goreng bancuhan dengan api yg sederhana.

17/07/2023

Semakin dekat nak raya mesti ibu-ibu tengah piker nak buat biskut apa untuk raya nanti kan? Apa kata cuba Resepi Biskut Cornflakes Choc Chip yang ranggup dan sedap ini.

17/07/2023

Sambal ulek/sambal Jawa/sambal totok

Resepi turun temurun

Bahan-bahan:
Ikan bilis*
Lada hijau*
Cili padi* - bagi yang s**a pedas
Bawang besar*
Garam
Gula
Minyak untuk menggoreng
*Nisbah ikan bilis, lada hijau dan bawang besar adalah 1:1:1.

Cara-cara:
1. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan toskan minyak.
2. Goreng lada, cili dan bawang besar yang telah dipotong tadi sehingga kelihatan layu. Angkat dan toskan minyak.
3. Tumbuk bahan-bahan yang telah digoreng. Letak sedikit garam dan gula secukup rasa. Dah siap!

Bagi pesakit resdung, sambal ini adalah alternatif bagi sambal belacan kerana sambal ini tidak menggunakan belacan, tetapi menggunakan ikan bilis goreng sebagai pengganti.

Enak dimakan bersama masak lemak putih dan sayur tumis air.

01/10/2020

Open order esok
Ada yg nk meh wasap 01160717971
Rm5 perbox
Pulut serunding

alhamdulilah besok dpt repeat order dr ekon save..100 bungkus..
14/12/2014

alhamdulilah besok dpt repeat order dr ekon save..100 bungkus..

rindu kt dak muk nie.
14/12/2014

rindu kt dak muk nie.

02/12/2014
bismilahiramnirahimopen order tuk ari nie wassap 01133848262 tuk order
29/11/2014

bismilahiramnirahim
open order tuk ari nie
wassap 01133848262 tuk order

Address

5 Jalan Shukor Kg Melayu Majidi
Johor Bahru
81100

Telephone

01133848262

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jom order jom rasa trbaikkk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share