Mr Manshor Kopitiam Power Cawangan Johor

Mr Manshor Kopitiam Power Cawangan Johor Mr Manshor Kopi Power Branch Johor Dengan menggunakan tagline 'kopi paling sedang dan paling mahal di dunia boleh didapati di sini.

11 tahun belajar rahsia kopi

11 tahun belajar rahsia kopi
SEBUT sahaja Gerai Mr Mashor Kopitiam & Sup Power yang terletak di Tapak Bekas Kem Paroi, pasti namanya kini menjadi sebutan di bibir penggemar kopi di sekitar Seremban. Harga di hotel lima bintang RM300 secawan, harga di restoran mahal RM60 secawan tetapi harga di gerai Mr Manshor Kopitiam hanya RM8 sahaja.'

Gerai menawarkan 25 jenis ko

pi kesihatan yang baru dibuka sejak sebulan lalu itu mempunyai keunikan tersendiri apabila kopinya tidak pahit meskipun dibancuh tanpa menggunakan gula dan susu. Aroma kopinya yang memukau ditambah p**a dengan herba kesihatan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Mahkota Dewa, Tunjuk Langit, Burung Walid dan pelbagai lagi herba. Belajar rahsia kopi dari China

Menurut pemiliknya, Manshor Abu, 76, dia mempelajari resipi rahsia kopi itu selama 11 tahun daripada bekas majikannya iaitu seorang Cina Muslim di Guangdong, China sebelum membuka perniagaan di negeri ini. Manshor yang lebih dikenali sebagai Pak Mansor berkata, dia mengenali majikannya yang disapa dengan panggilan Ustaz Ahmad itu ketika bekerja dengan kapal dagang minyak milik syarikat negara Jepun pada 1980-an.

“Saya bekerja sebagai kelasi manakala Ustaz Ahmad p**a kapten kapal. Selepas bekerja beberapa tahun dengan kapal dagang itu, kami sepakat untuk berhenti.

“Ustaz Ahmad mempelawa saya bekerja dengannya di China dan saya bersetuju mengikutinya. Saya bekerja di kedai makannya hanya sebagai pekerja biasa saja manakala Ustaz Ahmad yang membancuh kopi dan memasak,” katanya. Tambah Manshor, melihat ketekunan dia bekerja, Ustaz Ahmad mempelawanya untuk belajar ilmu bancuhan kopi yang menjadi resipi rahsia keluarga majikannya itu.

“Saya rasa gembira kerana Ustaz Ahmad mahu berkongsi resipinya dengan saya. Melihat kedainya sentiasa dipenuhi pelanggan setiap masa membuatkan saya tertarik untuk membuka perniagaan kopi selepas p**ang ke Malaysia nanti,” katanya. Menceritakan lanjut mengenai kedainya, Pak Mansor berkata, dia membuka kedai di Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) di Paroi, sejak dua tahun lalu sebelum berpindah ke Tapak Bekas Kem Paroi, Januari lalu.

“Kopi dan herba ini saya peroleh di sini cuma resipi ramuannya saja daripada China. Kopi yang bercampur dengan herba ini sudah saya siapkan terlebih dahulu dan hanya perlu ditambah air panas sahaja.

“Walaupun tidak menggunakan gula dan susu, rasanya tidak pahit dan rata-rata pelanggan gemarkan rasanya yang berbeza dengan kopi di kedai lain,” katanya. Menurutnya, kopi Power dan kopi Kacip Fatimah menjadi pilihan orang ramai yang datang ke gerainya yang beroperasi setiap hari bermula jam 4 petang hingga 2 pagi dan hanya tutup sekali dalam dua minggu iaitu pada hari Selasa.

“Kopi saya hanya RM8 dan RM20 sahaja. Walaupun herba mahal, saya tetap meletakkan harga rendah kerana mengikut petua orang Cina mengatakan biar harga murah supaya ramai datang dan rezeki pasti akan bertambah,” katanya. Cawan juga pengaruhi kesedapan kopi

Pak Mansor berkata, faktor penggunaan jenis cawan juga mempengaruhi kesedapan kopinya itu.

“Untuk rasa kopi sedap, jenis cawan lama orang Cina digunakan kerana aroma kopi itu akan hilang jika menggunakan jenis cawan lain. Ini ilmu yang saya belajar daripada majikan ketika bekerja di China dulu,” katanya.

Kopi Terbaik Untuk Anda....
28/05/2017

Kopi Terbaik Untuk Anda....

wow... gugirl nie tak cukup satu... memang power kopi manshor...
22/05/2017

wow... gugirl nie tak cukup satu... memang power kopi manshor...

Pelanggan Dari KL
15/05/2017

Pelanggan Dari KL

Kopi Paling Sedang Dan Paling Mahal Di Dunia - Mr Manshor Kopi Power
15/05/2017

Kopi Paling Sedang Dan Paling Mahal Di Dunia - Mr Manshor Kopi Power

Mr Manshor Kopi PowerBakal Berada Di Negeri Johor Pada 27hb Mei 2017Sinar Harian - 20 FEBRUARI 2015
15/05/2017

Mr Manshor Kopi Power
Bakal Berada Di Negeri Johor Pada 27hb Mei 2017

Sinar Harian - 20 FEBRUARI 2015

SEBUT sahaja Gerai Mr Mashor Kopitiam & Sup Power yang terletak di Tapak Bekas Kem Paroi, pasti namanya kini menjadi sebutan di bibir penggemar kopi di sekitar Seremban.

Kopi Mr Manshor Bakal Berada Di Johor
15/05/2017

Kopi Mr Manshor Bakal Berada Di Johor

Address

No 18 Jalan Cengkerik 7 Pusat Perdagangan Kempas
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 17:00 - 04:00
Tuesday 17:00 - 04:00
Wednesday 17:00 - 04:00
Thursday 17:00 - 04:00
Friday 17:00 - 04:00
Saturday 17:00 - 04:00
Sunday 17:00 - 04:00

Telephone

0187603503

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mr Manshor Kopitiam Power Cawangan Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category