Coway Tesco Bukit Indah

Coway Tesco Bukit Indah Coway

13/04/2026
06/10/2025
14/09/2025
17/06/2025

Antara keistimewaan kereta Volkswagen yang guna enjin TSI (Turbo GDI) bersama transmisi DSG adalah pemandu akan merasai kuasa pecutan yang kuat dan cepat.

Ramai yang tak pernah memandu kereta Volkswagen seperti Jetta 1.4L TSI akan terkejut dengan rasa pecutan yang kuat selepas memandunya.

Padahal kuasa maksimum Jetta 1.4L TSI bukanlah besar mana, ada dua jenis enjin Jetta 1.4L TSI, enjin 1.4L Twin Charge dan 1.4L Turbo.

Untuk yang Twin Charge kuasa maksimumnya 160 ps, yang Turbo p**a hanyalah 150 ps.

Tetapi apabila memecut, rasa pecutan sangat kuat.

Dalam spesifikasi memang agak cepat, 0-100 kmsj Jetta 1.4L Twn Charge ambil masa 8.3 saat, yang 1.4L Turbo p**a 8.6 saat.

Tetapi apabila memecut, pemandu dan penumpang akan rasa pecutannya lebih cepat dari yang diberi dalam spesifikasi. Kelajuan maksimum p**a dalam spesifikasinya tulis yang 1.4L Twin Charge 221 kmsj, yang 1.4L Turbo p**a 220 kmsj. Namun ramai yang dapat pergi lebih laju lagi.

Banyak kereta apabila nak capai kelajuan maksimum akan ambil masa yang lama dan jarak yang jauh, tetapi Jetta 1.4L Twin Charge dan Turbo tidak ambik jarak yang jauh, dan sekejap sahaja nak sampai 220 kmsj.

Macam tak lojik sahaja, kuasa enjin tidaklah besar mana, namun bagi yang pernah memandu kereta Volkswagen dengan enjin TSI bersama transmisi DSG mesti sudah tahu tentang itu.

Ada orang hantar video kepada aku, dia memandu BMW 528 enjin 2.0L Turbo, dia tekan sampai 220 kmsj tetapi Jetta tinggalkan dia sampai nampak Jetta tersebut kecil macam kuman sahaja. Jauh dia kena tinggal dengan Jetta tersebut.

Memang dia boleh tekan lagi untuk kejar Jetta, tetapi dia tak sangka Jetta boleh lari begitu laju dengan hanya guna enjin 1.4L sahaja.

Bentuk tak athletic pun, tapi lari macam kereta sport.

Itulah penyebabnya ramai orang yang sukakan kereta yang power akan memilih kereta Volkswagen dengan enjin TSI bersama transmisi DSG. Bentuk biasa sahaja, tetapi pjkap dan laju.

Teknologi DSG dan TSI memberikan peranan penting di dalam membuatkan kereta-kereta Volkswagen menjadi kereta yang sangat cepat memecut.

Kalau korang nak tahu, Volkswagen Group melalui Audi merupakan pengeluar pertama yang mempop**arkan enjin Turbo GDI moden, walaupun Mitsubishi merupakan pengeluar kereta pertama yang guna sistem Turbo GDI moden, Volkswagen Group sebenarnya yang mempop**arkannya, atas nama “downsize engine” untuk lulus Emission Standard tanpa kurangkan kuasa enjin.

Korang boleh lihat kereta-kereta Audi beberapa tahun lebih awal menggunakan enjin Turbo GDI berbanding Mercedes dan BMW.

Kemudiannya, transmisi DSG yang sepatutnya hanya berada pada kereta sport seperti Audi TT dan Golf R32 telah diletakkan pada model-model kereta biasa.

Bayangkan kereta sedan biasa seperti Jetta 1.4L TSI dilengkapi dengan transmisi kereta sport, memang mencanaklah perginya.

Dan individu yang sangat-sangat hendakkan kereta-kereta Volkswagen menggunakan teknologi TSI dan DSG adalah cucu kepada Ferdinand Porsche, iaitu Ferdinand Piech. Seorang boss besar Volkswagen Group yang sangat minat dengan enjin dan transmisi berkecekapan tinggi. Datuk dia pun sangat handal dalam bab kecekapan enjin dan sistem penghantaran kuasa.

Dia juga merupakan insan yang bertanggungjawab untuk Volkswagen Group membina Bugatti Veyron, dan dia juga yang mencadangkan Veyron mencapai kelajuan 400 kmsj dengan enjin 1000 ps.

Volkswagen untung kerana pernah dapat boss besar yang sangat sukakan dengan kecekapan sistem enjin dan transmisi.

Kerana itulah walaupun kuasa kuda enjin kereta Volkswagen nampak tidak terlalu besar, kerana sistem transmisinya yang sangat cekap membuatkan pecutan dan kelajuan maksimumnya lebih laju dari kereta yang mempunyai kuasa enjin yang sama.

Tork enjin TSI pun cukup tinggi untuk membantu memberikan pecutan yang cepat.

Aku ada beberapa kali memandu Volkswagen enjin TSI dengan transmisi DSG, memang bagi aku ada satu jenama kereta sahaja yang boleh tanding rasa kuasa pecutan enjin TSI dan DSG, iaitu enjin TFSI dan transmisi S-Tronic dari Audi.

Jika korang mencari kereta sedan terpakai segmen C yang boleh rasa pecutan yang kuat dan laju, boleh cuba tengok Jetta 1.4L TSI, enjin kecil sahaja, tapi power. Dan kalau boleh jangan bandingkan dengan kereta lain yang mempunyai kuasa dan tork yang lebih kurang sama, kerana Jetta ini akan pergi lebih cepat lagi dari kereta yang sama power itu.

“Power delivery” enjin TSI dan DSG memang lain macam.

Kalau Jetta korang rasa tinggi macam Pajero, boleh cuba tengok spring ini
https://s.shopee.com.my/8KdpTE8RHz

Spesifikasi:

Volkswagen Jetta Pre Facelift.

Enjin: 1.4L (1390 cc) Twin Charge (Turbo + Supercharger) GDI.

Kuasa maksimum: 158 hp / 160 ps / 118 kW @ 5800 rpm

Tork maksimum: 240 Nm @ 1500 - 4500 rpm.

Emisi: Euro 5.

Transmisi: 7-kelajuan dwi klac (DSG7).

Pacuan: Hadapan.

Berat: 1380 kg.

0-100 kmsj: 8.3 saat.

Kelajuan maksimum: 221 kmsj. Owner selamba cruising atas highway 240 kmsj.

Jetta Facelift.

Enjin: 1.4L (1395 cc) Turbo GDI ( Supercharger dah tak ada).

Emisi: Euro 6.

Kuasa maksimum: 148 hp / 150 ps / 110 kW @ 5000 - 6000 rpm.

Tork maksimum: 250 Nm @ 1500 - 3500 rpm.

Transmisi: 7-kelajuan dwi klac (DSG7)

Pacuan: Hadapan.

Berat: 1289 kg.

0-100 kmsj: 8.6 saat.

Kelajuan maksimum: 220 kmsj.

06/06/2025
26/05/2025
29/03/2025
10/03/2025
05/01/2025

Address

No. 1 Jalan Indah 15 Taman Bukit Indah
Johor Bahru
81300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Coway Tesco Bukit Indah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share