14/03/2023
LANGKAH BERHATI-HATI UNTUK TAHUN 2023-2024
1. Adakah ini masa yang baik untuk beli emas fizikal?
Buat masa ini, yea.
2. Adakah ini masa yang baik untuk buat loan kereta?
Jika nak tukar kereta baru, jawapannya tidak. Jika nak beli kereta sebab mmg belum ada kereta atau kereta lama mmg dah uzur, yea boleh buat loan kereta, tapi beli yang harga rendah dari planning asal anda.
Jika rasa mampu pakai kereta harga 150K, beli yang harga 90K. Ini kita namakan strategi downgrade kehendak.
Untuk yg mmg gaji kecil, beli axia jer atau kereta second hand.
3. Adakah ini masa yang baik untuk buat loan rumah? Eerrrr bila tenguk 3 bank di Amerika musnah dlm masa 5 hari, tetiber saya rasa HOLD dulu. Tunggu hujung tahun ni utk buat penilaian.
Tapi boleh jer proceed dgn beli rumah, dgn syarat anda sudah bersedia dgn segala kemungkinan. Dan ada duit backup dlm 10K-20K. Ntahlah... sy bukan pakar...
4. Adakah ini masa yang baik untuk refinance loan rumah?
Jawapannya tidak. Bila anda refinance rumah, anda akan start semula Rule of 78 (saya tak pandai terang benda teknikal ni, tolong google sendiri).
5. Adakah ini masa yang terbaik untuk buat PL?
Masa ekonomi baik, ekonomi merundum, PL tetap PL, ia tetap akan memusnahkan kehidupan.
1. Dulu masa desas-desus bakal terjadi HYPERINFLATION, saya pun susah nak percaya. Sbb kita pun dah pernah merasai harga barang naik sejak lama dulu.
2. Saya ambil keputusan, "Jangan tolak mentah-mentah khabar angin ini. Apa jadi jika ia benar-benar berlaku."
3. Masa tu, rakyat Malaysia tengah happy-happy joli joli, ramai gembira kita akan bounce back selepas pandemik. So tak boleh spoilkan mood rakyat sbb yg tertekan semasa pandemik. So, haruslah saya jzip mulut.
4. Dari siti, saya jadi amat berhati-hati dan slo slo adjust perbelanjaan dan hutang. Dari lifestyle T20, turun ke M40. (sekarang ni lifesyle B40 rasanya 😅)
5. So bila HYPERINFLATION benar-benar terjadi, udang harga 28 sekilo jadi 38 sekilo dalam masa yg amat singkat, barulah saya fahammmm kenapa disebut HYPERINFLATION. Owhh macam ni sekali penanga nya.... (almaklumlah ini first timek kita melalui hyperinflation).
6. Cuma part OPR naik beberapa kali tu... I didnt see it coming. Huhu... Ini mmg takde preparation langsung !!
7. Cuma I was a bit lucky. Allah gerakkan hati tutup loan rumah terakhir selepas saya rasa tertipu dengan MORA. Haha.... Akibat marahkan sgt MORA, sy decide korek duit saving TH dan settelkan loan rumah. Marohhh punya pasal.
8. Wlpun sy terselamat dari kenaikan OPR berkali-kali ini, saya turut rasa marah geram dengan BANK. Saya lagi marah bila dalam keadaan ditekan sebegini, masih ramai yg rileks jerrr, tak kesah pun bayaran bulanan naik naik dan naik.
9. So next khabar angin yang kita dah lama dengar ialah kejatuhan ekonomi yang lebih teruk dari tahun 1998-99, yang paling dasyat dalam sejarah dunia. Saya pun taklah nak caya sangat. Tak mao orang chop saya panik gelabah tak tentu arah. Haha. 😂
10. Tapi saya akan alert dengan red flags di sana sini.
11. Saya tak perlu risau jika ekonomi dunia hancur pun, sebab saya mmg dah ready mentally and spiritually. Cuma saya kesian kan kalian yang tak tahu apa-apa dan tak alert apa yg sdg berlaku.
12. Alhamdulillah. Saya dan circle saya dah buat persiapan yang betul sejak 2021.
✅ Kami tutup hutang satu persatu.
✅ Kami pastikan ada saving sikit.
✅ Kami pastikan ada emas fizikal sikit.
✅ Buat kerja macam biasa, bisnes macam biasa. Ada yang slown downkan gear. Yang penting, preparation ada sikit-sikit.
13. So khabar angin nya, 2023-2024 keadaan ekonomi akan teruk sangat, kemusnahan sistem ###x dan sistem xxyy.
14. Jika ia berlaku, udang 28 sekilo yang dah jadi 38 sekilo akan jadi.... err errr errr ntahlah.
15. Ramai yang dijangkakan akan muflis !
(Kita tak payah panik sangat sbb kita semua tak tanggung hutang max gaji. So far semua under control kan kan).
16. Jangan panik sangat!! Just berhati-hati jerrr. Alert sikit apa yg sedang berlaku.
17. Nampak gaya macam dah terlambat nak ambil corrective action ataupun tindakan utk betulkan keadaan kewangan kita.
Page : unknown