Muhammad Zaki - Hartanah JOHOR

Muhammad Zaki - Hartanah JOHOR Perlukan khidmat saya untuk pembelian rumah pertama, pinjaman bank 100% atau LPPSA 100%. Jom semak kelayakkan anda dengan saya secara percuma.

14/09/2025
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكاتُهُ AlhamdulilahSelesai sesi penyerahan kunci semalam kepada Tuan Ruma...
18/08/2022

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكاتُهُ

Alhamdulilah

Selesai sesi penyerahan kunci semalam kepada Tuan Rumah.

Inshaallah semoga dipermudahkan semua urusan membantu lebih ramai client untuk memiliki rumah pertama bersama Vigor Properties Sdn Bhd.

👍😊

Kalau anda nak beli atau jual rumah.. tapi pening nak uruskan atau tak tahu mcm mne caranya..

Jom wassap saya segera.. Inshaallah saya sedia membantu anda..

wasap.my/60176854522/HartanahJohor

BERITA BAIK!!!Ini adalah masa yang tepat untuk anda memiliki Pangsapuri Servis Mewah di tengah-tengah Bandaraya Johor Ba...
13/07/2022

BERITA BAIK!!!

Ini adalah masa yang tepat untuk anda memiliki Pangsapuri Servis Mewah di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru dengan bayaran bulanan serendah RM1###!!

✅ PERCUMA YURAN GUAMAN SPA / PINJAMAN
✅ PERCUMA DUTI SETEM
✅ BOOKING UNIT PILIHAN SERENDAH RM1000
✅ SKIM RUMAH PERTAMA
✅ “0” DEPOSIT DAN FULL LOAN BAGI YANG BERKELAYAKAN

DETAILS :-
========
▪️3 Bedrooms, 2 Bathrooms
▪️976 Sqft
▪️Completion year : 2025
▪️Harga jualan bermula daripada RM3xx K – RM4xx K

FACILITIES :
=========
🔺 24hours Security
🔺 Swimming Pool
🔺 Multipurpose Hall
🔺 Surau
🔺 Badminton Court
🔺 Children Playground
🔺 Management Office

EASY ACCESS / NEARBY :
===================
📌 200-500m to primary and secondary schools
📌 5km to JB City Town
📌 10km to Woodlands
📌 NSK Trade City
📌 AEON Tebrau
📌 IKEA Tebrau
📌 Hospital Sultan Ismail / Hospital Sultanah Aminah
📌 Paradigm Mall Jb
📌 Midvalley Megamall

Serta banyak lagi kemudahan akses ke Kedai-kedai, Pasar Raya, Bank dan pejabat kerajaan.

Loan and lawyer will be arrange. For viewing and appointment, please contact :

Wasap.my/60176854522/One49

Muhammad Zaki - Perunding Hartanah Johor

Vigor Properties Sdn Bhd
Trigger Legacy Property Sdn Bhd

Untuk warga Pasir Gudang, ada 1 unit rumah untuk dilepaskan. Rumah masih dalam keadaan baru. Berminat meh roger2.JALAN T...
25/05/2022

Untuk warga Pasir Gudang, ada 1 unit rumah untuk dilepaskan. Rumah masih dalam keadaan baru. Berminat meh roger2.

JALAN TIONG, TAMAN SCIENTEX, PASIR GUDANG.
🏠🏠🏠🏠🏠🏠🏠🏠🏠🏠🏠🏠🏠🏠

➡️ 2.5 Storey Terrace House
➡️ 4Bedroom + 3 bathrooms
➡️ Land area16x60 (960sqft)
➡️ Built up 1725 sqft
➡️ Freehold
➡️ Bumi Lot
➡️ Original Condition
➡️ Unblock view

🔥CASHBACK RM12,000🔥

Harga : RM3xx k

✅ COMBINE NAMA SUAMI ISTERI
✅ CASHBACK
✅ FULL LOAN
✅ KHIDMAT GUAMAN

🤩🤩🤩🤩

Sebarang pertanyaan sila hubungi 👇🏻

http://www.wassap.my/0176854522/hartanahjohor

1001 tips & guideline pembelian rumah boleh PM kami 😁👍🏻


🏠☝🏻 ☆ Jalan Tiong Taman Scientex Pasir Gudang Johor☆ 3+1 bilik 3 bilik air☆ 960 sqft ☆ 2 1/2 storey house☆ Low cost☆ Non...
22/05/2022

🏠☝🏻

☆ Jalan Tiong Taman Scientex Pasir Gudang Johor

☆ 3+1 bilik 3 bilik air

☆ 960 sqft

☆ 2 1/2 storey house

☆ Low cost

☆ Non bumi lot

☆ Freehold

☆ Fully Renovated unit

Harga : RM 4xxk

🤩🤩🤩🤩

Sebarang pertanyaan sila hubungi 👇🏻

http://www.wassap.my/0176854522/hartanahjohorchannel

1001 tips & guideline pembelian rumah boleh PM kami 😁👍🏻


17/05/2022

APE TUJUAN UTAMA INSURANS RUMAH ?

Kalau kita nak beli rumah memang dalam otak berkata " Aku dah fikir masak² yang aku nak beli rumah. ". Sebab ia adalah satu pelaburan yang besar & makan modal bertahun lamanya. So pengambilan insurans perumahan amat digalakkan sebagai backup kepada risiko² yang ada. Antara risikonya yang insurans akan cover ...

1) Polisi Kebakaran Asas
- Kalau berlaku kebakaran insurans akan cover nilai rumah saja tau, barang dalam rumah tidak.

2) Polisi Isi Rumah
- So kalau korang nak ada perlindungan untuk barang dalaman rumah jika berlaku kerosakan akibat musibah boleh ambil polisi ini.

3) Polisi Pemilik Rumah
- Sebagai extra perlindungan bagi polisi kebakaran asas jika ada berlaku cuaca buruk, banjir & segala risiko buruk yang boleh menjejaskan rumah.

4) Perlindungan Insurans Sewa
- Contoh kita ada sebuah rumah & disewakan tetapi penyewa cabut lari macam tu saja kemudian meninggalkan kerosakan, tunggakan bil & lain². Siapa nak tanggung kos² tersebut ? So perlindungan insurans sewa ni lah yang akan bantu.

5) Perlindungan Penyelenggaran Rumah
- Kalau dah lebih 10 tahun duduk situ macam² kerosakan boleh berlaku contohnya gangguan bekalan air bawah tanah. Kos nak selengara bukan murah so perlindungan ini dapatlah selamatkan duit poket kita

6) Insurans Pinjaman Gadai Janji
- Dalam jangka masa 35 tahun bayar ansuran perumahan ada kemungkinan kita tak mampu untuk bayar pinjaman untuk seketika. So insurans ini boleh bantu untuk bayarkan sementara.

7) MLTA atau MRTA
- Ada perbezaan untuk keduanya. Nak tau apa bezanya? Nantikan next posting kami...

So kalau korang nak semua isu diatas insurans akan bantu cover mestilah kena ambil yang paling Premium. Bayar lebih sedikit tak mengapa sebab kita beli rumah bukan nak duduk setahun dua jadi dalam tempoh yang lama tu macam² perkara boleh berlaku.



13/05/2022

' Title ' ni bahasa melayu dipanggil geran. Dalam hartanah di Malaysia ada 3 geran utama, Master, Individu & Strata.

1) MASTER TITLE
- Geran besar orang panggil dibawah satu nama iaitu pemaju. Kenapa dipanggil geran besar sebab dalam 1 geran itu ada banyak nama pemilik rumah yang belum dipecahkan mengikut title samada individu atau strata.

2) INDIVIDUAL TITLE
- Geran persendirian, korang beli rumah jenis teres, banglo atau sebagainya pastu dapat geran so itu lah dia. Hartanah yang dibeli tu tak boleh dikongsi orang lain.

3) STRATA TITLE
- Digunakan pada rumah jenis apartment, kondominium, rumah kedai & lain² sebab geran dipecahkan mengikut petak bagi hartanah yang dibina melebihi dua tingkat.

Nak mudah faham, master title adalah sebiji kek kemudian dipotong 10 bahagian menjadi indvidual title & setiap 10 bahagian tu p**a dipotong lagi menjadi 100 biji kecil itulah strata title.

Itu saja perkongsian dari kami.



12/05/2022

Korang minat jenis rumah yang mana ?

1) FLAT

Saiz : 400 sqft - 900 sqft

Kediaman yang paling murah yang ada di Malaysia. Sesuai untuk yang nak beli rumah dengan bajet rendah & bagi yang mula hendak berjinak² dalam dunia pelaburan hartanah.

2) PANGSAPURI / APARTMENT

Saiz : 550 sqft - 1200 sqft

Lebih kurang macam kondo tapi lebih murah. Perbezaannya hanya pada fasiliti & kemudahan yang disediakan. Biasa apartment hanya sediakan lif, tempat letak kereta, kawalan keselamatan 24 jam & tempat beriadah.

3) KONDOMINIUM

Saiz : 650 sqft - 1500 sqft

Lebih nampak eksklusif jika duduk di kondo ini. Sebab banyak fasiliti menarik seperti gimnasium, kolam renang, spa atau sauna. Lagi mahal harganya lebih besar ruang rumah kondominium anda.

4) SoHo / SERVIS APARTMENT

Saiz : 400 sqft - 1200 sqft

Untuk mudah faham rumah jenis ini berbeza dengan rumah² yang disebutkan di atas.
Ia dibina atas status komersial bukan kediaman persendirian. Kebiasaanya dibina di atas atau sebelah dengan shopping mall. SoHo adalah small office home office dibina bagi pemilik yang inginkan ruang kerja kecil yang boleh dijadikan sebagai kediaman. Istimewanya SoHo ini ia boleh bertukar sebagai rumah ataupun pejabat. Bergantung pada harga dibeli ada sesetengah yang menyediakan servis ala hotel seperti room service & sebagainya. Kediaman seperti ini terdiri dari komponen pusat membeli belah, pejabat & kediaman.

5) TERES

Saiz : 750 sqft - 1600 sqft

Rumah yang bercantum dari satu unit ke satu unit. Kalau rumah corner lot biasa saiznya lebih besar & harga paling mahal di kawasan perumahan tersebut. Harga rumah teres bergantung juga mengikut lokasi, kalau lokasi yang jauh dari bandar boleh jumpa lagi harga bawah RM 200K.

6) TOWNHOUSE

Harga :
Saiz : 560 sqft - 7000 sqft

Atau rumah bandar yang banyak dibangunkan di bandar besar. Rumah jenis ini seperti teres juga tapi dibina atas rumah yang lain. Kebiasaannya townhouse ada 1 atau 2 tingkat yang diakses mengunakan tangga. Kawasannya p**a gated & guarded. Ada yang mempunyai fasiliti seperti clubhouse, taman & kawasan rekreasi.

7) SEMI D ( Semi Detached House )

Saiz : 2300 sqft - 5600 sqft

Rumah berkembar yang dicantumkan berkongsi dinding tengah & mempunyai tanah terbuka dibahagian tepi, depan & belakang. Binaannya tidak jauh beza seperti banglo cuma banglo adalah rumah tunggal tidak bercantum dengan rumah lain.

8) BANGLO

Saiz : 2000 sqft - 12500 sqft

Ya rumah kayangan orang panggil sebab harganya boleh mencecah jutaan ringgit. Kebiasaannya dibina atas tanah hak milik peribadi tapi ada saja pemaju yang membangunkan unit banglo sebagai contoh di Taman Sri Lambak Kluang Johor. Tetapi tak semua rumah banglo harganya begitu, faktor usia rumah yang dah lama beserta binaan pun biasa² je boleh jadi harga unit banglo tu bawah dari RM 300K saja. Sebab istilah banglo ini adalah rumah binaan tunggal yang ada tanah di sekeliling rumahnya.

Jadi rumah mana yang menjadi pilihan korang ? 😉




Address

B-3-17, BLOCK B, PUSAT KOMERSIAL BAYU TASIK, PERSIARAN SOUTHKEY
Johor Bahru
80150

Opening Hours

Monday 08:00 - 00:00
Tuesday 08:00 - 00:00
Wednesday 08:00 - 00:00
Thursday 08:00 - 00:00
Friday 08:00 - 00:00
Saturday 08:00 - 00:00
Sunday 08:00 - 00:00

Telephone

+60176854522

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muhammad Zaki - Hartanah JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share