Urus Rancang Perwarisan Harta Islam - Johor

Urus Rancang Perwarisan Harta Islam - Johor Kami bantu anda URUS dan RANCANG dalam masalah Perwarisan Harta. Hubungi segera untuk temujanji kita.

Aku ada satu kes ni.. pasal anak terkejut dapat harta pusaka ayah yg bernilai 20juta..Nak tahu tak cite ni..Johar baru b...
02/02/2025

Aku ada satu kes ni.. pasal anak terkejut dapat harta pusaka ayah yg bernilai 20juta..
Nak tahu tak cite ni..
Johar baru berusia 18 tahun, Johar masih di bawah tanggungan ayah nya, iaitu seorang usahawan berusia 60tahun.. dia s**a berfoya-foya dan boros dalam kehidupannya..
Suatu hari ayahnya yang sedang memandu kereta untuk ke tempat kerja lalu mengalami serangan jantung dan berlakulah kemalangan maut.. ayahnya meninggal di tempat kejadian..
Syukurlah ayahnya sebelum meninggal dunia, sempat merancang harta dgn membuat wasiat yakni di hibah kan 20juta kepada Johar bersama rumah banglo, 10juta kepada isterinya iaitu ibu Johar dan saham syarikat bernilai 10juta di jual kepada ALP dan dibahagikan mengikut faraid..
Lalu proses tuntutan Pon berjalan.. bagaikan Durian runtuh buat Johar kerana duit harta pusaka ayahnya telah Pon di transfer ke akaun nya.. cubalah anda bayangkan bagaimanakah perasaan kita p**a jika waktu itu akaun kita ada 20juta???? 🤑🤑🤑🤑
So begitulah sama perasaan Johar ketika itu, bagaikan mimpi, bulan jatuh keriba.. tak tergambar, yg bermain di fikirannya hanyalah enjoy, shopping, boros membeli apa sahaja kemahuan nafsunya..
Lalu Johar Pon berkata pada ibunya, Ibu terima lah rumah ini di tukar milik Ibu, Johar rasa ibu lebih berhak untuk rumah ini.. anak muda memang mentah tidak nampak kebarangkalian masa depan, yg mereka tahu keseronokan di depan mata shj..
Apabila duit seperti tidak habis pakai, Johar jadikan rumah sebagai transit hotel baginya tanggungjawab sebagai anak kepada ibunya tidak di hiraukan, ibunya keseorangan di rumah sepanjang masa.. Johar rasa rimas apabila berada dirumah asik Kene berleter disekolah kan oleh ibunya.. boleh dikatakan sepanjang minggu Johar travel keliling dunia mengajak kawan2 nya berseronok dengan duit yg ayahnya tinggalkan..
Sehingga satu hari ibunya seperti sakit2 dan mendapatkan rawatan di hospital.. dalam masa yg sama ibunya juga telah membuat dokumen wasiat berbentuk wakaf kepada rumah kebajikan masyarakat.. ibunya berfikir anaknya seperti tidak endah dia lagi jadi, jika dia mati Pon sekurang-kurangnya amalan wakaf ini akan mengalir pahala padanya..
Setelah dua tahun menikmati kehidupan yang penuh keseronokan, Johar dapati duit didalam akaunnya semakin sedikit, dia tidak dapat pergi travel lagi, nak enjoy Pon dah tak se enjoy dulu, kawan2 nya mula p**aukan dia oleh kerana tak dapat sponsor lagi kehendak mereka. Kini hidup Johar makin tertekan oleh kerana kerja tiada, pelajaran Pon entah ke mana, tidak membuat simpanan dalam merancang kewangan.. nak kata pepatah bukit jika di tiris lama2 rata jugak..
Bertambah tambah tragis Ibunya juga meninggal dunia akibat sakit yg dilalui.. Johar mula keseorangan tiada siapa2 disisinya.. rumah pusaka yg ditinggalkan Pon telah bertukar tangan kepada rumah kebajikan masyarakat.. oleh kerana telah menjadi tabiat dan tidak pandai mengurus kewangan.. duit didalam akaunnya hampir habis.. dan kini Johar melalui liku hidup yang paling rendah sepanjang hidupnya..
Ini adalah kisah benar, seorang anak bertuah dalam usia muda telah menjadi jutawan sekelip mata dgn hasil duit tinggalan pusaka ayahnya.. moga ianya menjadi iktibar buat kita semua..dalam mengurus dan mentadbir perwarisan harta pusaka..

Setiap pasangan yang berkahwin, mengimpikan zuriat sama ada anak lelaki ataupun perempuan untuk kembangkan keturunan dan...
31/01/2025

Setiap pasangan yang berkahwin, mengimpikan zuriat sama ada anak lelaki ataupun perempuan untuk kembangkan keturunan dan turun temurun hartanya.
Tetapi, bagaimana jika anak perempuan sahaja ?
Seorang anak perempuan (tunggal) mewarisi 𝟭/𝟮 daripada pusaka kerana beliau tidak mempunyai saudara lelaki yang menjadikannya asabah. 𝗔𝘀𝗮𝗯𝗮𝗵 ialah orang yang mewarisi baki harta.
Dan jika arwah meninggalkan dua orang atau lebih anak perempuan, maka mereka akan mewarisi 𝟮/𝟯 pusaka. Jumlah ini (2/3) akan dibahagikan sama rata.
Namun, asabah kepada arwah yang meninggalkan anak perempuan sahaja adalah: ayah, datuk, adik beradik lelaki, anak saudara lelaki, ayah saudara, sepupu lelaki (mengikut turutan).
𝗔𝗺𝗯𝗶𝗹 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗽𝗲𝗱𝘂𝗹𝗶 𝗳𝗮𝗿𝗮𝗶𝗱 𝗮𝗻𝗱𝗮.

Khas untuk yg mempunyai anak perempuan sahaja.. anda harus tonton siri Fail Harta Pusaka di Salam HD melalui aplikasi Un...
09/12/2024

Khas untuk yg mempunyai anak perempuan sahaja.. anda harus tonton siri Fail Harta Pusaka di Salam HD melalui aplikasi Unifi TV. Petang ini

𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐨𝐧𝐭𝐨𝐧 𝐬𝐢𝐫𝐢 𝐅𝐚𝐢𝐥 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐤𝐚.

Jom tonton

Ikuti langkah-langkah ini, jika anda belum mempunyai akses ke saluran Salam HD.

Jangan lupa janji temu kita pukul 6 petang nanti!

Dengarkan 1jam Podcast yang dibawakan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad.. Syarikat Amanah kami yang pasling dipercayai dan pat...
28/11/2024

Dengarkan 1jam Podcast yang dibawakan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad.. Syarikat Amanah kami yang pasling dipercayai dan patuh syariah..

Tingkatkan pengetahuan anda mengenai instrument wasiat hibah faraid dan amanah.. Yok Donga

Statistik mengatakan hampir 70 Billion harta pusaka yang tidak dituntut dan majoritinya adalah daripada harta pusaka orang Islam sendiri. Apakah sebab mereka...

[ Betul ke Hibah boleh di cabar? ]Ya benar, Hibah boleh dicabar di Mahkamah. Oleh itu kami di Wasiyyah Shoppe Berhad sug...
20/11/2024

[ Betul ke Hibah boleh di cabar? ]

Ya benar, Hibah boleh dicabar di Mahkamah. Oleh itu kami di Wasiyyah Shoppe Berhad suggest pada client kami melakukan Hibah Komprehensive dimana walaupon di cabar di Mahkmah insyallah rekod kami, client menang dalam cabaran tersebut.
Disini saya kongsikan 12 Kes Mahkamah Hibah yg dicabar yang pernah berlaku di Malaysia. Lihat komen.

Anda boleh tanyakan kemuskilan berkaitan urusan harta pusaka, hibah hartanah, kiraan faraid, masalah pewarisan harta dan seumpamanya. Sebarang pertanyaan boleh hubungi call terus atau wasap

wa.me/60126261667/naktanyaboleh
wa.me/60126261667/naktanyaboleh
wa.me/60126261667/naktanyaboleh



[ Berapakah Fi/Kos yang dibenarkan mengurus dan mentadbir pusaka melalui Akta? ]Dalam Akta Probet Dan Pentadbiran 1959  ...
20/11/2024

[ Berapakah Fi/Kos yang dibenarkan mengurus dan mentadbir pusaka melalui Akta? ]

Dalam Akta Probet Dan Pentadbiran 1959 Seksyen 43 (1) , kos yang boleh di kenakan kepada waris sekitar
2% – 5% yang boleh di kenakan kepada waris. Ada juga syarikat atau individu yang mengenakan sehingga 10% termasuk kos rampaian yang kita tidak tahu.. Berikut aku share beberapa butiran mengenai caj yang biasa dikenakan:

Fi Pentadbiran Pejabat Tanah (Pejabat Pesaka Kecil)
Jika harta pusaka diuruskan melalui Pejabat Tanah di bawah Akta Pembahagian Harta Kecil (1955), caj biasanya lebih rendah dan dihadkan mengikut nilai harta pusaka tersebut. Fi pemfailan untuk permohonan biasanya berkisar antara RM10 hingga RM30.

Fi Pentadbiran Mahkamah Tinggi
Jika permohonan pentadbiran atau surat probet dilakukan di Mahkamah Tinggi, caj ini boleh merangkumi kos:
Pemfailan Permohonan: Biasanya sekitar RM150 hingga RM300.
Bayaran Persiapan Surat Probet: Boleh mencecah beberapa ratus hingga ribuan ringgit, bergantung kepada kerumitan kes.

Fi Pengiklanan di Akhbar: Dianggarkan sekitar RM300 hingga RM1,000, bergantung kepada jenis akhbar.

Fi Pengurusan Amanah Raya
Jika Amanah Raya Berhad dilantik sebagai pentadbir atau pemegang amanah, mereka mengenakan caj berdasarkan peratusan nilai harta pusaka:
1% hingga 5% daripada jumlah nilai harta pusaka.

Yuran Guaman
Jika melibatkan peguam, bayaran guaman biasanya bergantung kepada nilai harta pusaka atau caj tetap yang dipersetujui antara klien dan peguam. Caj guaman boleh berkisar dari RM2,000 hingga puluhan ribu ringgit, terutama jika harta pusaka bernilai tinggi atau memerlukan proses litigasi.

Fi untuk Waris Tambahan
Terdapat caj tambahan jika proses melibatkan pengesahan waris tambahan atau pengurusan konflik dalam kalangan pewaris.
Maklumat ini boleh berubah bergantung kepada jenis harta pusaka, lokasi, dan prosedur tertentu yang diikuti oleh setiap institusi yang terlibat. Adalah lebih baik untuk merujuk kepada pejabat yang berkenaan atau mendapatkan nasihat Ejen/ syarikat amanah/ guaman bagi butiran yang lebih tepat.

Kongsikan jika info ini bermakna untuk anda..



06/11/2024

Jom tonton rancangan
Fail Harta Pusaka di unifiTV channel SalamHD
Setiap Isnin 6:00 petang
Selama 39 minggu.
bermula pada 18 Nov 2024

Saksikan syarikat kami berkongsikan kisah2 yang melibatkan pusaka dari fail mahkamah dan menghuraikan permasalah masyarakat berkenaan isu tuntutan harta pusaka.. Jangan ketinggalan saksikan di channel unifi saluran salam HB 113 setiap isnin jam 6pm..

Harap ianya jelas dan sekiranya ada persoalan tentang perwarisan harta Islam seperti wasiat hibah faraid harta sepencarian dan kes pusaka jgn malu2 hubungi saya utk dapatkan khidmat nasihat secara percuma je
012-626 1667

Harap tuan puan maklum berkenaan anak tak sah taraf yg melibatkan harta pusaka..Kami tahu anda syg kan anak tersebut tet...
30/10/2024

Harap tuan puan maklum berkenaan anak tak sah taraf yg melibatkan harta pusaka..
Kami tahu anda syg kan anak tersebut tetapi masih ada cara lain selain utk memberi harta anda pada anak tersebut.. utk pencerahan boleh hubungi saya.. insyaallah kita bantu yg terurai hingga selesai

[ Ya anda harus bimbang ]Anak adalah harta, dan harta adalah anak.. kedua2 kita syg semasa kita hidup.. tetapi hukum Tuh...
29/10/2024

[ Ya anda harus bimbang ]

Anak adalah harta, dan harta adalah anak.. kedua2 kita syg semasa kita hidup.. tetapi hukum Tuhan tetaplah hukum yg telah di tetapkan di dalam AL Quran surah an Nisa ayat 11 - Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau p**a si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Maka, jika di tanya tentang risau bimbang, ianya bergantung kepada individu sendiri, saya sebagai perunding boleh memberi nasihat dan cadangan yg terbaik buat client saya..
Jika client tidak melakukan dokumen hibah yg sah, maka harta2 nya nanti perlu di bahagikan mengikut hukum faraid.. dan yg paling kasihan hartanya turut di kongsi bersama adik beradik simati yg lain..
Harap ianya jelas dan sekiranya ada persoalan tentang perwarisan harta Islam seperti wasiat hibah faraid harta sepencarian dan kes pusaka jgn malu2 hubungi saya utk dapatkan khidmat nasihat secara percuma je

0126261667
0126261667
0126261667

Antara soalan yang famous orang bertanyakan mengenai dokumen hibah?. Jawapan ada di komen pertama                       ...
14/10/2024

Antara soalan yang famous orang bertanyakan mengenai dokumen hibah?.
Jawapan ada di komen pertama



Address

Bandar Baru Uda
Johor Bahru

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Urus Rancang Perwarisan Harta Islam - Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Urus Rancang Perwarisan Harta Islam - Johor:

Share