Jom Buat Duit

Jom Buat Duit Projek Usahawan(CBP PLUS) income 4 bulan 200k..modal hanya rm79.90 sahaja..

01/02/2017

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ, غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

DOA HARI RABU

أَعُوذُ بِاللّٰـهِ مُنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ، بِسْمِ اللّٰـهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ، الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيــنَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى اَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالُمْرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيـن

Ya Allah Ya Qahhar.....kami memanjatkan rasa syukur kepadaMu kerana masih diberi nafas pada hari Rabu ini untuk meneruskan kehidupan seharian yang penuh dgn rahmatMu.

Ya Jabbar Ya Muntaqim....jika ada dikalangan kami yang diuji dengan kesusahan, maka Engkau bantulah dia, permudahkanlah urusannya. Jika ada dikalangan kami yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepadanya. Jika ada dikalangan kami sedang berhajat akan sesuatu maka tunaikanlah hajatnya dan cukupkanlah keperluannya. Jika ada dikalangan kami yang diuji dengan sakit, maka sembuhkanlah dia, Ya Allah, agar dapat ia lbh tekun beribadah kpdMu. Jika ada dikalangan kami yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka ampunilah dia n tukarkanlah ia menjadi anak yang taat dan berbakti. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Mengasihi.

Ya Allah Ya Rahman....cucurilah rahmatMu kepada kami semua dan limpahi kami dengan hidayah dan petunjukMu agar segala gerak kerja kami hari ini terpimpin dan menjadi mudah saterusnya berakhir dengan kesudahan yg baik.

Ya Allah.......hilangkan keseronokkan kami kepada maksiat dan perbuatan mungkar dan jauhkanlah kami dari apa jua musibah. Selamatkanlah kami dari azab kubur dan azab api neraka.

Ya Allah Ya Muqallibal Qulub.....janganlah dipesongkan hati kami setelah kami mendapat hidayahMu. Tetapkanlah hati kami dlm iman n sudahi hidup kami hanya dlm agama islam Ya Allah.

Ya Rabb Ya Ghaffur ampunkanlah dosa kami Ya Allah, dosa kedua ibubapa kami, anak2 n pasangan kami, saudara n kaum kerabat kami, guru2 b ustaz kami, sahabat2 kami n sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat.

ربناظلمناانفسناوان لم تغفرلناوترحمنالنكونن من الخسرين. ربنالاتزغقلوبنابعداذهديتناوهب لنامن لدنك رحمه انك انت الوهاب. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الٰأْخِرَةِ حسنة وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى اللّٰـهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ، وَالْحَمْدُ لِلّٰـهِ رَبِّ العلمين.

16/01/2017

Assalamualaikum dan selamat pagi jutawan !!!

Fasa-fasa perkembangan bisnes:

FASA 1: Kita bekerja sorang-sorang memulakan bisnes. Kita memilih produk ataupun servis apa yang mahu ditawarkan kepada bakal pelanggan. Kita memilih partner-partner. Kita mengeluarkan duit yang diperlukan sebagai modal. Kita mendaftarkan bisnes kita. Kita dalam fasa survival.

FASA 2: Bisnes kita sudah menampakkan tanda-tanda dapat survive. Jualan sudah mula masuk. Terbukti produk dan servis kita memang ada pasarannya. Tingkah-laku dan kemahuan pelanggan pun sudah mula nampak jelas.

FASA 3: Bisnes kita mula berkembang. Permintaan mula naik. Jualan mula meningkat. Tetapi itu berlaku hasil kita yang bekerja kuat. Kita yang sebenarnya membawa duit masuk. Kalau kita tidak bekerja, duit tidak masuk.

FASA 4: Bisnes kita sudah mempunyai orang-orang key-persons. Dalam fasa ini kita gunakan duit keuntungan bisnes bagi 'membeli orang'.

Dalam syarikat kita sudah ada:

+ Key-person yang menjaga kewangan.

+ Key-person yang menjaga pemasaran dan jualan.

+ Key-person yang menjaga operasi.

+ Key-person yang menjaga pentadbiran dan kakitangan.

FASA 5: Bisnes kita sudah berjalan sendiri. Kita tidak perlu lagi bekerja kuat. Sistem-sistem dan SOP-SOP sudah digunakan 100%.

09/01/2017

ASSALAMUALIKUM DAN SALAM TAHUN BARU..

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amal Yang Dicintai Allah

أَبَا عَمْرٍو الشَّيْبَانِيَّ يَقُولُ حَدَّثَنَا صَاحِبُ هَذِهِ الدَّارِ وَأَشَارَ إِلَى دَارِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ الصَّلَاةُ عَلَى وَقْتِهَا قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي بِهِنَّ وَلَوْ اسْتَزَدْتُهُ لَزَادَنِي

Abu Amru Asy Syaibani berkata, "Pemilik rumah ini menceritakan kepada kami -seraya menunjuk rumah Abdullah - ia berkata, "Aku pernah bertanya kepada Nabi SAW, "Amal apakah yang paling dicintai oleh Allah?" Baginda menjawab: "Solat pada waktunya." Abdullah bertanya lagi, "Kemudian apa kagi?" Baginda menjawab: "Kemudian berbakti kepada kedua orang tua."'Abdullah bertanya lagi, "Kemudian apa lagi?" Baginda menjawab: "Jihad fi sabilillah." Abdullah berkata, "Baginda sampaikan semua itu, sekiranya aku minta tambah, niscaya baginda akan menambahkannya untukku." (HR Bukhari No: 496) Status: Sahih

Pengajaran:

1. Pelbagai amal solleh dituntut untuk kita lakukan. Ada amal yang utama untuk dilakukan, ada amal yang paling dicintai Allah bergantung kepada keadaan, masa dan tempat.

2. Tiga amal yang paling dicintai Allah:

a. Solat pada waktunya – berusaha melaksanakan kewajipan ibadat kita dengan solat di awal waktu

b. Berbakti kepada ibu bapa – berusaha melakukan kebaikan, berbakti kepada kedua ibu bapa dan mengembirakannya – sama ada semasa dia hidup mahupun selepas mati.

c. Berjihad dijalan Allah – berkorban harta, diri, keselesaan untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar

Berusahalah melakukan amal yang dicintai Allah.


26/12/2016

Assalamualaikum dan selamat pagi jutawan !!!

Tips Menjemput Rezeki Dengan Selawat.
================================

Sebelum saya share tips diatas, jom ramai-ramai kita selawat dulu pada junjungan Baginda Muhammad SAW. " اللهم صلى على سيدنا محمد "

Ada satu kisah pernah saya besembang dengan seorang pak cik ni. Dia cerita kisah hidup dia, memang susah. Sehinggakan pernah satu hari, dia tiada apa2 langsung apatah lagi wang ringgit. Anak masa tu 3 orang, seorang anak ni sakit yang teramat teruk, tak boleh berjalan,lumpuh. Nak berubat anak apatah lagi. Hidup terlalu sedih, namun pakcik ni masih senyum dan redho, dia terlalu yakin, pasti akan hadir sinar yg indah satu hari nanti.

Nak dijadikan cerita, satu hari dia dengar seorang ustaz ni kuliah di masjid. Ustaz ni cerita tentang Baginda Rasulullah. Salah satu darinya ustaz ni sentuh tentang hebatnya Rasulullah sehinggakan dengan berselawat
seikhlas hati kepada Baginda boleh meyelesaikan bermacam masalah. Sebab itu ahli sufi jumlah bilangan selawat kepada Baginda tak terkira.

Lalu pakcik ni , dia terlintas dalam fikiran, dalam hati " aku ni kurang selawat , hati aku yakin benar apa yg ustaz ni cakap, Selawat pada nabi akan hadirkan aku rezeki, selesai masalah aku. Dulu zaman Nabi sahabat yang buta pun Nabi boleh usap mata lihat semula, aku ? Pasti ada sinar "

Nak dipendekkan cerita ,pak cik ni pegang terus kelebihan selawat Nabi. Setiap hari dia akan selawat pada Baginda Rasulullah sebanyak 1000 kali, sehinggalah demi hari meningkat jumlah selawat. Setiap kali dia selawat dia akan niat dalam hati " Ya Rasulullah beri aku Syafaat, bantu ku selesai masalah kewangan, masalah kesihatan anak, lapangkan semua masalah aku ".

Subhanallah, dan sebulan lepas tu berlaku macam-macam keajaiban rezeki, antaranya org tawarkan umrah free kepada pakcik ni dan anak dia untuk berubat di mekah. Nak dipendekkan cerita lagi, hidup pakcik ni berubah, rezeki makin bertambah, anak dia yg sakit, sihat semula, dan boleh berjalan, bijak macam orang lain.

Hebat kan ? Sapa yg hebat sebenarnya ? ALLAH Maha Hebat, Dia tukar apa sahaja derita kepada bahagia, Rasulullah hebat kerana Baginda Kekasih ALLAH , mintak apa sahaja diberikan. Paling berharga adalah syafaat baginda di Mashyar kelak yang tiada pada lain-lain Nabi.

صلوا على النبي

Kesimpulannya banyakkan lah selawat.

Sapa rasa nak share, silakan yer. Moga ilmu ini lebih tersebar. Amin.

14/11/2016

Assalamualaikum dan selamat pagi jutawan !!!

Nasihat buat semua
Dunia FB seperti lautan.
Berdayunglah kelautan luas dengan pelbagai tujuan.
Carilah rezeki
Carilah ketenangan
Berkawanlah dengan ikan
Berkawanlah dengan alam
Berhati-hatilah dengan ombak dan badai.
Usah sangka, air yang tenang ianya tidak merbahaya.
Bila anda kalah, semua yang anda buat dilihat salah.
Berhati-hati dengan lautan
Berkawan biar seribu, bersahabat payah dicari yang satu.
Bila sukar, anda sendiri
Itu lumrah yang perlu dihadapi.
Usah dikenang kisah yang lalu
Baikilah diri mu sendiri
Hidup ini berbakti pada yang lain
Berusahalah sedaya upayanya

05/11/2016

Assalamualaikum dan selamat pagi jutawan !!!

Seketika bersama luahan rasa santapan minda....

"sejauh mana pun kita bakal melangkah... jangan lupa singgah sektika di perhentian kecil... sepandai mana pun kebijaksanaan kita... jangan lupa kita bermula dari bawah... secerdik mana pun perilaku kita... jangan lupa kita masih dalam pencarian... dan jangan sekali2 kita riak dan ego akan semua yang kita miliki... kerana semua itu hanya bersifat sementara... yakin dan ketahuilah bahawasanya... sebuah bidalan kata ada mengatakan... "sesejuk air dipergunungan... sedingin air ditelaga... sehangat air disungai... air laut TETAP masin"... ertinya... "sejauh mana kita berjalan... setinggi mana kedudukan dan pangkat kita... bila tiba masa dan ketikanya semua itu akan berakhir jua dan kita bakal kembali keasalnya"...

sekadar buat renungan untuk dikongsi bersama... salam ukhuwah....

01/11/2016

Assalamualaikum dan selamat pagi jutawan !!!

Orang bisnes yang berjaya, mereka itu bukan berjaya atas kekuatan bakat, ilmu, dan semangatnya sendiri, sebagaimana yang selalu menjadi sangkaan dalam kalangan orang yang tidak berniaga.

Peniaga-peniaga yang berjaya adalah mereka yang mempunyai senarai panjang peniaga-peniaga lain yang mendukung bisnes mereka.

Disebabkan mereka didukung oleh peniaga-peniaga lain, mereka ibarat pokok yang mempunyai akar tunjang, sangat sukar ditumbangkan.

Bisnes mereka bukan hanya sukar tumbang, malah mudah membesar.


Dalam dunia bisnes, supaya berjaya kita perlu memiliki strategi dan taktik bagaimana mendapatkan sebanyak-banyak peniaga lain supaya mereka mahu mendukung bisnes kita.

Sebagai peniaga, kita mungkin kenal banyak orang, tetapi mereka belum tentu mahu mendukung bisnes kita.

Mereka bukan musuh kita, tetapi meskipun bukan musuh namun mereka tidak mahu mendukung bisnes kita.

Apabila kita memerlukan kerjasama mereka, mereka tidak berminat.

Jangan sekali-kali kita buat tidak elok kepada peniaga lain.

Kita tidak tahu bila masanya kita akan terpaksa meminta kerjasama mereka.

Apabila kita buat tak elok kepada peniaga lain, ia ibarat perbuatan kita memotong kaki kita sendiri!


Tanpa dukungan daripada peniaga-peniaga lain, maka bisnes kita akan menjadi bebanan kepada kita.

Kita akan mengalami keadaan di mana berkerja memajukan bisnes menjadi suatu kepayahan - sepayah semut yang cuba berjalan di atas dodol cair.

assalamualaikum dan selamat pagi jutawan !!!Apa yang Boleh kita pelajari dari gambar ini ?1) Buat sampai jadi - Elakkan ...
28/10/2016

assalamualaikum dan selamat pagi jutawan !!!

Apa yang Boleh kita pelajari dari gambar ini ?

1) Buat sampai jadi - Elakkan dari buat sesuatu perkara separuh jalan. Orang berjaya adalah orang yang menghabiskan apa yang dimulakan.

2) Fokus - Sentiasa fokus pada usaha sendiri. Jangan sampai leka melihat usaha orang lain sampai takde mood teruskan usaha sendiri.

3) Budaya ikutan - Nampak orang lain buat benda lain berjaya, cepat beralih perhatian nak buat benda tu juga. Lepas tu nampak lagi orang lain berjaya beralih plak kepada perkara lain. Akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

23/10/2016

Assalamualaikum dan selamat pagi jutawan !!!

🗣Orang cakap bisnes susah...
🕵sy tetap buat...
🗣...Orang cakap bisnes ni tak tahan lama...
🕵saya tetap buat...
🗣...Orang cakap bisnes ni tipu...
🕵saya tetap buat sebab sy yakin...
🗣...Orang cakap bisnes orang lain lagi bagus...
🕵sy cakap semua biznes bagus...tapi tak guna kalau diri sendiri tak ada kualiti...buat bisnes apa pun tak akan berjaya..
🗣...Orang cakap sy macam2... sy biarkan.. lagi kuat orang mengata sy... lagi kuat semangat sy nak berjaya...

Sebab orang tetap akan mengata...🗣
Bila kita miskin orang mengata...🗣
Bila kita susah orang mengata...🗣
Bila kita kaya orang tetap mengata...🗣

PEDULIKAN APA ORG NAK KATA...
Sebab yg nak berjaya adalah diri kita...
Lebih MURNI kalau kita kaya..orang mengata... tapi kita tetap berada diatas mereka..sebab lebih daif jika org mengata tapi kita duduk dibawah mereka...

Pedulikan Apa orang nak kata... sebab ketika kita susah tiada siapa yg boleh bantu kita

11/10/2016

Assalamualaikum dan selamat pagi jutawan !!!

(7 TIPS BANGKIT DARI KEGAGALAN)

1. Cuba alihkan fokus Anda pada hikmah dari kegagalan Anda. Gagal bukan kiamat pun. Saya tahu, Anda banyak kehilangan setelah kegagalan bisnes anda. Saya juga pernah mengalaminya. Namun, jika Anda malas bertindak artinya Anda sudah menyerah dan memastikan kegagalan akan kekal untuk Anda. Ini jauh lebih berbahaya daripada Anda mencuba dan gagal lagi. FOKUS dengan matlamat anda ...

2. Lupakan alasan… lupakan kegagalan sebelumnya. Itu masa lalu. Yang boleh Anda bawa dari masa lalu hanyalah hikmah. Anda sekarang lebih bijak dan lebih baik. Anda sudah mendapatkan pelajaran berharga dari kegagalan, Ertinya Anda boleh bertindak dan mencuba lebih baik lagi dari masa lalu Lupakan rasa sedih dan kecewa.

Diam hanya akan menambah kesedihan dan kekecewaan. ubatnya hanya bertindak dam mencuba lagi. Gagal, cuba lagi. Memang hidup seperti itu.

3. Bertanya bang oiii Belajar… bukan diam sahaja. Anda punya keluarga, teman, saudara, ada buku, ada artikel, ada ebook, dan berbagai macam sumber untuk belajar. Inilah satu-satunya cara untuk bangkit dari kegagalan.

4. Maafkan diri anda dan maafkan orang lain. teruskan usaha anda dan selesaikan masalah anda.

5. Selesaikan masalah anda mengikut 'akibat' dari sesuatu masalah tersebut bukan besar ataupun kecilnya masalah itu. Formula bangkit dan bergerak kedepan adalah bila anda memecahkan masalah anda yang besar kepada task-task yang boleh anda selesaikan.

6. Bersedekah. ramai orang bersedekah bila mereka banyak duit, bila mereka dah dapat gaji dan mereka sudah untung dalam perniagaan...bagus juga. tetapi ianya lebih bermakna bila anda bersedekah bila anda tak punya banyak. sedekah pembuka pintu rezeki, sedekah penyembuh penyakit, sedekah menghapus dosa kecil...niatkanlah apa yang anda mahu pada NYA dari sedekah anda, Allah maha pemurah dan pengasih.

7. Saya tahu banyak cara lain dan untuk bangkit dari kegagalan. Sebenarnya semua itu adalah tip dan panduan untuk anda. Perkara yang lebih penting adalah kehebatann dan motivasi anda yang lebih tinggi untuk bengkit semula. semuanya adalah terpulang pada DIRI ANDA.

06/10/2016

Assalamualaikum dan selamat pagi jutawan !!!

Jangan malu dengan kegagalan
==========================
Dalam berniaga.
Saya pernah ada duit sejuta dan selepas tu saya pernah tinggal duit RM50 je dalam poket. Nak bayar gaji staf tinggal dua tiga hari lagi 70 ribu dan hutang keliling pinggang, mana nak dicari. Jatuh dan bangun semula itu resamnya.
Saya pernah merasa bergaji seribu sebulan dan saya pernah bergaji seribu sehari. Saya pernah jual dapat RM3 sehari. Saya pernah untung 400 ribu sehari. Saya pernah rugi berjuta dengan keputusan saya buat dalam sehari.
Itu semua pengalaman.
Jika kita tak pernah merasa betapa sakit dan pahitnya gagal, kita tak akan tahu dan menghargai betapa manisnya sebuah kemenangan.
Kegagalan dan kemenangan seolah kaki kiri dan kanan tika kita melangkah. Ianya adalah pelengkap hidup untuk kita mencapai tujuan dan target. Kita tidak akan mencapai kejayaan jika kita berhenti melangkah.
Jatuh dan bangun itu adalah kehidupan dan kehidupan itu adalah jatuh bangun.
Ramai yang menyalahkan kita bila kita kalah. Ramai yang bertanya " mengapa jadi begini ?" dan ketawakan kita. Bila jatuh lebih ramai yang lebih menjatuhkan.
Ramai juga yang bersama kita bila masa kita dalam keadaan menang. Itu lumrah dunia.
Jangan di hina orang yang gagal dalam mencuba kerana lebih ramai yang gagal mencuba. Tidak semestinya mereka yang memperlekehkan kita itu lebih baik. Jangan hidup kerana manusia, Allah kan ada.
Sahabat ku.
Bangkitlah. Senyum dan bangun. Mulakan larian mu. Kau punya potensi sendiri. Tentu masih ada harapan bagi orang yang berusaha.
Buang jauh-jauh perasaan malu. Kegagalan adalah titik permulaan kejayaan kau yang lebih besar.
Rezeki Allah luas. Mohonlah pada Allah.
Tuan puan saya pernah gagal. Saya masih berusaha . Adakah anda masih mahu bersama saya dan sama-sama bangkit. Marilah, saya doakan anda. Saya bersama anda.

01/10/2016

Assalamualaikum dan selamat pagi jutawan !!!

|| Kisah duit RM5 ||

Esok baru gaji.
Belek² dompet tinggal 5 ringgit.
Harap² isteri kat rumah masak boleh la guna utk esok isi minyak moto pergi kerja.

Semasa menuju ke motosikal isteri yg sedang sarat mengandung telepon.
" Assalamualaikum, abg nanti tolong belikan nasi ayam ye kat kedai sebelum simpang rumah kita tu, saya teringin nasi ayam la tgk kawan² post kat Facebook diorg tadi".

"Baik" kata ku. Duit 5 ringgit tadi bleh la beli nasi ayam 4.50, aku makan magi pun xpa, megi ada lagi kat umah.

Dalam perjalanan atas hiway balik dari Shah alam ke Kapar singgah stesen minyak, tayar moto kurang angin.
Sedang isi angin tayar moto, terdengar bualan sorang mak dengan anak dia yg nak air cincau dalam tin.
Mak dia bising² kat anak dia yg duit tinggal 5 ringgit ja tu pun utk isi minyak, terdengar bualan tu aku bagi la duit aku yg 5 ringgit ni ke kakak tu suh beli air utk anak dia.

Pandai la aku kelentong bini aku nanti kata kedai nasi ayam tutup, nasi ayam abih ka apa ka.
Sedang menunggang motosikal utk pulang, ternampak pakcik ni terkial² buka tayar keta dia yg pancit.
Aku berhentikan la moto menghulurkan bantuan.
Dalam hati pikir, Sampai awal nanti kalau kata nasi ayam tutup tak masuk akal plak.

Selesai tolong tukar tayar pakcik tu,
pakcik tu berikan aku sampul merah sambil ucap terima kasih. Aku cuba menolak sampul tu tapi dia tetap keras nak beri.

Sebelum sampai ke rumah, kedai nasi ayam tu masih buka.
Aku berhentikan moto sambil membelek sampul merah tu, wahh...byknya. Rm50.
Terus beli dua, aku satu, bini aku satu siap ada belen lagi 41 ringgit.

Ni la rezeki. Kita sedekah lima ringgit, Allah beri kita lebih lagi. Alhamdulillah.

Kredit nukilan Yusri Ibrahim

Allah dah tetapkan rezeki masing-masing..
^_^

Address

Bandar Baru
Johor Bahru
34950

Telephone

0124919369

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jom Buat Duit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jom Buat Duit:

Share