30/01/2026
Doakan untuk anak2 pelatih u11 Vortex Jr.
supaya dapat memberikan saingan yang terbaik untuk tournament ini yang buat julung kalinya di anjurkan oleh JDT dan PBNJ.
Biarpun Vortex Jr. baru sahaja di tubuhkan. team kami menerima baik dalam saingan ini.
insya Allah. Vortex Jr. Pasti berikan yang terbaik.
PIALA JOHOR JUNIOR 2026 TARIK 2,397 BELIA DARIPADA 140 PASUKAN DI 10 DAERAH JOHOR BAGI PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGERI
Piala Johor Junior 2026 yang pertama berlangsung sepanjang musim bermula pada 7 Februari hingga November 2026 bakal menyaksikan penyertaan seramai 2,397 belia dalam kategori Bawah-11 dan Bawah-9 tahun.
Kejohanan bola sepak pembangunan akar umbi ini dianjurkan bersama oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Taโzim (JDT) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dengan matlamat mengenal pasti serta membangunkan bakat pemain kelahiran Johor untuk diserap ke Akademi JDT dan program prestasi negeri yang lain. Inisiatif ini turut menyediakan platform pembangunan bakat muda secara sistematik di samping memperkukuh dan memperluas ekosistem bola sepak negeri Johor.
JDT dan PBNJ juga menganjurkan program kejurulatihan akar umbi yang melibatkan 153 para jurulatih daripada pasukan-pasukan yang bertanding dalam Piala Johor Junior bagi mengemas kini metodologi latihan serta memastikan pembangunan belia dilaksanakan secara sistematik dan berobjektif.
Kejohanan ini menyaksikan penyertaan 61 pasukan B-9 dan 79 pasukan B-11 dari pelbagai daerah di seluruh Johor bertanding dalam tiga zon pertandingan yang merangkumi kesemua 10 daerah sebelum diklasifikasikan kepada tiga divisyen berdasarkan kedudukan.
Piala Johor Junior merupakan kejohanan berskala besar pertama yang dianjurkan bersama oleh JDT dan PBNJ, dan dijangka menjadi program pembangunan junior berimpak tinggi di Johor. Luaskan Kuasamu Johor.
Untuk maklumat lanjut mengenai pembangunan bola sepak belia di Johor, layari โ
https://www.facebook.com/share/16qWWZzeNE/
โโโ
JOHOR JUNIOR CUP 2026 ATTRACTS 2,397 YOUTHS FROM 140 TEAMS IN 10 JOHOR DISTRICTS FOR STATE-WIDE FOOTBALL DEVELOPMENT
The inaugural season-long Johor Junior Cup 2026 kicking off on February 7 until November 2026 will see a participation of 2397 youths across the Under-11 and Under-9 categories.
The grassroots development football tournament jointly organised by Johor Darul Taโzim FC (JDT) and the Johor Football Association (PBNJ) aims to identify and nurture Johorean players for the JDT Academy and other State performance programmes, thus providing a platform for a systematic development of young talents while strengthening and widening Johor's football ecosystem.
JDT and PBNJ also organised a grassroots coaching programme with 153 coaches of teams participating at the Johor Junior Cup to update training methodologies and ensure youth development is both systematic and objective.
The tournament sees 61 U-9 and 79 U-11 teams from various districts throughout Johor compete in three competition zones covering all 10 districts before being classified into three divisions based on the standings.
This tournament is the first large-scale tournament jointly organised by JDT and PBNJ, and is projected to be a high-impact junior development programme in Johor. Luaskan Kuasamu Johor.
For more information on football youth development in Johor, visit โ https://www.facebook.com/share/16qWWZzeNE/
Hidup Johor Demi Johor