Rumah Hartanah Lelong

Rumah Hartanah Lelong Kepakaran saya adalah memberikan khidmat nasihat tentang pelaburan Hartanah Lelong dan membantu ramai orang untuk memiliki rumah di bawah harga pasaran.

19/07/2022
26/06/2020
15/04/2020
09/04/2020
19/11/2017

Kerajaan bayarkan 10% deposit untuk rumah pertama anda. Bagaimana caranya?

Kepada yang tak tahu, kerajaan telah perkenalkan sistem MyDeposit. Tujuannya untuk membantu golongan M40 iaitu golongan isi rumah yang berpendapatan RM3,000-RM9,000 dengan membiayai deposit rumah pertama mereka.

Syarat-syarat:

1) Pemohon berumur 21 tahun ke atas
2) Pembelian rumah pertama
3) Hartanah di bawah RM500,000

Kalau anda menepati kesemua syarat ini, anda dah boleh mulakan misi mencari rumah. Tidak kira sama ada rumah ‘undercon’ atau ‘subsale’. Pastikan harganya bawah RM500,000 ya.

Bila dah jumpa rumah idaman:

✅Isi borang permohonan
- Permohonan akan dibuka pada tahun hadapan. Borang ini penting untuk semakan Jabatan Penilaian Permohonan.

Bila permohonan dah lulus:

✅Anda akan terima Surat Tawaran Bersyarat Skim MyDeposit
- Surat Tawaran inilah yang akan jadi ‘cagaran’ untuk biaya deposit 10% rumah anda.

✅Cari, semak dan mohon pinjaman perumahan
- Pinjaman perumahan perlu disemak dan dimohon sebelum tanda tangan Perjanjian Jual Beli (S&P). Kebiasaannya pinjaman perumahan akan turut meliputi kos insuran dan kos guaman bagi pinjaman.

✅Tanda tangan S&P
- Selepas pemohanan pinjaman perumahan berjaya, anda boleh tandatangan perjanjian S&P. Jika rumah yang dibeli berstatus ‘undercon’ atau sedang dibina, pemaju selalunya akan ‘serap’ kos guaman bagi S&P.

✅Tanda tangan Surat Tawaran Pinjaman
- Anda akan terima ‘Offer Letter’ dari bank jika pinjaman anda diluluskan.

Bila dah selesai tanda tangan surat tawaran:

✅Penjual atau Pemaju akan membuat tuntutan deposit 10% tadi kepada kerajaan menggunakan surat Tawaran Bersyarat MyDeposit tadi.
✅Kerajaan akan membayar deposit tersebut dan akan melakukan pemantauan projek.

Ambil perhatian:

✅Ada ‘setback’ tentang skim ini dimana anda tidak boleh menjual hartanah tersebut dalam masa 10 tahun
✅Skim MyDeposit juga tidak terpakai bagi projek-projek perumahan kerajaan seperti PR1MA, PPA1M, RUMAWIP dan PPR.

Walaubagaimanapun, skim ini amat membantu golongan isi rumah untuk memiliki rumah pertama pada ‘zero-entry cost’. Maklumlah, deposit rumah kerajaan bayarkan, kos S&P kebiasaannya pemaju bayarkan. Kos insurans rumah dan guaman juga boleh dimasukkan dalam pinjaman.

Skim MyDeposit 2018 hanya mempunyai kuota sebanyak 2,000 slot sahaja. Maknanya siapa cepat dia dapat.

Tahukan anda permohonan untuk 2017 dah ditutup lama dan akan dibuka semula pada awal tahun 2018.

Kredit: Hartabumi

Share & tag rakan anda yg ingin membeli rumah..

*Like Page ini utk sebarang info berkaitan hartanah

"Boleh adjust ker bagi dapat 100% financing bang?".Bukan payah pon. Banyak aja bank yang offer produk ni. Tinggal layak ...
03/10/2017

"Boleh adjust ker bagi dapat 100% financing bang?".
Bukan payah pon. Banyak aja bank yang offer produk ni. Tinggal layak ker tak dan lulus ker tak aja.
So lepas nego dengan owner bagi low deposit 3%, kalau owner agree .. tak payah la bayar sampai 10% deposit. Nanti owner akan dapat balance duit dia dari financing bank.
Disini saya nak share 3 pakej pembiayaan perumahan yang membolehkan anda dapat 100%-105% financing.
1) SKIM RUMAH PERTAMAKU CAGAMAS
--------------------
+ Rumah pertama
+ Umur tidak melebihi 40
+ Gaji tidak melebihi RM5000 (atau RM10K untuk join applicant)
+ Harga Rumah antara RM100K - RM500k
+ Margin 100% financing. (kos lain seperti MRTT dan Legal Fee ditanggung pembeli)
+ Bank terlibat adalah Affin, Alliance, AmBank, Bank Islam, Bank Muamalat, CIMB, Hong Leong, Maybank, OCBC, Public, RHB, Standard Chartered, UOB
2) BSN MyHome (Youth Housing Scheme)
--------------------
+ Umur antara 21 hingga 45 tahun
+ Rumah pertama dibeli
+ Pendapatan minimum RM1,000 sebulan
+ Margin sehingga 100%
+ MRTA: hingga 5% dari harga belian
+ Harga Rumah antara RM100K - RM500k
+ Subsidi kerajaan bernilai RM200 sebulan selama dua tahun bagi meringankan pembayaran bulanan.
3) Skim Rumah Pertamaku-i MBSB
--------------------
+ Bagi pembeli rumah pertama sahaja
+ Margin sehingga 105%
+ 40 tahun ke bawah;
+ Harga Rumah antara RM100K - RM500k
+ Maksimum hingga 35 tahun atau berumur 75 tahun
+ Tiada had pendapatan maksima
+ Subsidi bayaran guaman & valuation sehingga RM6,000
Mohon LIKE dan SHARE agar ramai lagi dapat manfaat.

03/09/2016

Address

Johor Bahru
81800

Telephone

60179941103

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Hartanah Lelong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share