Kelas 3M dan Mengaji AlQuran

Kelas 3M dan Mengaji AlQuran Menumpukan perkhidmatan konsultasi Kelas 3M(Membaca, Menulis dan Mengira), Kelas AlQuran.

26/02/2024

Jom, buat aktiviti asas menulis..

Anak anda masih tidak boleh membaca bahasa melayu?Kami menyediakan khidmat rundingan secara percuma untuk berkongsi makl...
26/02/2024

Anak anda masih tidak boleh membaca bahasa melayu?

Kami menyediakan khidmat rundingan secara percuma untuk berkongsi maklumatentang permasalahan masalah anak anda dalam pembelajaran.

Bila pelajar perempuan "uzur" iaitu datang haid, kami tetap akan mengadakan kelas mengaji untuknya. Kami akan membuat ke...
26/02/2024

Bila pelajar perempuan "uzur" iaitu datang haid, kami tetap akan mengadakan kelas mengaji untuknya.

Kami akan membuat kelas tajwid menggunakan buku Iqra "pink". Kelas ini khas untuk pelajar yang sudah mencapai tahap ke-3 iaitu sederhana lancar/lancar membaca Al-Quran.

Untuk keterangan lanjut, bolehlah menghubungi kami di talian 017-717 2600 .

18/02/2024

Menyulam kuda...

FOKUSAntara aktiviti dalam pembelajaran 3M adalah fokus dan bertindak menyelesaikan masalah.Aktiviti menyulam kuda ini a...
18/02/2024

FOKUS

Antara aktiviti dalam pembelajaran 3M adalah fokus dan bertindak menyelesaikan masalah.

Aktiviti menyulam kuda ini adalah antara aktiviti yang dijalankan di FN Legacy Consultant.

-Ummi-

Pendaftaran baru untuk kelas 3M FN Legacy dibuka bagi slot yang telah kosong.www.wasap.my/60177172600/3MAnak masih gagal...
17/02/2024

Pendaftaran baru untuk kelas 3M FN Legacy dibuka bagi slot yang telah kosong.

www.wasap.my/60177172600/3M

Anak masih gagal atau kurang lancar membaca bahasa melayu dan memahami konsep asas mathematik walau sudah berumur 7 tahun?

Anda dipelawa singgah ke center FN Legacy Consultant untuk mengetahui permasalahan pembelajaran anak anda. Tiada bayaran dikenakan untuk sessi konsultasi ini.

Apapun, buat temu janji dahulu untuk memudahkan pihak kami mengatur jadual pertemuan.

KELAS NGAJI ONLINEKami s**a jika pelajar kami datang belajar di tempat kami. Kami s**a sangat sebab kami boleh pelbagaik...
03/11/2023

KELAS NGAJI ONLINE

Kami s**a jika pelajar kami datang belajar di tempat kami. Kami s**a sangat sebab kami boleh pelbagaikan kaedah pembelajaran.

Tapi...

Kami juga tiada masalah jika pelajar mahu menggunakan kaedah online sebagai medium pembelajaran. Asalkan pelajar fokus pada pembelajaran dan juga line internet sentiasa ada liputan yang baik.

Namun....

Apapun kaedah pembelajaran, yang penting berguru.... Apa lagi? Bila nak mula?

Salam bahagia..
09/07/2023

Salam bahagia..

11/06/2023

Kami namakan pelajar cicir kami ini, Diana.

Diana murid darjah 4 tetapi Diana tidak mampu membuat latihan mathematik dan untuk peperiksaan darjah 3, Diana tidak lulus. Diana tidak faham apa yang cikgu sekolahnya ajar. Maklumlah, 2 tahun terhenti sessi persekolahan akibat covid19.

Ibubapanya menghantar kepada kami untuk Diana belajar. Pertama kalinya, kami kenal pasti masalah pembelajaran Diana. Syukurlah, Diana tiada masalah pembelajaran yang serius, Diana hanya tidak faham menyebabkan Diana menjadi tidak s**a belajar mathematik.

Kami berusaha menarik minat Diana terhadap mathematik. Dimulakam dengan belajar asas tolak campur dan bestnya sebulan sahaja Diana sudah mendapat rentak menguasai pembelajaran ini.

Bila sudah mahir membuat operasi tolak campur, kami asah p**a menjawab soalan-soalan K-Bat.

Dalam masa 3 bulan, Diana mampu menghafal sifir 2 hingga 7. Sekarang, Diana masih belajar bersama kami. Kami sangat seronok kerana Diana sudah memasuki fasa menguasai silibus darjah 2 dan 3. Sesekali Diana membawa kerja sekolah mathematik darjah 4 untuk mendapat tunjuk ajar dari cikgu. Cikgu di FN Legacy tidak pernah berkira. Mana yang Diana masih kurang faham, cikgu akan ajar sehingga faham. Keputusan ujian Diana baru ini juga menunjukkan peningkatan yang sangat baik, lulus dengan cemerlang.

Kami jangkakan Diana akan boleh menguasai mathematik silibus darjah 4 dengan baik di akhir tahun. Bila Diana memasuki darjah 5, insya-Allah Diana sudah tidak tercicir lagi.

Sekarang, Diana s**a mathematik.

Salam ukhwah.3M (Membaca, Mengira & Mengeja)Hari ini saya ingin memberi penerangan berkaitan Kelas 3M di FN Legacy.Apa i...
11/06/2023

Salam ukhwah.

3M (Membaca, Mengira & Mengeja)

Hari ini saya ingin memberi penerangan berkaitan Kelas 3M di FN Legacy.

Apa itu Kelas 3M Ummi?

Kelas 3M kami adalah kelas khusus untuk Bahasa Melayu.

Takde Bahasa Inggeris ke?
Ada, cuma kami lebih fokus pembelajaran Bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan negara.

Adakah kelas ini ramai-ramai?
Tidak la... Kalau ramai-ramai, baik kami buka tadika! Kelas kami ini adalah kelas berfokus seorang guru dan seorang atau dua orang murid sahaja setiap sessi. Kami mahu setiap anak pandai baca seawal 5 atau 6 tahun iaitu sebelum mereka mendapat pendidikan formal di sekolah.

Namun, pelajar kami kebanyakkannya adalah pelajar cicir tahun satu yang tidak boleh membaca dan setengahnya ibubapa tidak tahu apakah masalah sebenar kelemahan pembelajaran anak mereka.

Kami juga menyediakan perkhidmatan ujian tahap masalah pembelajaran anak-anak secara PERCUMA. Sila buat temu janji dahulu yea...

Menggunakan kaedah apa ye?
Oh, Kelas kami menggunakan pelbagai kaedah mengikut tahap penerimaan murid. Buku baca menggunakan buku Bacalah Sayang dan lembaran kerja yang dibuat oleh pihak kami mengikut tahap pencapaian setiap pelajar. Maksudnya, setiap pelajar akan mendapat lembaran kerja mungkin sama dan mungkin tidak sama antara pelajar kami.

Takde silibus ke?
Ada la... Silibusnya untuk mencapai matlamat pembelajaran iaitu Pandai Baca, Pandai Tulis dan Pandai Mengeja.

Berapa lama tempoh pembelajaran untuk PANDAI BACA?
Enam bulan ke atas bergantung pada tahap kecerdasan pelajar menerima pembelajaran dan juga persediaan awal pelajar tersebut.

Segala persoalan boleh berhubung terus dengan kami.

Sekian.

Pembelajaran secara online ini adalah satu kaedah alternatif yang kami sediakan supaya anda yang tidak dapat hadir berse...
31/10/2022

Pembelajaran secara online ini adalah satu kaedah alternatif yang kami sediakan supaya anda yang tidak dapat hadir bersemuka tetap boleh "bersemuka" dengan tenaga pengajar(sayalah tu✌️).

Kaedah ini tetap memerlukan anda komitment dari segi masa juga ketekunan dan kesabaran dalam setiap butir pembelajaran dan "bebelan" saya.

Untuk memulakan pembelajaran secara online, sila tekan link di bawah👇

www.wasap.my/60177172600/ngajionline

KELAS 3MSetiap sessi hanya seorang atau berdua sahaja. Ini kerana kami menitik beratkan fokus kepada kemenjadian modul k...
30/09/2022

KELAS 3M

Setiap sessi hanya seorang atau berdua sahaja. Ini kerana kami menitik beratkan fokus kepada kemenjadian modul kami terhadap setiap pelajar.

Setiap pelajar dibangunkan modul berasingan mengikut tahap pencapaian mereka. Namun diakhirnya pencapaian matlamat itulah yang kami utamakan.

Apa matlamat kami di FN Legacy?

Pelajar boleh membaca bahasa melayu dengan lancar, mengeja dengan tepat, menulis dengan sederhana kemas dan menimbulkan semangat belajar untuk pencapaian lebih baik di sekolah.

Untuk keterangan lanjut, sila tekan link👇

www.wasap.my/60177172600/kelas3M

Address

Johor Bahru
81300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas 3M dan Mengaji AlQuran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share