GMJ Fans

GMJ Fans Tudung Bawal Ekslusif Yang Cantik, Berkualiti dan Sangat Selesa

15/09/2017
GMJ REHLAH RAMADHAN PUTERI JOHOR telah berjaya dilaksanakan pada 25 Jun 2016 dan disempurnarasmikan oleh Tn Hj Mohammad ...
26/06/2016

GMJ REHLAH RAMADHAN PUTERI JOHOR telah berjaya dilaksanakan pada 25 Jun 2016 dan disempurnarasmikan oleh Tn Hj Mohammad Khairi bin A.Malik, Setiausaha Politik Menteri Besar Johor merangkap Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Program Tahunan Gelombang Merah Jambu ini.

Tahniah & Terima kasih kepada semua!!





Dijemput beramai-ramai untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama kami
24/06/2016

Dijemput beramai-ramai untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama kami

04/06/2016

Sekalung tahniah kami ucapkan....
Kepada YB Datuk Md Jais Bin Sarday,
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor merangkap Ketua UMNO Bahagian Kluang

Di atas Pengurniaan
Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N), yang membawa gelaran ‘DATUK’

Oleh
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Almu’tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almurhum Sultan Badlishah

Sempena ulang tahun hari keputeraan rasmi Yang Di-Pertuan Agong XIV Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 4 Jun 2016

Ikhlas daripada
Pergerakan Puteri UMNO Negeri Johor

01/06/2016

Peluang untuk bakal usahawan muda mahupun usahawan belia untuk mendapatkan bantuan geran perniagaan sebanyak RM15,000.

Jika anda rasa RM15,000 itu terlalu kecil untuk anda bersusah payah dlm proses mendapatkan geran. Anda boleh abaikan pos ini jgn buang masa anda mahupun kuota internet anda.

Namun jika anda melihat ini adalah peluang untuk anda mendapatkan modal perniagaan, untuk membantu perniagaan anda terus berkembang insyaallah, inilah jalannya..

Permohonan adalah terbuka untuk para belia berumur 30 tahun kebawah.

Tolong sebarkan.. mari kita sama-sama bantu membantu. Jika bukan untuk kita, mungkin untuk rezeki org lain. Dan jangan takut untuk sebarkan kerana takutkan persaingan. Percayalah, rezeki itu datang dari tuhan. Jika telah termaktub rezeki itu milik kita, tetap kita akan merasa dan menerima rezeki tersebut. Lapangkan dada anda untuk berkongsi maklumat ini. Terima kasih.

[TUBE 3.0 - Tabung Usahawan Belia geran perniagaan RM15,000]

Permohonan dalam talian dibuka mulai 01 Jun 2016 sehingga 15 Jun 2016 sahaja. Permohonan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima.

Permohonan boleh dibuat sekali sahaja.

Tarikh-tarikh penting (tertakluk kepada pindaan) adalah :-

Permohonan dalam Talian - 01 Jun 2016 - 15 Jun 2016

Sesi Temuduga - Ogos / September 2016

Kemasukan Ke Kem (Fasa 1 & 2) - 2 - 22 Oktober 2016 (21 Hari)

Pelaksanaan Perniagaan & Pemantauan (Fasa 3) - November 2016 - Oktober 2017

INFO :

tube.smecorp.gov.my

Sambutan Ulangtahun GMJ 2016 diteruskan dengan Program Charity Give Away di Bazar Karat Johor Bahru. Ramai pengunjung ya...
28/05/2016

Sambutan Ulangtahun GMJ 2016 diteruskan dengan Program Charity Give Away di Bazar Karat Johor Bahru. Ramai pengunjung yang berpeluang mendapatkan Bubur Lambuk dan Air Bandung Percuma daripada GMJ. Sekelip mata selesai, macam goreng pisang panas. Syukur Alhamdulillah...


Meraikan Ulangtahun GMJ ke-3 bersama Prof Dr Rose Alinda Alias, Timbalan Naib Canselor UTM, Skudai di Hotel Msuite, Joho...
28/05/2016

Meraikan Ulangtahun GMJ ke-3 bersama Prof Dr Rose Alinda Alias, Timbalan Naib Canselor UTM, Skudai di Hotel Msuite, Johor Bahru. Banyak perkongsian yang telah disampaikan beliau kepada semua untuk dimanfaatkan. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang 3 tahun GMJ ditubuhkan dan sentiasa mendapat reaksi pelbagai pihak terutamanya wanita muda.



Assalamualaikum...Salam Puteri Tenggara.MEMBARA PERTANDINGAN FITNESS STEP & PROGRAM ZUMBA..Tarikh : 14 Mei 2016Jam : 8 p...
12/05/2016

Assalamualaikum...
Salam Puteri Tenggara.

MEMBARA PERTANDINGAN FITNESS STEP & PROGRAM ZUMBA..

Tarikh : 14 Mei 2016
Jam : 8 pagi
Tempat : Dewan Felda Sungai Sibol

SYARAT - SYARAT PERTANDINGAN
SENAMROBIK GORGEOUS :-
# warganegara malaysia.
# Yuran penyertaan rm 10.
# memerlukan 10 org peserta dlm 1 pasukan.
# mase diberikn7 minit..
# permakahan dr segi krativiti,keceriaan,keseragaman,dan pengisian senamearobik..
# Stiap pasukan mesti mmbawa cd lagu sndiri...
# peserta berumur 18 tahun - 40 tahun

HADIAH :-
*TMPT PERTAMA RM300
*TMPT KEDUA RM200
*TMPT KETIGA RM100
Dialu2kn kepada yg mana2 group yg berminat sila call
Izan - 016 7587434
lela- 0127341048
haslina - 019 7767545

Hanya beberapa hari lagi..
Jom sihat bersama kami..

Khas untuk
29/03/2016

Khas untuk

terbuka kepada yang berminat..
23/03/2016

terbuka kepada yang berminat..

Merafak Sembah Dengan Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah dan Ucap Selamat Kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Is...
23/03/2016

Merafak Sembah Dengan Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah dan Ucap Selamat Kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang di-Pertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim Sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku pada 23 Mac 2016 Bersamaan 14 Jamadilakhir 1437 Hijrah.

DAULAT TUANKU




18/03/2016

Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (imCoop) mempelawa pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang berminat untuk menjalani latihan industri (internship program).

- Pentadbiran (Admin)
- Kewangan (Accounts & Finance)
- Pemasaran (Marketing)
- Media Sosial (Online Marketing)
- Teknologi Maklumat (Information Technology)
- Kreatif (Creative Designer)

Lokasi - iPark Indahpura, Kulai, Johor.

Pemohonan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut secara emel kepada urusetia Latihan Industri di alamat [email protected]

-Surat Permohonan Latihan Industri daripada Institusi / Universiti
-Resume Pelajar
-Transkrip akademik (jika ada)

Perhatian: Hanya penghantaran dokumen yang lengkap sahaja akan dilayan.

www.imcoop.com.my www.imcoop.my

Address

Johor Bahru
80000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GMJ Fans posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share