09/06/2026
๐ข Makluman Penting Berkaitan Permohonan Geran HRD Corp
Assalamualaikum / Salam Sejahtera Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa HRD Corp telah mengeluarkan polisi baharu melalui Employerโs Circular No. 2/2026 yang akan berkuat kuasa mulai 15 Jun 2026.
Sehubungan itu, kami ingin mengingatkan pihak tuan/puan supaya membuat perancangan latihan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kelewatan atau penolakan permohonan geran.
Antara perubahan utama adalah:
โ
Permohonan grant perlu diluluskan sekurang-kurangnya 14 hari kalendar sebelum tarikh latihan bermula.
โ
Latihan hanya boleh dijalankan dalam tempoh 14 hingga 90 hari daripada tarikh kelulusan grant.
โ
Tiada lagi pindaan (modification) dibenarkan selepas grant diluluskan. Sebarang perubahan memerlukan pembatalan grant sedia ada dan permohonan baharu.
โ
Tiada rayuan (appeal) akan dipertimbangkan di bawah polisi baharu.
โ
Setiap permohonan hanya dibenarkan satu (1) query daripada HRD Corp.
โ
Sekiranya menerima query, maklum balas perlu diberikan dalam tempoh 5 hari kalendar, jika tidak permohonan akan tamat (expired).
โ
HRD Corp akan menjalankan proses verifikasi bagi latihan fizikal dan Remote Online Training (ROT). Wakil HRD Corp berkemungkinan hadir ke lokasi latihan untuk tujuan pengesahan.
Kerjasama pihak tuan/puan untuk merancang dan mengemukakan permohonan lebih awal amat dihargai bagi memastikan kelancaran proses grant dan tuntutan latihan.
Sekian, terima kasih.