06/05/2026
Soalan: Mana lebih baik? Menyewa aset perniagaan atau beli aset? Aset pun ada nilai resale tinggi
Jawapan: Tergantung kepada cashflow dan matlamat jangka panjang perniagaan.
Cashflow adalah nadi bisnes. Sekiranya current aset dalam tempoh 12 bulan lebih tinggi dari current liabiliti dan aset cair seperti cash lebih tinggi dari komitmen liabiliti maka boleh pertimbangkan untuk beli aset perniagaan tersebut disebabkan ada nilai resale tinggi.
1. Kelebihan menyewa aset kepada perniagaan
Dari sudut operasi/business:
a) Kurang modal permulaan
Tak perlu keluarkan cash besar untuk beli aset (contoh: bangunan, mesin, forklift, office equipment).
Contoh:
Beli forklift RM120,000 vs sewa RM3,000 sebulan.
Ini bantu:
✅preserve cash flow
✅guna modal untuk working capital
✅flexibility
b) Risiko obsolescence lebih rendah
Kalau aset cepat outdated (IT equipment, machinery), maka sewa lebih baik.
c) Fleksibiliti
✅Senang dan mudah untuk:
👉nak tambah
👉atau kurangkan
👉atau terminate (bergantung kontrak)
👉Sesuai jika business growth tak stabil.
d) Kadang-kadang maintenance termasuk
Kurangkan kos repair tak dijangka. Kos maintenance boleh meningkat sekiranya terdapat krisis.
Namun, dengan pengenalan MFRS 116 (Leases), senario kelebihan menyewa agak berubah dari segi strategi keuntungan.
2. Impak kepada keuntungan
Tahun awal lease → keuntungan nampak lebih rendah
Sebab:
Depreciation + interest
Interest lebih tinggi pada awal tempoh disebabkan interest dikira berdasarkan baki ansuran
Jadi total expense front-loaded.
Contoh:
Kalau rental biasa:
RM10,000 sebulan x 12 = RM120,000
MFRS 16 mungkin:
Depreciation = RM90,000
Interest = RM40,000
Total = RM130,000
Untung turun RM10,000 pada awal tahun.
💰Tahun akhir lease → keuntungan nampak lebih tinggi
Sebab interest makin rendah.
Contoh mudah (praktikal)
Katakan:
Lease liability awal: RM100,000
Interest rate: 6% setahun
Bayaran tahunan: RM23,746
Tahun 1
Step 1: Kira finance cost
= 100,000 × 6%
= RM6,000
Step 2: Bayaran dibuat
= RM23,746
Step 3: Portion principal
= 23,746 – 6,000
= RM17,746
Step 4: Closing liability
= 100,000 – 17,746
= RM82,254
Tahun 2
Finance cost akan turun:
= 82,254 × 6%
= RM4,935
➡️ Nampak tak pattern?
Interest makin menurun sebab liability makin kecil.
3. EBITDA (Earnings Before Interest Expense, Tax Expense, Depreciation and Amortisation Expense) biasanya nampak lebih baik
💰Ini ramai management suka.
Sebab rental expense tak lagi jadi operating expense.
Jadi EBITDA meningkat.
Contoh:
Sebelum:
EBITDA tolak rental RM120k
Selepas:
Rental diganti depreciation + finance cost
Depreciation & finance cost excluded from EBITDA
→ EBITDA nampak naik
Tapi cash flow sebenar tak banyak berubah. Masih tetap keluar duit bayaran ansuran
4. Nisbah kewangan terkesan
Lease liability akan naikkan:
👉gearing ratio
👉debt-to-equity
Ini boleh beri kesan jika:
⚠️bank covenant - banker akan nampak liability tinggi dan risiko lebih tinggi
⚠️investor perception - investor akan nampak risiko tinggi
⚠️credit assessment - creditor akan buat penilaian risiko tinggi
🧠Jadi key-point nya adakah menyewa aset beri kelebihan?
Ya, jika fokus kepada:
✅ cash preservation
✅ flexibility
✅ operational efficiency
Tetapi dari sudut MFRS / reported profit:
❌ tidak semestinya tingkatkan keuntungan
❌ boleh turunkan profit pada awal lease
❌ naikkan liabilities
Kalau syarikat anda banyak lease commitment, management kena tengok bukan sekadar P&L, tetapi:
👉EBITDA beri petunjuk kepada pelabur dan creditor
👉cash flow mampu ke tak
👉leverage ratio beri petunjuk kepada potensi syarikat
👉lease term strategy sama ada untuk terus menyewa atau membeli aset pada suatu tempoh tertentu
Ini semua berkait dengan strategi dan hala tuju syarikat ke arah mana.
Perniagaan bukan saja untuk hari ini, tapi untuk kini dan masa depan.
Jangan malu Jangan segan, Mari rapat..Mari singgah pejabat kami. Pintu kami sentiasa terbuka untuk ANDA.
Ingin tahu lebih lanjut tapi anda sibuk?
Boleh PM ikat tepi +60187936367 (Encik Amirul) atau +60176917466 (Encik Amir) untuk maklumat lanjut.
AFIMS sebuah firma berdaftar MIA, memberi khidmat nasihat perakaunan, percukaian dan kesetiausahaan syarikat.