Kelas masakan roti cake mamagee

Kelas masakan roti cake mamagee Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelas masakan roti cake mamagee, Business service, semenyih, Kajang.

07/07/2023
16/05/2023

RESEPI NASI AYAM

Resepi:
Utk ayam
1ekor ayam potong 4
Jangan buang kulit
Daun bawang 3pokok basuh bersih simpul
Halia 4 inci ketuk
2 batang serai ketuk
Sedikit garam

Cara membuat:
Masuk air yang banyak ya sesuai utk masak nasi sup sos nanti ambik daripada ni kedalam periuk besar bersama semua bahan di atas kecuali ayam. Biar mendidih kemudian masuk ayam celup dulu sekejap kemudian angkat bagi kulitnya tegang tak berkedut. Kemudian baru lepaskan kedlm air ulangi proses sehingga habis keempat2 ayam tersebut. Rebus selama 10minit dengan api biasa kemudiah renih dlm masa 15m biar ayam masak. Toskan. Bawang putih halia tumbuk masuk sedikit garam sedikit kicap pekat dan madu lumur pada ayam dan perap sekejap sambil tu boleh masak nasi dan sos. Kemudian boleh bakar ayam tu dlm oven dlm 30minit sehingga keperangan ikut kita s**a kegaringannya sebab ayam tu tadi dah rebus. Bila dah siap lumur dengan madu supaya berkilat cantik dan sedap.

Utk nasi
1kg beras basuh bersih dan toskan
Bahan utk tumis
6ulas Bawang putih cincang
3inci halia ketuk
3helai daun pandan simpul
Rempah 4 sekawan
Bunga cengkih kayu manis buah pelaga bunga lawang
2 sudu butter
2 kiub ayam
Air rebusan ayam tadi

Cara membuat:
Panaskan minyak campur 2 sudu butter tumis 5 sekawan bawang putih dan halia hingga wangi masuk beras kacau hingga sebati kemudian masuk air rebusan sepadan dengan 1 kg beras kita tadi, kiub ayam daun pandan sedikit garam dan gula kalau nak tukar ke rice cooker pun boleh masak terus atas api pun boleh sehingga masak.

Utk sos cili
10biji cili merah
5biji cili padi kalau nk pedas tambah lagi.
4ulas bawang putih
1kiub ayam
Sedikit halia
Air masak
Garam gula dan cuka secukupnya

Cara membuat:
Masuk semua bahan kedalam blender kecuali cuka dah siap masuk dlm mangkuk tambah cuka dan rasa secukup rasa manis masin masam.
Utk sos kicap
5ulas bawang putih cincang
1 kiub ayam
2sudu tepung jagung bancuh dengan air
5 sudu sos tiram
Kicap cair secukupnya
3cawan air rebusan ayam tadi

Cara membuat:
Panas minyak tumis bawang putih hingga kekuningan masuk sos tiram kicap dan air rebusan. Masuk air tepung jagung bagi pekat garam gula kiub ayam. Kacau rata dan rasalah biar sesedap rasa.

Utk sup
Air lebihan ayam tadi masuk kiub ayam 2 biji akar daun ketumbar garam secukup rasa. Masa nak hidang tabur bawang goreng dan daun ketumbar. Saya tadi masuk bebola ayam anak2 s**a masuk ni.

Semasa menghidang hiaskan dengan salad tomato dan timun.Tadaa dah siap selamat mencuba semoga bermanfaat.

Credit : Azizah Daud

16/05/2023

Siap dah merendang...
Rendang ayam mkn bersama pulut kuning...😊😊
RESEPI RENDANG AYAM
===========================

BAHAN:
1) 2 labu bawang Merah/5 ulas bawang Putih (kisar)
2)Cili kering (kisar- ni letak lebih bagi merah)
3)2biji Kunyit Hidup (kisar)
4)1inci Halia (kisar)
5)1inci Lengkuas (kisar)
6)Jintan halus (kisar)
7) Bunga lawang/kayu Manis
😎 Kerisek (saya buat sendiri)
9) Santan cair (1biji kelapa)
10) Daun kunyit /Daun limau purut (hiris)
11) 1/2 ekor ayam (nak masak bnyk gandakan je bahan lain)
12) 3 batang serai (ketuk)

CARA-CARA :
1) - kisar bawang putih /merah/cili kering/halia/
lengkuas/jintan halus/kunyit hidup @ serbuk knyit/cili padi (optional)
2) panaskan mnyk, tuang bhn kisar tadi smua ke dalam kuali, masukkn serai/ kayu manis/Bunga lawang.. tumis smpi pecah minyak. (style org lain lebur je smua bahan , tapi saya s**a tumis dulu)
3) - Seterusnya masukkan ayam. Kacau2 ..biarkan dia masak dulu. Dah pekat tmbh air sedikit demi sedikit...biarkan dia mendidih lagi. Baru masukkan kerisek.
4) Seterusnya masukkn santan, garam dan biarkan dia msak.
5) Akhir skali masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau . Masak sehingga kering , jika nak berkuah tambah lagi air dan adjust rasa . Siap!

16/05/2023

Kuah Colek ni resepi arwah bonda Kak Chik masa meniaga keropok lekor. Kuah ni juga sedap buat cicah dengan popia goreng, cucur udang, tahu sumbat & ikan celup tepung. Insyaallah padu! Jom layan resepinya.

KUAH COLEK
#########

BAHAN A - KISAR
CILI KERING 15 TANGKAI
BAWANG PUTIH 2 ULAS

BAHAN B
3 CAWAN AIR
GARAM
GULA NISAN@MELAKA
PERASA
CUKA
AIR ASAM JAWA
3 SUDU BESAR CILI SOS

BAHAN C
TEPUNG JAGUNG - BANCUH DENGAN AIR.

KAEDAH
SATUKAN BAHAN A & B - MASAK SEKETIKA SEHINGGA MENGELEGAK. MASUKKAN BAHAN C. KACAU. AGAK-AGAK KEPEKATAN YANG DIKEHENDAKI. RASA KUAH COLEK KENA ADA MASAM, MANIS & MASIN YANG SEIMBANG.

Note: boleh masukkan dalam botol & simpan dalam peti ais

Mencari sesuatu ilmu x semudah yg disangkakan.mendeko kena banyak sabar.kalau x kelaut kek
17/08/2019

Mencari sesuatu ilmu x semudah yg disangkakan.mendeko kena banyak sabar.kalau x kelaut kek

Berbaloi dgn bayaran rm 100.pelbagai ilmu dapat
16/08/2019

Berbaloi dgn bayaran rm 100.pelbagai ilmu dapat

Class cake dan roti.mendeko kita hari ni
04/08/2019

Class cake dan roti.mendeko kita hari ni

Class roti dikajang
03/08/2019

Class roti dikajang

Address

Semenyih
Kajang
43000

Telephone

+60122370194

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas masakan roti cake mamagee posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share