TASKA

TASKA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from TASKA, Business service, Kajang.

05/05/2022

Hi, mencari rumah sewa utk taska area kajang

*Sijil Kursus Asuhan & Didikan Awal Kanak Kanak Permata*(Certificate in Basic Early Childcare Course )Lokasi: Online-Zoo...
16/11/2021

*Sijil Kursus Asuhan & Didikan Awal Kanak Kanak Permata*

(Certificate in Basic Early Childcare Course )

Lokasi: Online-Zoom ( Kursus dijalankan dalam bahasa melayu)

đź—“ Tarikh mula: 29 nov 2021 - 18 feb 2021

📟 Jadual Kelas:
*Isnin-jumaat*
* 8.00mlm-10.00mlm*

🏫 Tempoh Kursus :
*LATIHAN TEORI-21HARI*
*LATIHAN AMALI PRAKTIKAL DI TASKA-5 HARI*

🖥️ *PEPERIKSAAN ATAS TALIAN*

*SIJIL DIIKTIRAF JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT*

*Hubungi:
Puan Khadijah :+60183724221
Puan Zai : +60192279498

16/03/2021

Kajian Pengesanan: Perkembangan Kanak-kanak PERMATA Negara
Kurikulum PERMATA Negara bermatlamat untuk menyediakan program asuhan dan didikan awal yang bersepadu untuk kanak-kanak berumur 0-4 tahun. Kurikikulum PERMATA memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat pengalaman pembelajaran awal yang berkualiti tinggi seterusnya akan melahirkan modal insan yang cemerlang. Kurikulum PERMATA menekankan 6 domain yang terpenting dalam memastikan perkembangan holistik kanak-kanak; ia merangkumi perkembangan 1) sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian; 2) bahasa, komunikasi dan literasi; 3) matematik dan pemikiran logik; 4) deria dan pemahaman dunia persekitaran; 5) fizikal; dan 6) kreativiti dan estetika (Malaysia 2006).

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan holistik kanak-kanak yang pernah mengikuti pembelajaran di Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN). Kajian ini telah dijalankan di tujuh buah negeri di Semenanjung Malaysia yang mewakili 5 zon (utara, selatan, timur, barat dan tengah). Antara negeri-negeri terlibat ialah Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Johor, Melaka, dan Negeri Sembilan. Populasi kajian terdiri daripada dua kumpulan iaitu alumni PAPN yang bergraduat pada tahun 2007-2012 dan juga ibu bapa mereka. Perkembangan kanak-kanak diukur melalu 6 domain perkembangan yang terkandung dalam kurikulum PERMATA dengan menggunakan dua set borang soal selidik, satu untuk kanak-kanak alumni PAPN dan satu lagi untuk ibu bapa. Seramai 83 kanak-kanak alumni PAPN dan 83 ibu bapa mereka telah terlibat dalam kajian ini.

Kajian mendapati secara keseluruhannya, ibu bapa dan kanak-kanak melaporkan tahap perkembangan keseluruhan kanak-kanak berada pada tahap yang tinggi dan sederhana. Jika diperhatikan daripada setiap domain perkembangan ini, kajian mendapati majoriti daripada ibu bapa berpendapat kanak-kanak menunjukkan perkembangan tahap tinggi pada domain perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian dan juga perkembangan matematik dan pemikiran logik. Dapatan kajian ini adalah selaras dengan pendapat kanak-kanak terhadap perkembangan mereka. Begitu juga dari segi perkembangan kreativiti dan estetika, di mana sebahagian besar ibu bapa responden merasakan perkembangan kreativiti anak-anak mereka adalah di tahap yang sederhana. Menurut ibu bapa yang dikaji, antara komponen perkembangan penting yang perlu ada pada setiap kanak-kanak ialah kerohanian, komunikasi, sahsiah, pemikiran logik dan perkembangan sosioemosi.

*PENDAFTARAN UNTUK TAHUN 2021 KINI DIBUKA DI TASKA Taska *KHAS  UNTUK IBU BAPA YANG SEDANG MENCARI TASKA DI AREA TAMAN R...
11/03/2021

*PENDAFTARAN UNTUK TAHUN 2021 KINI DIBUKA DI TASKA

Taska

*KHAS UNTUK IBU BAPA YANG SEDANG MENCARI TASKA DI AREA TAMAN RESTU KAJANG,, DAN YANG BERDEKATAN*

kepada semua ibu bapa yang ingin mengunakan perkhidmatan kami untuk keselesaan anak-anak dari segi jagaan mahupun aktiviti. Taska kami menerima kanak-kanak bermula dari usia 1tahun sehingga 4 tahun.

Apakah aktiviti yang ada di Taska kami??
🤗Taska kami menjalankan aktiviti mengikut kurikulum PERMATA yang telah ditetapkan mengikut peringkat umur.

Adakah pihak taska menyediakn makanan?
🤗 Ya pihak kami menyediakan makanan 3 kali sehari bagi kanak-kanak yang berumur 1 tahun hingga 4 tahun.

Bagaimana dengan masa jagaan di taska?
🤗Taska kami dibuka pada jam 7 pagi-6.30 ptg dan tutup pada hari sabtu,Ahad dan hari cuti selangor sahaja.

🤗jika berminat boleh terus wasap untuk booking kerana jumlah kanak-kanak yang kami ambil sangat terhad ikut pada jumlah

untuk maklumat lanjut boleh hubungi
👇
0162247435

Business service

11/03/2021

Address

Kajang
43000

Telephone

+60162247435

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TASKA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share