13/05/2022
BUAT DUIT DARI RUMAH TANPA MODAL? INI SENARAI KERJANYA
Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal? Ini Senarai Kerjanya |Buat duit online dari rumah boleh dijadikan cara untuk cari pendapatan lebih. Bagusnya buat duit dari rumah menggunakan handphone ini tanpa perlu keluar modal. Cara buat duit dari rumah tanpa modal ini sangat sesuai untuk dijadikan kerjaya buat surirumah, penganggur dan student. Yang penting kena ada internet.
Anda mahu tahu bagaimana cara buat duit dari rumah secara online untuk menambah pendapatan? Jika anda sedang mencari info mengenai cara buat duit dari rumah tanpa modal ini, memang ada banyak pilihan kerja dilakukan. Boleh baca artikel ini hingga habis untuk tahu apakah jenis kerja buat duit dari rumah ini.
SENARAI KERJAYA UNTUK CARA BUAT DUIT DENGAN HANDPHONE TANPA MODAL
Antara platform yang digunakan untuk cara buat duit dari rumah tanpa modal yang sangat popular untuk tahun 2021 2022 dan tahun berikutnya adalah seperti yang di bawah ini.
Shopee
Website
Paypal
Whatsapp
Youtube
PANDUAN CARA BUAT DUIT DARI RUMAH TANPA MODAL
#1. BUAT DUIT DENGAN SHOPEE
Shopee memang kita semua dah sedia tahu, platfrom ini sangat disukai oleh peniaga online untuk berniaga. Pembeli yang kunjungi Shopee ini juga memang ramai. Cuma, tahukah yang anda Shopee turut sediakan beberapa cara untuk buat duit dari rumah secara online seperti :
Shopee Ambassador Program
Shopee Affiliate Marketing Program
Ambassador Program
Shopee Ambassador Program adalah program affiliate in-house yang dikendalikan oleh pihak Shopee sendiri sepenuhnya. Ada syarat tertentu untuk layak jadi SAP dan kalau hit target, dapat bonus khas. Untuk tugasan kerja Ambassador ini cuma perlu promote link sebarang produk dari laman rasmi website Shopee. Jika ada orang membuat pembelian dalam tempoh 7 hari dari tarikh terakhir klik link kita, komisyen akan dibayar.
Seronoknya, ia dikendalikan oleh pihak Shopee dan pembayaran secara terus ke akaun Shopee Pay. Anda boleh gunakan Shopee Pay ini untuk membuat pembelian barangan dalam Shopee ataupun withdraw sebagai wang tunai ke akaun bank masing-masing.
Ambassador Program ini turut menawarkan tawaran bonus sampingan Refer a Friend. Kiranya, jika anda dapat mengajak rakan lain untuk turut menjana income bersama pogram ini, anda akan dibayar bonus khas mengikut terma syarat yang ditetapkan.
Shopee Affiliate Marketing Program
Berbeza dengan Shopee Ambassador Program, yang ini bekerjasama dengan pihak Involve Asia. Untuk bermula dengan Affiliate Marketing Platform ini perlu berdaftar di website Involve Asia terlebih dulu. Pulangan untuk program ini, ada yang berjaya mencapai pendapatan sehingga 4 ke 5 angka sebulan! Tak perlu jual barang pun boleh buat duit dengan program Shopee Affiliate.