12/05/2026
Dahulu…
setiap kali saya melawat bakal haji, saya selalu pesan:
“Kalau jumpa orang susah di Mekah atau Madinah, tolong sedekahkan duit ini ya.”
Waktu itu saya fikir…
itulah antara sedekah terbaik.
Tetapi selepas beberapa tahun, pandangan saya berubah sedikit.
Sekarang saya lebih s**a hadiahkan duit itu kepada sahabat atau saudara yang bakal mengerjakan haji itu sendiri.
Bukan sebab tak mahu bersedekah kepada orang lain di Tanah Suci.
Tidak.
Tetapi saya mula melihat realiti yang ramai orang tak nampak.
Ada sahabat saya satu ketika dahulu…
sampai kehabisan wang ketika di sana.
Dari situ perspektif saya berubah.
Antara sebabnya…
1. Jika pergi secara Muasasah, ada masa jemaah cuma mendapat makanan tertentu sahaja mengikut jadual. Sedangkan mereka berjalan jauh setiap hari untuk berulang alik ke masjid dan tempat ibadah.
Badan perlukan tenaga. Kadang mereka perlu membeli makanan tambahan sendiri. Kadang mereka tak boleh makan menu yang disediakan atas faktor kesihatan seperti alergik.
2. Sahabat atau saudara kita itu juga sedang melakukan ibadah yang sangat besar.
Apalah salahnya jika wang itu membantu perjalanan ibadah mereka sendiri. Mungkin dengan duit itu mereka dapat membeli makanan, ubat, air atau keperluan kecil yang memudahkan urusan di sana.
3. Kos mengerjakan haji bukan kecil.
Ada yang menyimpan duit berpuluh tahun.
Ada yang mengikat perut.
Ada yang menggunakan duit pencen.
Ada yang menunggu giliran sangat lama.
Kadang bila sampai di sana, mereka terlalu berjimat sampai tidak sanggup membeli keperluan sendiri.
4. Ramai jemaah malu nak meminta bantuan walaupun sebenarnya sangat memerlukan.
Mereka lebih rela diam dan bertahan.
5. Membantu orang yang kita kenal juga satu bentuk sedekah yang sangat dekat dengan hati.
Kita tahu perjalanan mereka.
Kita tahu pengorbanan mereka.
Dan kita tahu doa-doa yang mereka bawa bersama.
Namun begitu…
Saya tidak membantah jika ada yang ingin bersedekah kepada pekerja masjid, petugas kebersihan atau orang lain di Mekah dan Madinah.
Itu juga amalan yang sangat baik ❤️
Cuma semakin meningkat usia, saya belajar…
kadang-kadang orang yang paling memerlukan bantuan itu ialah orang yang sedang kita peluk dan salam sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.
Wallahualam.
: