Paradigma Ibrah

Call Directions Website Contact the business

Paradigma Ibrah Memacu pemberdayaan masyarakat melalui agenda ibrah dan tadabbur al-Quran.

Ibrah Paradigm Training & Consultancy sebuah syarikat perunding dan latihan motivasi yang berteraskan keseimbangan kecerdasan IQ, EQ, dan SQ. Kini, ia mengorak langkah dengan lebih kehadapan, menyebarkan keindahan Al-Quran yang bermatlamatkan, "Menghubungkan Masyarakat Dengan Keindahan Al-Quran."

Betul ke? 🥹Nak tahu jom slide sampai habis!Follow Paradigma Ibrah untuk konten tadabbur & menemani hari hari sunyi anda ...
13/10/2026

Betul ke? 🥹

Nak tahu jom slide sampai habis!

Follow Paradigma Ibrah untuk konten tadabbur & menemani hari hari sunyi anda setiap hari! 🌟🥳

ISTIMEWA “KOMPAS SURAH AL-RAHMAN” DI TV AL HIJRAHTemui USAR setiap hari Selasa, jam 7.00 - 8.00 pagi menerusi rancangan ...
12/10/2026

ISTIMEWA “KOMPAS SURAH AL-RAHMAN” DI TV AL HIJRAH

Temui USAR setiap hari Selasa, jam 7.00 - 8.00 pagi menerusi rancangan Assalamualaikum TV Alhijrah di TV Al-Hijrah.

Sempena dengan itu, satu buku istimewa karya USAR akan dipilih untuk mendapat potongan sebanyak 10% sepanjang siaran berlangsung 😊

Ayuh mulakan pagi awal minggu kita dengan merenung ayat-ayat Allah sebelum menempuh perjalanan panjang selama seminggu ini 💪🏻

Komen “NAK” di bawah untuk dapatkan link 10% diskaun.

Kisah keluarga Saleh al-Ja‘farawi membuat kita kembali membaca Surah Luqman dengan rasa yang berbeza.Barangkali kejayaan...
12/10/2026

Kisah keluarga Saleh al-Ja‘farawi membuat kita kembali membaca Surah Luqman dengan rasa yang berbeza.

Barangkali kejayaan terbesar seorang ayah bukan apabila anaknya mampu berdiri sendiri. Atau semata-mata meninggalkan harta untuk bekalan masa depan.

Tetapi apabila anaknya mampu tetap berdiri bersama Allah, ketika seluruh dunianya sedang meruntuh.

Didiklah anak mengenal Tuhan sebelum dunia mengajar mereka mengenal segala-galanya selain Tuhan.

📌 Simpan posting ini untuk dibaca semula bersama keluarga. Ayuh kongsikan kepada para ayah yang sedang berusaha membina iman di dalam keluarga!

Inspirasi : Buku “Tuhan, Pelihara Anakku”. Komen NAK untuk dapatkan!

Adakah hati dan jiwa kita masih berjuang bersama?Tanyakan sekali lagi, adakah perjuangan ini dasarnya adalah emosiyang d...
09/10/2026

Adakah hati dan jiwa kita masih berjuang bersama?

Tanyakan sekali lagi, adakah perjuangan ini dasarnya adalah emosiyang datang dan pergi? Atau berpaksikan keimanan yang utuh dan ukhuwwah yang tak pernah luruh?

Semuanya bukan bermula 7 Oktober. Ayuh terus bersama membela tanah kita bersama dengan melihat mesej mesej penting daripada surah al Fath, daripada buku Halangan Itu Rencana Tuhanmu.

“NAK” untuk dapatkan link buku anda hari ini

Dulu, kita hafal sebab disuruh.3 Qul.Ayat Kursi.Antara bacaan yang paling awal kita kenal sejak kecil.Kita baca masa men...
07/10/2026

Dulu, kita hafal sebab disuruh.

3 Qul.
Ayat Kursi.

Antara bacaan yang paling awal kita kenal sejak kecil.

Kita baca masa mengaji.
Kita ulang sebelum tidur.
Kadang-kadang sampai mulut dah lancar… tanpa kita benar-benar berhenti memikirkan apa yang sedang kita baca.

Kemudian kita membesar.

Rezeki mula dirisaukan.
Kesihatan.
Keluarga.
Kerja.
Masa depan.

Dan semakin dewasa, semakin kita sedar—

bukan semua perkara mampu kita jaga sendiri.

Mungkin sebab itu kita perlu kembali kepada bacaan yang sudah lama kita hafal.

Bukan sekadar untuk mengulangnya.

Tetapi untuk memahami:

Siapa Allah.
Kepada siapa kita berlindung.
Dan siapa yang sebenarnya memegang hidup ini.

Dulu kita menghafalnya sebagai seorang kanak-kanak.

Mungkin sekarang sudah tiba masanya kita memahaminya sebagai seorang dewasa.

MEGA HIJRA
3 Qul + Ayat Kursi

Agar yang terbeban terasa ringan.

🔗 ezy.la/hijra

Masihkah kita ingat pada pesanan akhir pejuang ini?Jika mereka telah bergembira di sisi Tuhan, ayuhlah kita menebus rasa...
07/10/2026

Masihkah kita ingat pada pesanan akhir pejuang ini?

Jika mereka telah bergembira di sisi Tuhan, ayuhlah kita menebus rasa kehilangan ini dengan amal yang membuat kita layak bertemu Allah seperti mereka juga suatu hari nanti.

Saleh al-Jafarawi telah menebus harga al-Aqsa dengan nyawa, ayuh kita juga menebus maruah ummah ini dengan kembalinya kita kepada al-Quran!

Follow Paradigma Ibrah untuk lebih banyak refleksi dan tadabbur harian.

Dah cakap banyak kali…kenapa dia masih tak berubah?Kadang-kadang yang memenatkan bukan kerana kita perlu menasihati berk...
07/10/2026

Dah cakap banyak kali…
kenapa dia masih tak berubah?

Kadang-kadang yang memenatkan bukan kerana kita perlu menasihati berkali-kali.

Tetapi apabila kita mula tertanya…

“Semua yang aku buat ni, ada guna ke?”

Kita dah cuba bercakap baik-baik.
Kita dah mengingatkan.
Kita dah mendoakan.
Kita dah cuba sedaya upaya.

Tetapi orang yang kita sayang masih belum berubah.

Kisah Nabi Nuh AS mengajar kita sesuatu yang sangat besar.

Baginda mengajak kaumnya siang dan malam.
Secara terbuka dan secara peribadi.
Baginda terus mencuba.

Kerana ada beza antara mengajak seseorang berubah dengan mengawal perubahan seseorang.

Kita boleh berusaha.
Kita boleh menasihati.
Kita boleh mendoakan.

Tetapi hati manusia bukan dalam genggaman kita.

Mungkin ketahanan yang sebenar bukan apabila semua orang akhirnya memahami kita…

tetapi apabila kita masih mampu tetap teguh, walau tidak difahami.

RESET 04 — SURAH NUH
Ketahanan Diri
“Tetap Teguh Walau Tidak Difahami.”

🗓 24 Oktober 2026
🕗 8.00 pagi – 5.00 petang
💻 Hibrid: Fizikal + Online
🎥 Rakaman disediakan

Daftar:
ezy.la/reset26



ISTIMEWA “KOMPAS SURAH AL-RAHMAN” ESOK DI TV AL HIJRAHTemui USAR setiap hari Selasa, jam 7.00 - 8.00 pagi menerusi ranca...
05/10/2026

ISTIMEWA “KOMPAS SURAH AL-RAHMAN” ESOK DI TV AL HIJRAH

Temui USAR setiap hari Selasa, jam 7.00 - 8.00 pagi menerusi rancangan Assalamualaikum TV Alhijrah di TV Al-Hijrah.

Sempena dengan itu, satu buku istimewa karya USAR akan dipilih untuk mendapat potongan sebanyak 10% sepanjang siaran berlangsung 😊

Ayuh mulakan pagi awal minggu kita dengan merenung ayat-ayat Allah sebelum menempuh perjalanan panjang selama seminggu ini 💪🏻

Komen “NAK” di bawah untuk dapatkan link 10% diskaun.

Sedang mencari tempat latihan industri? 👀Paradigma Ibrah Sdn Bhd membuka peluang untuk pelajar yang ingin menimba pengal...
02/10/2026

Sedang mencari tempat latihan industri? 👀

Paradigma Ibrah Sdn Bhd membuka peluang untuk pelajar yang ingin menimba pengalaman kerja sambil terlibat dalam dunia al-Quran & tadabbur.

Posisi tersedia dalam bidang pentadbiran, content creation, marketing & sales. Elaun turut disediakan.

📩 Hantarkan resume + transkrip ke:
[email protected]

📍 Seksyen 3, Bangi, Selangor
✨ Mungkin di sinilah bermulanya pengalaman industri yang lebih bermakna.

Tea time! 😆😍Semua RM36 je ya daripada RM45! Murah betul semuanya. Jom cepat dapatkan di website kami 🌼🌟✨🌻🤩Komen “NAK” un...
30/09/2026

Tea time! 😆😍

Semua RM36 je ya daripada RM45! Murah betul semuanya.

Jom cepat dapatkan di website kami 🌼🌟✨🌻🤩

Komen “NAK” untuk kami DM ANDA LINK PEMBELIAN

Address

Kajang
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Paradigma Ibrah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Paradigma Ibrah:

Shortcuts

Share