11/11/2022
1) Savings acct :
Sesuai untuk simpan duit kegunaan harian dan simpanan kecemasan untuk sebulan sahaja, selebih ye ke tempat lain.
2)ASB :
Tempat simpanan untuk kegunaan dalam masa setahun dan ke bawah, dan boleh dijadikan tempat simpanan untuk tabung kecemasan.
3)ASB Financing :
Sebagai force savings, kalau rasa susah nak menyimpan boleh cuba instrument ni. Sesuai untuk dijadikan tabung simpanan untuk kegunaan dalam masa 2-3tahun. Syarat ye, jangan ambil takaful, ambil tempoh paling panjang, pilih interest rendah dan amount yang mampu anda bayar.
4) Tabung Haji :
Untuk simpanan ke haji atau umrah. Pilihan lain untuk simpan tabung kecemasan yang lebih syariah.
5) Unit Trust :
Simpanan untuk jangka panjang masa 3-5tahun dan ke atas. Kena pandai jaga emosi semasa invest.
6) Private Retirement Shame :
Investment khas untuk retirement dan boleh dapat pengecualian cukai, sangat sesuai yang bekerja sendiri sebagai penganti EPF.
7) Emas :
Investment dalam bentuk fizikal. Cuma, sebelum anda mula simpan emas, pastikan anda simpanan cash yang cukup.
8 ) Investment Linked Takaful :
Investment + takaful, makesure before take this product anda ada tabung kecemasan, hibah takaful dan medical card.
9) Property :
Rental or lelong is the fastest way to gain profit in property, tapi perlukan modal yang tingggi.
Apa2 pon, sebelum anda buat keputusan, pastikan anda tahu tujuan utama simpanan anda, pastikan ada perlindungan yang cukup dan tabung kecemasan sebelum anda mula invest, and donโt put all egg in one basket, invest di pelbagai tempat mengikut matlamat simpanan anda.