MSR Architect

Call Directions Website Contact the business

MSR Architect IMAGINATIVE ARCHITECTURAL PRACTICE MSR ARCHITECT IS AN ARCHITECTURAL PRACTICE ESTABLISHED IN 2016. ARCHITECTURE IS A PEACE OF MIND.

IT EVOLVE SOMETHING FROM NOTHING. IT HELPS PROMOTING SOMEBODY FROM NOBODY. IT CREATE EXTRA ORDINARY FROM ORDINARY. ARCHITECTURE IS A TOOL OF HAPPINESS AND WHOLENESS. CONDUCIVE SPACE EMPHASIZE GREAT ENVIRONMENT. ARCHITECTURE IS A MOLECULE TO COMPLETE THE EMPTINESS. QUALITY SPACE CREATES QUALITY SATISFACTION.

17/10/2026

Visi dan objektif sesebuah organisasi boleh disampaikan melalui rekabentuk hiasan dalaman.
Rekabentuk ruang diberi nilai tambah dengan penggunaan warna, bahan binaan yang digunakan, pengcahayaan dan pemilihan perabot yang bersesuaian.
Mengenali dan memahami budaya kerja akan membantu organisasi tumbuh sihat secara fizikal, mental dan emosi.

Mewah CONSTRUCTION EMPIRE

17/10/2026

20261016
Kaedah pengeluaran Certificate of Completion and Compliance (CCC) bukanlah dengan hanya sekeping kertas sahaja.
CCC didahului dengan 21 borang G, pembuktian siap kerja dan menampakkan orang yang dipertanggungjawabkan ke atas satu-satu peringkat kerja.
Initiatif memperkenalkan CCC bagi tujuan memberi kebenaran menduduki bangunan adalah sebagai langkah mempercepatkan proses jika dibandingkan dengan pengeluaran CFO sebelumnya.
Namun demikian, proses itu bukanlah semudah ABC. Adanya syarat-syarat tambahan di PBT juga boleh menyebabkan pengeluaran CCC tertangguh.
oleh demikian, lakukanlah pelantikan perunding dan kontraktor dengan cara yang betul bagi membolehkan poses penyediaan semua keperluan borang berjalan dengan baik.
゚viral
Mewah Ben Haw Hardware CONSTRUCTION EMPIRE

Terima kasih untuk empat bulan bersama kami.  Azhanie Qaireen adalah pelajar tahun dua di UKM dalam jurusan senibina yan...
17/10/2026

Terima kasih untuk empat bulan bersama kami.
Azhanie Qaireen adalah pelajar tahun dua di UKM dalam jurusan senibina yang telah tamat tempoh latihan praktikalnya.
Selama tempoh itu, pelajar ini telah berpeluang untuk menyumbang idea dalam rekabentuk banglo dan menyiapkan lukisan skematik.
Selain itu, pelajar juga diberi pengalaman melakukan kajian tapak bagi mengumpul maklumat untuk dijadikan analisa dan sintesis bagi merekabentuk bangunan.
Untuk pendedahan projek yang sedang dibina, pelajar dibawa ke tapak projek untuk mengalami sendiri pengalaman berada di mesyuarat tapak. Bagi beliau rasa bagaimana suasana mesyuarat berjalan, penuh dengan soal jawab dan tidak ketinggalan dengan perbalahan dan pembentangan.
Pelajar juga diberikan sedikit pendedahan terhadap melukis pelan pengemukaan dan lukisan konsep rekabentuk secara 2D dan 3D.
Bukan rezeki beliau untuk didedahkan dengan penyediaan pengeluaran CCC melalui penyediaan borang-borang dan dokumen berkaitan. Untuk itu, kami berikan pendedahan secara teori dan salinan yang ada dalam rekod kami.
In Shaa Allah..... cukuplah pelajar mengetahui dan memahami secara dasar apa yang dinamakan lima fasa dalam 'basic services'.
Tidak ketinggalan, objektif kedua dalam latihan praktikal adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang budaya kerja firma dan sistem pengurusan di MSR Architect . Bagi pelajar tahu bagaimana firma beroperasi, sistem yang diaplikasi dan yang penting sekali untuk pelajar faham serta dapat menyesuaikan diri dengan disiplin serta kehendak kerja di firma senibina.
Kami faham akan keupayaan pelajar tahun 2, Sarjana Muda Senibina yang masih lemah dalam menghasilkan lukisan konvensional. Untuk itu kami sentiasa sertakan contoh kerja secara 'softcopy' dan "hardcopy' sebagai rujukan.
Kami mengambil kesempatan ini untuk menggalakkan Lembaga Arkitek Malaysia untuk mengawal tempoh latihan praktikal (4 bulan bagi kami masih singkat) dan di tahap apa pelajar wajar menjalaninya kerana latihan praktikal di tahun akhir pengajian sarjana muda adalah lebih sesuai dengan tahap kematangan serta memberi nilai tambah kepada pelajar untuk menempuh alam pekerjaan nanti.
Asyik bersembang dan bertukar-tukar cerita, akhirnya lupa p**a nak ambil gambar makan-makan.
Buat Azhanie yang kami panggil dengan nama Hanie sahaja, kami ucapkan selamat maju jaya. Moga latihan praktikal di MSR Architect dapat memberi manafaat sebaiknya.

Yang penting dapat 'chop received'.  Bukti pengemukaan telah dibuat dan tuntutan bayaran dilakukan sejurus kemudian.  In...
16/10/2026

Yang penting dapat 'chop received'.
Bukti pengemukaan telah dibuat dan tuntutan bayaran dilakukan sejurus kemudian.
Ingat ya, tuntutan yuran perunding arkitek berdasarkan 'work done'.

16/10/2026

Selain dari perbezaan tentang skop kerja, ada satu perbezaan asas yang mengikut Akta dan Peraturan Arkitek itu sendiri di mana👇
Semua Arkitek adalah juga Interior Designer
manakala tak semua Interior Designer itu adalah Arkitek.
Arkitek yang dimaksudkan di atas adalah Arkitek yang telahpun
*melepasi Peperiksaan Professional Bahagian 3 dan
*mendaftar di bawah Lembaga Arkitek Malaysia sebagai Arkitek (Ar.) dan
*mendaftar firmanya di bawah Lembaga Arkitek Malaysia bagi membolehkan beliau praktis menguruskan projek yang direkabentuk oleh firmanya, menjadi orang yang mengemukakan lukisan dengan menurunkan tandatangannya bagi mendapatkan kelulusan pelan bangunan dan mengeluarkan CCC setelah mengawal selia setiap proses pembinaan dari awal. hingga siap. ... dan selain itu ada juga kerja-kerja lain yang dibenarkan Arkitek melakukannya termasuklah kerja-kerja rekabentuk dalaman dan banyak lagi .
Bagaimana nak ketahui itu semua?
Boleh saja semak di website Lembaga Arkitek Malaysia. Namun jika anda klik bahagian Interior Design, tak semua nama arkitek ada di situ kerana untuk mendaftar, perlukan modal bayaran pendaftaran di tahun pertama dan kemudiannya untuk pembaharuan setiap tahun.
..... dan ada sesetangah arkitek tidak melakukannya kerana mereka percaya yang cukuplah Akta dan Peraturan Arkitek membenarkannya melakukan rekabentuk dan menguruskan projek-projek ID serta mendapat bayaran dari hasil kerjanya.
Ada p**a berpendapat, tidak berbaloi untuk mendaftar dan memperbaharui setiap tahun (bukan sedikit RM di situ ya) dengan projek ID yang diperolehi adalah hampir tiada pun.
Namun dengan mendaftar, Arkitek boleh memberi nilai tambah ke atas penampakkan kebolehan melakukan skop dari pandangan orang awam. Dalam erti kata lain, dalam company profile akan ada sijil tambahan iaitu sijil pendaftaran sebagai Interior Designer.
Walaupun secara faktanya ARKITEK adalah juga INTERIOR DESIGNER.
Cuma.......cumanya, Arkitek masih belum boleh menggunakn panggilan IDr kerana panggilan itu perlu didapatkan oleh Malaysian Institute of Interior Designers (MIID). So, kalau Arkitek nak di depan namanya Ar. IDr., kenalan daftar p**ak dengan MIID.
Tetapi, kita sedia maklum bahawa antara arkitek dan Interior Designer seringkali mereka bekerjasama dalam banyak hal, termasuklah bersama berkolaborasi dalam menjayakan sesuatu projek.
Saya pasti arkitek tidak menidakkan kepakaran Interior Designer tetapi eprnezaan asas itulah yang membezakan di antara Arkitek dan Interior Designer.
Dan kalau ada yang tanya apa beza arkitek dengan Interior designer. Jawapan pendek saya adalah.....
Arkitek itu adalah Interior Designer
TETAPI TAK SEMUA INTERIOR DESIGNER ITU ADALAH ARKITEK.
Bagi MSR Architect , kami jalankan kedua-dua skop kerja dan seringkali projek-projek yang kami uruskan, akan disertakan sekali dengan rekabentuk hiasan dalaman bagi memudahkan Klien membayangkan ruangan dalaman kediaman mereka nanti.

12/10/2026

Rumah punya anda dan seharusnya andalah yang tentukan bagaimana mahunya.
Arkitek akan bantu mengenalpasti kemahuan anda itu akan menjadi kemestian atau kemahuan.
Nilai ke atas dua perkara itu berdasarkan kaji selidik arkitek atas budaya kehidupan dan banyaknya wang yang anda boleh peruntukan untuk membangunkan bangunan yang menjadi impian anda dan keluarga.
Mungkin di awalnya, bajet sedikit, maka rumah anda boleh saja disesuaikan dengan apa adanya.
Namun di kemudian hari, rezeki datang dan pastinya Arkitek akan mencadangkan apa caranya untuk menambah atau diubahsuai.
Ya betul, kata orang bina rumah ni nak pakai seumur hidup. Tapi, anda rezekinya takat itu...... samada anda tahan sekejap kemahuan itu untuk menambah bajet yang ada atau anda teruskan lakukannya dan seterusnya di masa akan datang difikirkan kemudian.
Untuk itu, arkitek akan sentiasa fikirkan apakah kebaikan yang boleh dilakukan di kemudian hari dengan mencadangkan kawasan-kawasan yang arkitek selalu sebut sebagai 'future extension'.
Di situ, sekali lagi kemahiran arkitek dengan ilmu yang ada dapat membantu Klien merancang masa depan dengan tidak memaksa apatah lagi memberi tekanan untuk Klien buat keputusan.
Semua cadangan adalah mengikut kesesuaian, berpandukan undang-undang dan peraturan.
Yang penting, di akhirnya nanti arkitek mahukan rumah anda selamat untuk diduduki, memenuhi syarat dan sah tarafnya.
゚viral

09/10/2026
09/10/2026

Kalau jadi macam ni, bertenanglah sebab benda dah jadi.
Ambil tindakan sewajarnya
1. Buat laporan polis atas kejadian kontraktor lari dengan wang deposit
2. Hubungi perunding dan PBT untuk dapatkan pengesahan dokumen. Jika benar semua dokumen yang anda dapat palsu, buat laporan polis atas penipuan dokumen
Jangan terus melantik kontraktor baru sebelum anda lakukan perkara yang betul, iaitu dengan melantik perunding bagi menyediakan pengemukaan lukisan kepada PBT untuk mendapatkan kelulusan.
Anda telah terjebak dengan perkara tak betul sebelum itu, janganlah terjebak untuk kali keduanya.
Di Malaysia, pembinaan rumah tanpa dapatkan kelulusan PBT adalah salah di sisi undang-undang. Menyiapkan rumah tanpa ada CCC p**a, bagaikan melahirkan dan membesarkan anak tanpa surat beranak.
゚
Mewah CONSTRUCTION EMPIRE Haw Hardware

07/10/2026

Ini bukanlah perkongsian untuk salahkan mana-mana pihak kerana kami percaya ramai je kontraktor, runner, freelancer, broker projek yang buat kerja dengan betul dan beretika.
Kami pasti perunding-perunding yang mendaftar dengan lembaga disiplin masing-masing juga sedaya upaya praktis dengan baik.
Semua pegawai di PBT dan Jabatan Teknikal lain juga sangat mematuhi arahan kerja dan SOP yang ditetapkan.
Tetapi, inilah perkongsian yang sepatitnya semakin berkurang adanya, tetapi malah semakin diberi penjelasan dan pendedahan, semakin ramai yang terperangkap.
Satu senario kejadian di mana pelantikan kontraktor untuk lakukan kerja-kerja membina rumah banglo setingkat secara Reka & Bina, sememangnya boleh je..... Takda salahnya.
Hanya mengetahui senarai keperluan perunding siap dengan kos yuran perunding, dah ada RED FLAG dah tu kerana
1. Tiada tertera nama konsultan terlibat
2. Yurannya p**a sangat tak logik.
Sebetulnya ambil tahu siapa perunding terlibat. Minta diadakan perjumpaan dengan perunding supaya jika ada apa-apa berlaku di kemudian hari, ada tempat nak dirujuk.
Membayar deposit kepada kontraktor, boleh jika itulah perjanjian yang telah dibuat. Ikutlah 10% ke..... malah ada yang berani-beraninya sign agreement untuk pembayaran 50% bagi kos projek bernilai lebih RM200, 000.00
(yang ni memang kadang tu rasa orang awam lebih percaya kontraktor daripada perunding...... dah la perunding yang berurusan dengannya tu berdaftar secara sah dengan lembaga professional disiplin masing-masing. Kontraktor punya bayaran 10% merujuk kos RM200k tu pun actually lebih kurang menyamai yuran perunding arkitek keseluruhan yang akan dibayar berperingkat dari mula rekabentuk sampailah ke CCC)
Nampak tak orang awam percaya nak bayar RM20k as deposit to kontraktor rather than RM20k untuk arkitek yang dibayar nanti secara berperingkat.
Orang awam percayakan kontraktor yang belum tentu boleh buat kerja daripada arkitek yang telahpun buat kerja (arkitek claim for work done) .... dan bila kontraktor dah dapat bayaran dan lesap kemudiannya.... ITUlah RED FLAG yang sepatutnya boleh dikenalpasti dari awal lagi.
Dari situ, maka bermulalah mimpi ngeri pemilik projek.
Bagi yang tak mahu ditipu lagi, maka segeralah dia mencari arkitek dan melantik untuk diuruskan projeknya secara lebih baik.
Bagi yang masih ada sisa kepercayaan kepada kontraktor, akan dapatkan kontraktor lain p**a untuk mulakan kerja.
Pada langkah ini, jika diteruskan tanpa semak👇
🤔betul ke kontraktor lama buat submission dengan betul?
🤔 betul ke arkitek yang nama dan firmanya ada dalam lukisan tu dilantik?
🤔 betul ke itu lukisan arkitek dan ditandatangani olehnya atau itu adalah Ai manual yang diwujudkan secara palsu oleh kontraktor lama?
🤔 betul ke chop kelulusan dan tandatangan pihak majlis serta surat kelulusan pelan bangunan itu valid atau hanya palsu semata?
Itu adalah satu lagi RED FLAG yang patut pemilik projek semak terlebih dahulu sebelum melantik kontraktor baru kerana once lantikan dibuat, kerja pembinaan bermula sehingga ke peringkat yang hampir siap secara fizikal....... sampai tahap itu, maka mimpi ngeri pemilik bukannya bileh padam, malah mimpi ngeri itu akan berlanjutan sehingga rumahnya nanti menjadi tidak sah tarafnya.
Kenapa perkara ini terjadi dan terjadi dan terjadi lagi, sedangkan orang awam mudah saja boleh dapatkan maklumat yang betul di hujung jari.
Kes-kes penipuan ini berlangsung pusing dan pusing lagi kejadiannya.
Bagi pemilik projek yang dah ditipu tu, pergilah buat laporan polis.
Bagi arkitek yang nama dan syarikatnya diguna tanpa pengetahuan, buatlah laporan polis untuk clearkan duduk perkara.
Kontraktor yang menipu tu senang lenang dengan duit yang dibawa lari...... atau mungkin masih elok je jalankan kerja haramnya dengan menukarkan nama syarikat etc.
Kontraktor yang nak ambil alih projek yang kononnya kontraktor penyelamat ni, janganlah selamatkan diri sendiri saja dengan berjaya dapat projek. Ada rasa tanggungjawab untuk nasihatkan pemilik projek untuk semak semua duduk perkara supaya kerja pembinaan dapat dijalankan dengan betul dan sah di sisi peraturan dan udang-undang.
Itulah perkara yang dah berkali-kali jadi, bukan hanya pada orang biasa, terjadi juga kepada artis, orang kenamaan, malah mereka yang acah-acah tahu proses kerja sebagainya juga terkena juga.

Address

No 7-2, Jalan Putra 5, Taman Putra Kajang
Kajang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MSR Architect posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MSR Architect:

Share