Uniten Ventures

Uniten Ventures We offer and manage professional services to create long term value for the university and community

Halal Industry Showcase Series @ Luckin Coffee Malaysia22 Julai 2026 (Rabu)Melengkapkan siri lawatan Halal Industry Show...
02/08/2026

Halal Industry Showcase Series @ Luckin Coffee Malaysia

22 Julai 2026 (Rabu)

Melengkapkan siri lawatan Halal Industry Showcase Series sempena National Training Week (NTW) 2026 dengan kerjasama HRD Corp, para peserta telah berpeluang mengunjungi Luckin Coffee Malaysia bagi melihat sendiri bagaimana inovasi dan kecekapan operasi diaplikasikan dalam industri makanan dan minuman moden.

Sepanjang lawatan, peserta didedahkan kepada pengurusan operasi, pembangunan jenama, pengalaman pelanggan serta kepentingan pematuhan standard halal dalam menyokong pertumbuhan perniagaan yang mampan dan berdaya saing.

Perkongsian daripada pihak Luckin Coffee Malaysia memberikan perspektif baharu mengenai bagaimana inovasi, teknologi dan pematuhan standard dapat digabungkan bagi memenuhi keperluan pengguna serta memperkukuh kedudukan jenama dalam pasaran.

Ribuan terima kasih kepada Luckin Coffee Malaysia atas kesudian menerima kunjungan dan berkongsi pengalaman serta amalan terbaik bersama para peserta.

Hubungi kami: [email protected]

Selamat Hari Pahlawan 2026 – Terima Kasih Wira Negara.Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan. Contact us for event reservat...
31/07/2026

Selamat Hari Pahlawan 2026 – Terima Kasih Wira Negara.
Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan.

Contact us for event reservation/training : [email protected]

🇲🇾

22 Julai 2026 (Rabu)Sebagai sebahagian daripada Halal Industry Showcase Series yang dianjurkan sempena National Training...
30/07/2026

22 Julai 2026 (Rabu)

Sebagai sebahagian daripada Halal Industry Showcase Series yang dianjurkan sempena National Training Week (NTW) 2026 dengan kerjasama HRD Corp, para peserta telah mengadakan lawatan industri ke Nestlé Malaysia bagi mendapatkan pendedahan secara langsung mengenai amalan terbaik dalam industri makanan dan minuman bertaraf global.

Lawatan ini memberikan peluang kepada peserta untuk memahami proses pengurusan operasi, sistem jaminan halal, kawalan kualiti serta inovasi yang diterapkan dalam menghasilkan produk yang memenuhi piawaian halal dan standard kualiti antarabangsa. Sesi perkongsian ini bukan sahaja memperluaskan pengetahuan peserta mengenai ekosistem industri halal, malah memberi inspirasi tentang kepentingan inovasi, pematuhan piawaian dan penambahbaikan berterusan dalam memastikan kecemerlangan operasi.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Nestlé Malaysia atas sambutan mesra serta kesudian berkongsi ilmu, pengalaman dan amalan terbaik sepanjang lawatan berlangsung.


24 & 25 Jun 2026Dalam usaha memperkukuh kesejahteraan warga kerja, UNITEN Ventures (UV) telah menganjurkan program “Peng...
07/07/2026

24 & 25 Jun 2026

Dalam usaha memperkukuh kesejahteraan warga kerja, UNITEN Ventures (UV) telah menganjurkan program “Pengurusan Tekanan untuk Daya Tahan, Kesejahteraan dan Prestasi” di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan tekanan, penjagaan kesihatan mental serta strategi meningkatkan daya tahan diri dalam menghadapi cabaran di tempat kerja.

Program ini telah disampaikan oleh Dr. Aida Harlina Binti Abdul Razak, Pakar Perunding Psikiatri dan Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Cyberjaya, yang berkongsi pelbagai ilmu dan amalan praktikal bagi membantu peserta mengekalkan kesejahteraan mental dan prestasi kerja yang optimum.

Terima kasih kepada PERKESO atas geran bantuan yang diberikan melalui inisiatif Vision Zero Malaysia, sekali gus menyokong usaha melahirkan persekitaran kerja yang lebih sihat, selamat dan produktif.

BENGKEL SEMAKAN SOALAN SVM CONFIRM AI & TAKLIMAT KOLEJ VOKASIONAL ZON UTAR yang diadakan di Bertam, Pulau Pinang pada 10...
07/07/2026

BENGKEL SEMAKAN SOALAN SVM CONFIRM AI & TAKLIMAT KOLEJ VOKASIONAL ZON UTAR yang diadakan di Bertam, Pulau Pinang pada 10–11 Jun 2026

UNITEN Ventures berbesar hati telah diberi kepercayaan untuk menguruskan Bengkel Semakan Soalan SVM CONFIRM AI & Taklimat Kolej Vokasional Zon Utara yang berlangsung pada 10 hingga 11 Jun 2026 di Bertam, Pulau Pinang.

Program ini menghimpunkan wakil-wakil Kolej Vokasional Zon Utara bagi melaksanakan semakan soalan, penyelarasan pelaksanaan serta perkongsian maklumat berkaitan SVM CONFIRM AI. Bengkel ini menjadi platform penting dalam memperkukuh standard penilaian, meningkatkan kualiti proses akademik serta menggalakkan kolaborasi antara institusi TVET.

Sebagai rakan pelaksana program, UNITEN Ventures komited dalam memastikan setiap aspek pengurusan acara dilaksanakan secara profesional, lancar dan memenuhi objektif penganjuran. Kepercayaan yang diberikan mencerminkan komitmen berterusan UNITEN Ventures dalam menyediakan penyelesaian pengurusan program yang berkualiti dan berimpak.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sepanjang program berlangsung. Semoga segala usaha ini terus menyumbang ke arah kecemerlangan ekosistem pendidikan TVET di Malaysia.

UNITEN Ventures at ETCon2026UNITEN Ventures was privileged to be part of ETCon 2026, held at Kuala Lumpur Convention Cen...
07/07/2026

UNITEN Ventures at ETCon2026

UNITEN Ventures was privileged to be part of ETCon 2026, held at Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) from 3-5 May 2026, serving as the Partners of Registration Team throughout the event. This participation provided a valuable platform for us to engage with industry leaders, training providers, corporate representatives, and professionals from various sectors, while supporting organizations in accessing development opportunities. We extend our sincere appreciation to the event organizers for the opportunity and trust placed in UNITEN Ventures. We are equally grateful to all delegates, exhibitors, partners, and visitors who engaged with us during the three-day event. Your support and collaboration contributed significantly to the success of our participation. As the professional training and lifelong learning arm of UNITEN, we remain committed to advancing workforce development, fostering industry collaboration, and delivering impactful learning solutions that support organizational growth and future-ready talent. Thank you for making ETCon 2026 a meaningful and successful experience. We look forward to continuing our journey of creating value through education, innovation, and strategic partnerships.

Evolusi Digital RTM: Mengoptimumkan Aliran Kerja Melalui Kepintaran Generatif Dalam era transformasi digital yang berkem...
07/07/2026

Evolusi Digital RTM: Mengoptimumkan Aliran Kerja Melalui Kepintaran Generatif Dalam era transformasi digital yang berkembang pesat, teknologi Kepintaran Generatif (Generative Al) muncul sebagai pemangkin utama dalam memperkasakan produktiviti, kreativiti, dan kecekapan operasi organisasi. Sehubungan itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) membawakan program "Evolusi Digital RTM: Mengoptimumkan Aliran Kerja Melalui Kepintaran Generatif", sebuah inisiatif yang bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi praktikal teknologi Al dalam persekitaran kerja moden. Program ini akan meneroka bagaimana Kepintaran Generatif dapat membantu warga RTM meningkatkan kecekapan penghasilan kandungan, mempercepatkan proses kerja, memperkukuh pengurusan maklumat, serta membuka ruang kepada inovasi dalam industri penyiara dan media digital. Ayuh bersama melangkah ke hadapan dalam era digital
dan meneroka potensi tanpa batas teknologi generatif untuk membentuk masa depan penyiaran yang lebih pintar, cekap, dan inovatif.

MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2026Majlis Penutupan Kejohanan Bola Tampar M...
25/06/2026

MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2026

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang pada 12 Jun 2026 di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Majlis ini menandakan berakhirnya enam hari kejohanan yang menghimpunkan atlet-atlet muda terbaik dari seluruh negara dalam semangat kesukanan, disiplin, kerja berpasukan dan daya saing yang tinggi. Setiap perlawanan yang dipertandingkan bukan sahaja mempamerkan bakat dan potensi atlet, malah mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasakan pembangunan sukan sekolah di Malaysia.

UNITEN berbesar hati menjadi tuan rumah kejohanan berprestij ini dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), semua jawatankuasa penganjur, pegawai, jurulatih, atlet, sukarelawan serta semua pihak yang telah menyumbang ke arah kelancaran penganjuran kejohanan ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan syabas kepada setiap kontinjen atas semangat juang serta dedikasi yang dipamerkan sepanjang kejohanan berlangsung. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Hubungi kami untuk sebarang urusan penyewaan fasiliti:

[email protected]

Where Innovation Meets CollaborationUNITEN Ventures is proud to have played a part in the successful organisation of the...
25/06/2026

Where Innovation Meets Collaboration

UNITEN Ventures is proud to have played a part in the successful organisation of the BIG 1.0 Program by providing the venue and facilities at the National Energy Centre (NEC), supporting a platform that brought together government agencies, industry players, and strategic partners to strengthen Malaysia’s innovation ecosystem.

As the venue and facilities management provider, UNITEN Ventures remains committed to delivering a professional, well-equipped, and conducive environment to ensure every programme is executed seamlessly while providing the best possible experience for organisers and participants.

The programme also welcomed representatives from the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI), Cradle Fund, and TNB Research, highlighting the National Energy Centre (NEC)’s role as a hub that connects ideas, innovation, and strategic collaboration towards a more sustainable industrial future.

At UNITEN Ventures, we believe that every space is more than just a venue—it is a platform where ideas converge, strategic partnerships are forged, and opportunities are created to drive meaningful, long-term impact.

We extend our sincere appreciation to TNB Research for choosing the National Energy Centre (NEC) as the venue for the BIG 1.0 Program. UNITEN Ventures remains committed to delivering professional venue and facilities solutions that support impactful programmes, corporate events, and high-value initiatives.

Contact us on:
[email protected]

Connect • Collaborate • Create Impact.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Dimaklumkan bahawa fasiliti di National Energy Centre (NEC), UNITEN Putrajaya kini b...
25/06/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa fasiliti di National Energy Centre (NEC), UNITEN Putrajaya kini boleh ditempah melalui sistem SmartBook khusus untuk kakitangan TNB dan anak syarikat TNB.

Kemudahan yang tersedia adalah seperti berikut:

✅ 1 Modelling Lab
✅ 1 Brainstorming Pod
✅ 2 Brainstorming Cluster
✅ 3 Dewan Silara (Dewan 1, 2 & 3)
✅ Kemudahan WiFi dan Sistem Audio Visual (AV) (tertakluk kepada Dewan Silara 1, 2 & 3)
✅ Lokasi yang strategik, selesa dan profesional

Fasiliti ini sesuai digunakan untuk:

* Mesyuarat dan perbincangan strategik
* Sesi brainstorming dan bengkel kerja
* Latihan, seminar dan program korporat
* Majlis dan acara rasmi

Sehubungan itu, semua warga TNB dan anak syarikat adalah dipelawa untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan dengan membuat tempahan melalui SmartBook.

Cara Tempahan:
📱 Log masuk ke sistem SmartBook
📌 Pilih fasiliti yang dikehendaki
📌 Lengkapkan maklumat tempahan dan sahkan permohonan

Terima kasih

Address

Jalan IKRAM-UNITEN
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60389287583

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Uniten Ventures posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share