Zai Amin

Zai Amin Kumpul EMAS untuk rumah IMPIAN, hidup bebas HUTANG. Bahagia & ketenangan milik kita. Raih pendapatan pasif dengan ASET EMAS.

Tips Mudah Simpan Dinar Emas Untuk Pemula -Nak mula simpan dinar emas tapi tak tahu dari mana? Jangan risau, jom rajin m...
25/05/2026

Tips Mudah Simpan Dinar Emas Untuk Pemula -

Nak mula simpan dinar emas tapi tak tahu dari mana?

Jangan risau, jom rajin membaca 😄 tambah ILMU EMAS.

Mula dengan bajet yang selesa.👍

Tak perlu paksa diri beli banyak sekali gus.

SIMPAN dalam RM100 - RM 200 setiap bulan pun dah cukup untuk bermula.

YANG PENTING KONSISTEN.

Pilih dinar emas yang tulen dan ada sijil.

Pastikan anda beli dari penjual yang dipercayai dan berdaftar. Jangan tertipu dengan harga murah yang mencurigakan.

Simpan dengan betul!

Buat jadual pembelian tetap. Contohnya, setiap bulan gaji masuk, sisihkan sebahagian untuk beli emas / dinar. Cara ini memudahkan anda mengumpul koleksi secara perlahan-lahan.

Jangan terlalu cepat nak menjual.

Dinar emas adalah pelaburan jangka panjang. Sabarlah dan biarkan NILAU dia naik dari semasa ke semasa.

Ingat, pelaburan emas adalah cara terbaik melindungi wang anda daripada inflasi.

Mulakan hari ini dengan langkah kecil!



CARA  MUDAH MULA  BELI  EMAS  DENGAN GAJI RM 20001. Bina tabiat simpan konsisten walaupun serendah RM 50 walaupun sediki...
19/05/2026

CARA MUDAH MULA BELI EMAS DENGAN GAJI RM 2000

1. Bina tabiat simpan konsisten walaupun serendah RM 50 walaupun sedikit,
Cukup gram boleh tebus fizikal

2. Sedikit tapi ISTIQOMAH lebih BAIK daripada tunggu “ada lebih”.

3. Hari gaji , asingkan dulu sebelum belanja.

4. Mulakan dengan gram yang kecil dahulu, tak perlu beli terus gram yang besar.

5. Guna formula mudah 10-10-80, Daripada RM2,000
➡️ 10% simpan emas → RM200
➡️ 10% simpan cash kecemasan
➡️ 80% komitmen & belanja
Jika bermanfaat sila kongsi😊




[  Gram Demi Gram  ]- Strategi Simpan ,EMAS Untuk Pekerja Gaji TetapRamai yang fikir simpan emas hanya untuk orang kaya....
14/04/2026

[ Gram Demi Gram ]-
Strategi Simpan ,EMAS Untuk Pekerja Gaji Tetap

Ramai yang fikir simpan emas hanya untuk orang kaya. Tapi sebenarnya, anda boleh mula dengan budget kecil ! tapi konsisten

Strategi paling praktikal ialah beli emas gram demi gram setiap bulan. Dengan gaji RM2,500 pun, anda boleh sisihkan RM200-300 untuk beli . Dalam masa setahun, anda dah ada beberapa gram!.walaupun kecil, Yang penting ia makin bernilai saban tahan.

Kenapa cara ini berkesan?

Pertama, anda tak perlu tunggu ada wang banyak baru boleh mula.

Kedua, harga emas naik turun - beli sikit-sikit setiap bulan membantu purata kos pembelian anda.

Tips mudah:

Tetapkan tarikh tetap setiap bulan untuk beli emas.

Contohnya hari gaji.

Treat macam bayar bil - kena buat tanpa fail.

Pilih kedai emas yang boleh dipercayai dan simpan resit dengan betul.

Jangan lupa, emas ni bukan untuk jual cepat. Ia pelaburan jangka panjang yang melindungi nilai wang anda daripada inflasi.

Start small, konsisten adalah kuncinya!👍



Cara Mudah KUMPUL GRAM EMAS  ISTIQOMAH RM50 Sebulan Untuk Beli Emas - Gaji Kecil Pun Boleh!Ramai yang fikir beli emas ha...
14/04/2026

Cara Mudah KUMPUL GRAM EMAS

ISTIQOMAH RM50 Sebulan Untuk Beli Emas -
Gaji Kecil Pun Boleh!

Ramai yang fikir beli emas hanya untuk orang kaya. Sebenarnya, dengan RM50 sebulan pun awak boleh mula kumpul emas!

Ini dia 5 cara mudah jimat duit yang awak boleh cuba praktikkan sendiri:

1. Kurangkan beli kopi kedai-
Buat kopi sendiri di rumah. Jimat RM3 sehari = RM90 sebulan!

2. Masak sendiri tengah hari -
Skip makan luar 2-3 kali seminggu. Boleh jimat RM15-20 seminggu.

3. Gunakan aplikasi cashback - Setiap pembelian dapat pulangan. Kumpul lama-lama jadi RM10-15 sebulan.

4. Jual barang tak guna - Baju lama, gadget rosak, buku - jual online. Sekali jual dapat RM20-30.

5. Potong langganan tak perlu - Netflix, Spotify yang jarang guna. RM15-25 sebulan terus masuk tabung emas.

Mula dengan RM50 sebulan ni, dalam setahun anda dah ada RM600 untuk beli emas .

Ingat, emas ni aset selamat yang nilainya naik dari masa ke masa. Setiap sen yang anda jimat hari ni adalah kekayaan masa depan!

5 MITOS Tentang Emas Yang Ramai Orang Percaya - Mari Kita Betulkan!Eh, tahukah anda ada banyak mitos tentang emas yang m...
08/04/2026

5 MITOS Tentang Emas Yang Ramai Orang Percaya - Mari Kita Betulkan!

Eh, tahukah anda ada banyak mitos tentang emas yang masih ramai percaya? Jom kita betulkan beberapa salah faham ni!

Mitos 1: "Emas akan hilang nilainya"
Hakikat: Emas telah menjadi penyimpan nilai selama ribuan tahun. Walaupun harga naik turun, emas kekal sebagai aset yang berharga.

Mitos 2: "Emas susah nak jual balik"
Hakikat: Emas adalah salah satu aset paling mudah untuk dijual. Kedai emas, pajak gadai, dan platform dalam talian sedia menerima emas berkualiti.

Mitos 3: "Kena beli emas dalam kuantiti besar je"
Hakihat: Anda boleh mula dengan gold bar kecil atau syiling emas. Tak perlu beli kilogram-kilogram!

Mitos 4: "Emas tak sesuai untuk generasi muda"
Hakikat: Ramai anak muda sekarang beralih kepada emas sebagai pelaburan jangka panjang dan perlindungan inflasi.

Jangan biar mitos menghalang anda daripada membuat keputusan pelaburan yang bijak. Selalu buat kajian dan dapatkan maklumat yang tepat sebelum melabur ya!

  1. Hidup kita nie singkat jer. 2. Ada duit belilah aset aset yang baik. 3. Ada beberapa jenis aset yang baik untuk dib...
05/03/2025




1. Hidup kita nie singkat jer.

2. Ada duit belilah aset aset yang baik.

3. Ada beberapa jenis aset yang baik untuk dibeli, disimpan, dan dilaburkan bergantung pada matlamat kewangan, toleransi risiko, dan jangka masa pelaburan.

Berikut adalah beberapa kategori aset yang boleh dipertimbangkan:

4 Aset Ketara (Tangible Assets)

✔ Emas & Perak – Pelindung nilai inflasi, mudah dicairkan, dan sesuai untuk jangka panjang.

✔ Hartanah – Boleh menjana aliran tunai melalui sewaan dan berpotensi meningkat nilai.

✔ Tanah – Aset terhad yang biasanya meningkat nilai dalam jangka panjang.

5.Aset Kewangan (Financial Assets)

✔ Saham – Potensi pulangan tinggi, tetapi perlu ilmu analisis untuk mengurus risiko.

✔ Unit Amanah / ETF – Sesuai untuk pelabur pasif, memberi kepelbagaian dalam portfolio.

✔ Bon / Sukuk – Lebih stabil dan memberi pulangan tetap melalui faedah atau keuntungan tetap.

6. Aset Perniagaan

✔ Perniagaan sendiri – Jika diurus dengan baik, boleh menjadi sumber pendapatan utama.

✔ Francais – Kurang risiko berbanding perniagaan sendiri kerana sudah ada jenama & sistem terbukti.

✔ Perniagaan Online (E-commerce, Digital Products) – Kos rendah, potensi keuntungan tinggi.

7.Aset Digital & Teknologi

✔ Matawang Kripto (Bitcoin, Ethereum, dsb.) – Berpotensi tinggi tetapi sangat volatile.

✔ Domain & Laman Web – Boleh menjadi aset digital berharga jika ada trafik tinggi.

✔ NFT & Hak Cipta Digital – Berisiko tetapi boleh memberi pulangan besar dalam industri kreatif.

8.Aset Pendapatan Pasif

✔ Hartanah sewa – Pendapatan berterusan tanpa perlu bekerja secara aktif.

✔ Royalti Buku / Kursus Online – Sekali buat, boleh hasilkan pendapatan berkali-kali.

✔ Saham Dividen – Saham yang konsisten membayar dividen setiap tahun.

9. Jika matlamat anda adalah simpanan jangka panjang, emas dan hartanah sangat sesuai.

10.Jika mahukan pendapatan pasif, boleh fokus kepada hartanah sewa, saham dividen, dan perniagaan.

11. Jika mahu pertumbuhan agresif, boleh pertimbangkan saham dan matawang kripto dengan strategi yang betul.

Apa aset yang anda sedang fokus sekarang?

Belajar simpan emas bersama Orodesign. Emas fizikal Harga kilang.


[  BELAJAR MENJADI HAMBA ALLAH YANG SABAR....]Biasa datang sini 10 minit tak sampai berurusan,  tiba2 semenjak emas mero...
04/03/2025

[ BELAJAR MENJADI HAMBA ALLAH YANG SABAR....]
Biasa datang sini 10 minit tak sampai berurusan, tiba2 semenjak emas meroket jenuh pulak nak menunggu ,

Ramai weh!
Orang soping EMAS DARI KILANG MAA ORO DESIGN ni...
Awal2 register tahun lepas, saja je nak kumpul emas 999, tapi jadi seronok pulak bila sudah faham.
BENAR kata orang bijak pandai, otai2 emas ni.
Simpan duit sentiasa bocor, lepas tu simpanan tak ada.😪
Kerja berpuluh tahun, ingat boleh la simpan, pun tak ada juge...
Yang banyak hutang😪





14/02/2025

Orang tua2 kata, simpan emas ni penyelamat waktu terdesak betul ke ?...

Belilah emas sewaktu harga masih mampu untuk kita beli.
BIAR EMAS BEKERJA UTK KELANGSUNGAN HIDUP KITA bila sudah tiada kudrat lagi nak bekerja...ni maksudnya bila kita sudah tua nanti.😊

Selama tujuh (7) tahun menabung emas fizikal…Antara sebab utama ramai yang bertangguh untuk mula menabung emas untuk sim...
01/02/2025

Selama tujuh (7) tahun menabung emas fizikal…

Antara sebab utama ramai yang bertangguh untuk mula menabung emas untuk simpanan masa depan… hanya ada satu(1) sebab saja,

Menunggu harga emas turun.

Sedangkan cara nak berjaya jadi penabung + pelabur emas, kita tak lihat pada harga… kita lihat pada konsisten nilai pertambahan gram emas.

*1G1B - 1gram 1bulan*.

*Jom tengok graf emas kat atas…
Mula menabung emas sejak awal 2018… masa tu masih rendah harga nya 1gram RM150*.

Matematik mudah..
2018 = 12gram
2019 = 12gram
2020 = 12gram
2021 = 12gram
2022 = 12gram
2023 = 12gram
2024 = 12gram
Jan 2025 = 1gram

*Jumlah emas = 85gram*✅

Harga emas semasa,
85gram x RM400 = *RM34,000*

Ada yang persoal, bila nak kaya kalau 7 tahun baru RM34,000..??

Jawabnya… menabung emas bukan untuk kaya semata, tapi untuk sentiasa ada di tangan kuasa membeli.

1 dinar tetap boleh beli seekor kambing… dulu kini dan selamanya.

InshaAllah🌟🚀🤲

SEJARAH TIDAK BERULANG  kenaikan harga emas membuktikan "EMAS  matawang yang merentas zaman nilainya*Jika kita beli dan ...
24/01/2025

SEJARAH TIDAK BERULANG

kenaikan harga emas membuktikan "EMAS matawang yang merentas zaman nilainya*

Jika kita beli dan simpan emas pada tahun 2000 dengan nilai RM35/g

Pada tahun 2025 dengan 1g yang sama kita masih boleh fungsikan emas tersebut untuk memenuhi kos keperluan kehidupan kita pada masa sekarang.

Inilah "keajaiban" pada matawang emas.
Tidak dimamah inflasi
Nilainya kukuh berdiri sendiri tanpa perlu ditentusahkan nilainya oleh mana-mana kerajaan.

Ianya laku untuk dijual beli diseluruh dunia.

Nak beli emas harga rapat tangga kilang...
Jom sertai kami sebagai usahawan emas orodesign.

Khas untuk Orang Melayu, Bumiputera Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan kaum Melayu Brunei dan Singapura
berumur 18 tahun ke atas.




*Kempen januari berbaki 7 hari lagi dengan yuran RM299 sahaja. Rebut peluang sementara masih ada*

Address

Kajang

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60122004547

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zai Amin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Zai Amin:

Shortcuts

Share