Salam Business Resources

Salam Business Resources BUSINESS SOLUTIONS

Pas**an kami mempunyai 15 tahun pengalaman dalam menguruskan perkhidmatan sokongan kepada bisnes Small and Medium Enterprise (SME).

1.

Sokongan Sumber Manusia
2. Pengurusan Penggajian
3. HR Consultancy
4. Latihan Pekerja

Kami boleh membantu anda dalam menguruskan pekerja dengan memberikan perkhidmatan sokongan:1. Mendaftarkan pekerja/syari...
15/08/2022

Kami boleh membantu anda dalam menguruskan pekerja dengan memberikan perkhidmatan sokongan:

1. Mendaftarkan pekerja/syarikat anda di LHDN, KWSP, PERKESO, HRDF dan lain-lain.

2. Menguruskan proses gaji untuk pekerja dan membuat pembayaran gaji serta menyediakan slip gaji pekerja.

3. Menguruskan pembayaran KWSP, PERKESO, LHDN, ZAKAT dan lain-lain bagi pihak perniagaan dan pekerja anda.

4. Menguruskan hal ehwal pekerja bagi pihak anda.

5. Menguruskan Borang E LHDN dan Borang EA LHDN bagi perniagaan dan pekerja anda.

Anda tidak perlu pening untuk menguruskan semua perkara diatas dan serahkan kepada kami untuk membantu anda! Pilihan yang bijak, tepat dan cepat.

i-Lindungi-Lindung adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produ...
15/08/2022

i-Lindung

i-Lindung adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA). Melalui PPA, ahli dibenarkan membeli produk insurans/ takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP. Ini adalah untuk menyediakan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan bagi membantu ahli berdepan dengan tempoh s**ar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.

Syarat-syarat kelayakan:

Warganegara Malaysia
Pengguna i-Akaun (Ahli)
Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP

Jenis Perlindungan Yang Ditawarkan
Perlindungan Hayat
Perlindungan Penyakit Kritikal

Soalan Lazim
Saya berumur lebih 55 tahun, adakah saya layak untuk mendapatkan produk di bawah i-Lindung?
Ya, anda layak mendapatkan produk di bawah i-Lindung selagi anda mempunyai minima RM100 di dalam Akaun 55 dan/atau Akaun Emas, berdasarkan had umur penyertaan bagi produk yang ditawarkan oleh Syarikat Insurans dan Pengendali Takaful (“SIT”).

Bolehkah saya mendapatkan produk di bawah i-Lindung dengan ejen insurans/takaful?
Tidak, anda hanya boleh mendapatkan produk di bawah i-Lindung secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli) sahaja.

Bolehkah saya memiliki produk insurans di bawah i-Lindung sekiranya saya pemegang akaun Simpanan Shariah?
Tiada halangan untuk memiliki produk insurans di bawah i-Lindung jika anda adalah pemegang akaun Simpanan Shariah. Walau bagaimanapun, ahli beragama islam amat disarankan untuk menyertai produk takaful kerana Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah memutuskan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah (haram).

Dapatkan maklumat lanjut
https://www.kwsp.gov.my/ms/member/i-lindung

28/08/2019
Apa Sebenarnya 'Employee EIS' Kat Dalam Slip Gaji Terbaru Anda Ini?Baru-baru ini ramai p**a orang bercakap tentang EIS d...
26/02/2019

Apa Sebenarnya 'Employee EIS' Kat Dalam Slip Gaji Terbaru Anda Ini?

Baru-baru ini ramai p**a orang bercakap tentang EIS di media sosial. Ada yang berasa marah, ada juga yang tak faham apa fungsi sebenar sistem ini.

Kalau anda nak tahu, kerajaan baru saja perkenalkan Employee Insurance System (EIS) atau Sistem Insurans Pekerja (SIP) pada tahun 2018.

Ramai orang tak puas hati kerana SIP ini akan memberi kesan kepada gaji pokok. Atau dalam erti lain, tak cukup dengan EPF dan SOCSO, gaji akan kena potong lagi sedikit untuk SIP.

1. Apa itu EIS atau SIP?

Sistem Insurans Pekerjaan, (SIP) mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan untuk:

Menyediakan bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) kepada pencarum yang hilang pekerjaan.

Membantu pencarum yang hilang pekerjaan mendapat pekerjaan baru melalui program penempatan semula pekerjaan termasuk bantuan mobiliti.

Meningkatkan kebolehpekerjaan pencarum yang hilang pekerjaan melalui program latihan & latihan vokasional.

2. Siapa yang perlu bayar?

*Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)

*Semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan, kecuali bagi pekerja yang berumur 57 tahun dan ke atas dan tiada caruman telah dibayar sebelum mencapai 57 tahun.

*Takrif liputan caruman adalah tertakluk kepada had siling gaji yang diinsurankan (GYD) RM4000.00

3. Berapa kadar caruman?

Kadar caruman bagi SIP adalah campuran 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja.

Contohnya, jika gaji pekerja berjumlah RM3,000 maka SIP bernilai:

0.2% x 3,000 = RM6.10 (syer pekerja)
0.2% x 3,000 = RM6.10 (syer majikan)

Jumlah = RM12.20

Nota: Jumlah wang yang ditolak daripada gaji hanyalah RM6.10 daripada syer pekerja sahaja.

Kadar caruman adalah tertakluk kepada Jadual Kedua Seksyen 18 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.

4. Apa kelayakan untuk tuntut?
Semua pekerja swasta / pencarum yang kehilangan pekerjaan layak memohon bantuan kewangan, kecuali:

*Perletakan jawatan secara s**arela
*Tamat tempoh kontrak perkhidmatan
*Penamatan kontrak perkhidmatan atas persetujuan bersama majikan tanpa terma dan syarat;
*Penyiapan kerja mengikut kontrak perkhidmatan;
Persaraan; atau
*Penamatan kontrak perkhidmatan disebabkan oleh salah laku.
*Bantuan kewangan akan diberi selama 6 bulan maksimum, dan berjumlah RM10,800 maksimum.

5. Macam mana nak tuntut?

Permohonan SIP boleh dibuat secara online di laman web Perkeso dengan mendaftar diri sebagai pencari kerja dan mengisi serta melampirkan borang dan perintah / surat pengesahan.

Permohonan yang lengkap akan diproses dan disemak berdasarkan kelayakan am dan syarat kelayakan caruman.

Kemudian, permohonan tersebut akan disalurkan kepada PERKESO/ JTK / JPP bagi menentusahkan kehilangan pekerjaan yang berlaku. Setelah kelulusan dibuat, penyediaan baucar dan pemindahan wang akan dibuat terus ke dalam akaun pemohon.

25/02/2017

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu p**ang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia p**ang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa s**arnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.

✔share.. .

SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!!Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, me...
07/06/2013

SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!!

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka s**a menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka” .

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”

Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”

Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”

(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12)
Kepada rakan-rakan ku yang merokok, moga kita tidak rasa tersinggung hati dengan hadis ini

Bersangka Baik Kunci sesuatu Ikatan..
07/06/2013

Bersangka Baik Kunci sesuatu Ikatan..

Sebarkan..semoga bermanfaat.
06/06/2013

Sebarkan..semoga bermanfaat.

Imam Al-Bukhari rahimahullaahu ta'ala pernah berkata,"Al-'IImu qablal qaul wal 'amal."Artinya :"Berilmu sebelum berkata ...
16/04/2013

Imam Al-Bukhari rahimahullaahu ta'ala pernah berkata,
"Al-'IImu qablal qaul wal 'amal."

Artinya :
"Berilmu sebelum berkata dan berbuat (beramal)."
(Shahiih al-Bukhari, I/159)

Beliau rahimahullaahu ta'ala berkata demikian dasarnya adalah firman Allah Jalla Jalaaluh :
"Maka ketahuilah, bahwa tidak ada Ilah (sesembahan yang benar) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu."
(QS. Muhammad : 19)

Allah memulai firman-Nya dengan ilmu sebelum ucapan dan perbuatan, karena itu sudah sepantasnya kewajiban bagi kita untuk berilmu terlebih dahulu sebelum beramal.

Bagaimana cara kita mendapatkan ilmu yang benar?

Al-Jawab :
Dengan belajar dien, dengan pemahaman Salafush Shalih, Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Itulah jalan kebenaran, jalan yang lurus yang kita diperintahkan untuk mengikuti jalan-jalan yang telah Allah ridhai bukan jalan-jalan yang telah Allah sesatkan.

'Abdullah bin Mas'ud radhiyallaahu 'anhu berkata,
"Hendaklah kalian memiliki ilmu sebelum ilmu itu diangkat dan dilenyapkan, lenyapnya ilmu dengan wafatnya orang yang mengajarkannya. Seseorang tidak akan mungkin dilahirkan dalam keadaan berilmu, karena sesungguhnya ilmu itu didapatkan dengan belajar."
(Tahdzib Mau'idhah al-Mu'minin, hal. 16)

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullaahu ta'ala berkata,
"Manusia lebih butuh kepada ilmu ketimbang makan dan minum. Karena makan dan minum dalam sehari hanya dibutuhkan dua atau tiga kali, sedangkan ilmu dibutuhkan pada setiap saat."
(I'lamul Muwaqqi'in, II/257)

Jangan sampai kita (baca : ummat Islam) seperti kaum Nasrani yang tersesat, mereka beribadah tanpa mempunyai ilmu hingga akhirnya mereka kaum yang tersesat, namun jangan juga kita mengikuti kaum Yahudi yang terlaknat mengetahui ilmu namun tidak beramal.
Semoga Allah tetapkan diri kita, keluarga kita dan kerabat-kerabat kita untuk istiqomah di atas Islam dan Sunnah dengan pemahaman Salafush Shalih, Ahlus Sunnah wal Jama'ah.

likes & share..

16/04/2013

Ustazah : "Saya tidak pernah menolak hukum poligami."
Jamaah : "Wah, hebat ustazah!"
Ustazah : "Saya tidak pernah melarang para suami nikah lagi." Jamaah : "Wah, benar-benar kelas ustazah."
Ustazah : "Yang penting........"
Jamaah : "Yang penting...adil ye ustazah?"
Ustazah : "Bukan...yang penting, bukan suami saya
Jamaah : $ #&^*( #@

Like & Share :)

Address

Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Salam Business Resources posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share