Syaz Hibah Harta, Wasiat, Pusaka

Syaz Hibah Harta, Wasiat, Pusaka Perunding Perwarisan Anda. (Hibah Harta, Wasiat, Khairat Pusaka)

Alhamdulillah, syukur harini dapat membantu seorang isteri membuat perancangan hibah bagi bahagian pemilikan rumahnya ke...
31/07/2026

Alhamdulillah, syukur harini dapat membantu seorang isteri membuat perancangan hibah bagi bahagian pemilikan rumahnya kepada suami.

Ramai yang tidak sedar, apabila seseorang masih ada ibu, ibu juga merupakan waris yang berhak menerima bahagian mengikut faraid. Sebab itu, setiap situasi keluarga tidak sama dan perancangan harta juga perlu dibuat mengikut keadaan masing-masing.

Semasa kita masih hidup, kita diberi ruang untuk merancang harta yang kita miliki melalui kaedah yang dibenarkan oleh syarak. Perancangan yang dibuat lebih awal bukan bermaksud mengharapkan sesuatu berlaku, tetapi sebagai satu bentuk kasih sayang dan tanggungjawab kepada insan yang kita tinggalkan.

Jika anda tertanya-tanya sama ada hibah sesuai untuk situasi anda, saya sedia berkongsi dan membantu anda membuat penilaian tanpa sebarang komitmen.

Untuk dapatkan info lanjut boleh komen NAK atau boleh pm

• Hibah Hartanah
• Hibah Harta
• Wasiat
• Pengurusan Pusaka

Semoga setiap perancangan yang kita lakukan hari ini menjadi manfaat untuk keluarga pada masa hadapan.

15/07/2026

Kisah 1:"Saya dah buat surat pesanan, siap cop Pesuruhjaya Sumpah. Jadi lepas saya meninggal  harta saya nanti ikut sura...
29/06/2026

Kisah 1:

"Saya dah buat surat pesanan, siap cop Pesuruhjaya Sumpah. Jadi lepas saya meninggal harta saya nanti ikut surat tu kan?"

🚫 Tidak semestinya.
Ramai yang sangka surat pesanan yg ditulis sendiri dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah sudah cukup untuk menentukan siapa yang akan menerima harta.

Realiti:
1. Cop Pesuruhjaya Sumpah hanya mengesahkan identiti dan akuan penandatangan.

2. Ia TIDAK menjadikan surat itu sebagai dokumen yang boleh mengatasi pembahagian harta mengikut undang-undang atau faraid.

3. Tanpa perancangan harta yg betul, waris masih perlu melalui proses pentadbiran pusaka, dan mungkin hasrat anda tidak dapat diberi seperti yang diinginkan

✅ Perancangan harta bukan sekadar menulis hasrat, tetapi memastikan hasrat itu boleh dilaksanakan apabila kita tiada.

Jangan tunggu hingga terlambat. Rancang harta dengan cara yg betul supaya keluarga tidak menanggung beban bila anda tiada nanti.

✉️ Nak tahu pilihan perancangan harta yang sesuai dengan situasi anda? Komen "NAK" atau hubungi saya untuk sesi konsultasi.

Ambil tahu siapa yang perlu merancang harta. Adakah kita termasuk dalam golongan ni?
25/06/2026

Ambil tahu siapa yang perlu merancang harta. Adakah kita termasuk dalam golongan ni?

24/06/2026

Hibah harta semasa hidup - peace of mind

💥 Ramai Masih Keliru! 💥Wasiat vs Hibah – Apa Bezanya? Jangan Sampai Silap Langkah! ⚖️📜 WASIAT – Harta diberi selepas kit...
31/05/2025

💥 Ramai Masih Keliru! 💥
Wasiat vs Hibah – Apa Bezanya? Jangan Sampai Silap Langkah! ⚖️

📜 WASIAT – Harta diberi selepas kita meninggal. Tapi ingat, hanya 1/3 je boleh diwasiatkan, dan perlu ikut proses faraid juga.

🎁 HIBAH – Hadiah yang diberikan semasa masih hidup. Lebih bebas, dan boleh diberi kepada sesiapa yang kita mahu.

✅ Nak pastikan orang tersayang tak terbeban nanti?
Ketahui pilihan terbaik untuk harta anda. Jangan tunggu saat akhir. Komen NAK sekarang!

📩 PM kami untuk konsultasi PERCUMA tentang perancangan harta yang bijak dan berkat

26/05/2025

Kenapa Perlu Rancang Harta Semasa Hidup?
Kerana selepas kematian kita, Harta dah jadi PUSAKA.
Pusaka adakah milik WARIS!

Kalau esok tiba-tiba kita dah tiada... Siapa urus harta kita? Orang biasa akan cakap.." alah biarlah ikut Faraid je, tak payah nak rancang harta..". Tapi hakikatnya tak semudah itu. Ramai orang ingat harta kita automatik jatuh ke tangan waris bila kita meninggal. Ada proses sebelum sampai ke peringkat itu.
Kalaula betul semudah itu, kenapa agaknya berbillion-billion Harta beku di Malaysia ni? Kenapa banyak kes keluarga bermasam muka? Rumah/ tanah yang terbengkalai? Duit dalam akaun beku bertahun-tahun?

Rancang lah harta semasa hidup dan sihat kerana ini semua adakah pinjaman Allah supaya kita uruskan dengan baik. Rancang kerana Sayang.

Komen/PM utk lebih info tentang Pengurusan & Perancangan Harta Islam (Hibah Harta . Wasiat . Urusan Pusaka)

“Rumah Bersama, Tapi Bukan Milik Sepenuhnya…”Ramai pasangan suami isteri beli rumah atas nama bersama. Tapi tahukah anda...
24/05/2025

“Rumah Bersama, Tapi Bukan Milik Sepenuhnya…”

Ramai pasangan suami isteri beli rumah atas nama bersama. Tapi tahukah anda, jika salah seorang meninggal dunia tanpa perancangan hibah, rumah itu bukan sepenuhnya milik pasangan yang masih hidup?

Risikonya?

1. Bahagian si mati akan jadi harta pusaka.
Perlu dibahagikan kepada waris lain – contohnya ibu bapa si mati, anak-anak, atau adik-beradik.

2. Pasangan perlu mohon persetujuan semua waris untuk urus rumah itu.
Kalau ada waris tak setuju, rumah boleh ‘beku’ bertahun-tahun.

3. Kemungkinan terpaksa jual rumah.
Jika waris lain tuntut bahagian mereka, pasangan terpaksa bayar atau jual rumah untuk bahagi warisan.

Jangan biarkan rumah impian jadi punca tekanan selepas pemergian insan tersayang.

Hibah adalah solusi.
Perancangan hibah Islamik bantu pasangan anda terus memiliki rumah tanpa perlu melalui proses faraid yang rumit.

Lindungi masa depan orang tersayang hari ini. Rancang kerana sayang.

Address

TTDI Grove
Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syaz Hibah Harta, Wasiat, Pusaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share