30/09/2024
Adik adik lahir 2000 kenal ke nie..mesti tertanya tanya kenapa hype betul.. meh min share sikit info..
- Wordart pertama kali diperkenalkan pada tahun 1995 dalam Microsoft Word 95, sebagai sebahagian daripada rangkaian Microsoft Office.
- WordArt membolehkan pengguna untuk memilih pelbagai gaya teks, seperti melengkung, melingkar, dan banyak lagi bentuk dan gaya.
- Selain dalam bentuk teks, pengguna juga boleh mengaplikasikan 'effect' seperti 'shadow' , 'reflect' , 'lightning' , 'bevel' , dan 'rotation' untuk menambah tampilan teks yang lebih menarik.
- Selain Microsoft Word, WordArt juga tersedia di aplikasi Office yang lain seperti Microsoft PowerPoint dan Excel.
- Di PowerPoint, WordArt sering digunakan untuk menggambarkan tajuk atau point penting dalam pembentangan serta memberikan tampilan yang lebih menarik dan menonjol.
- Seiring berkembangnya versi Microsoft Office, WordArt turut mengalami perubahan. Pada versi lama, WordArt hadir sebagai menu yang berasingan, sementara di versi Office 2007 dan keatas, WordArt digabungkan ke dalam submenu di tab "Insert" .
- Pada masa kini, meskipun masih digunakan, populariti WordArt telah menurun dibandingkan pada tahun-tahun awalnya, kerana rekabentuk teks digital yang lebih canggih telah menjadi trend.
- Gaya WordArt dari era 90-an masih menjadi ikon budaya pop dan sering digunakan untuk rekabentuk yang bertemakan nostalgia.
Ini antara fakta - fakta mengenai 'Wordarts' . Abang - abang , pakcik - pakcik mesti mengimbau kenangan buat folio,buku skrap di sekolah menengah dulu.
Admin dari Gen Y
Sumber gambar : FB UM