04/05/2026
Tahniah kepada ANQAS Certification atas pembukaan rasmi Wisma ANQAS!
Southern Oilers Rugby Club berbesar hati memenuhi jemputan ini, diwakili oleh Encik Fakrurradhi selaku Ketua Oilers Central.
ANQAS juga merupakan salah satu penaja utama kami bagi tahun ini, sokongan yang amat kami hargai dalam usaha membangunkan pasukan serta komuniti ragbi.
Dalam majlis ini, kami turut berpeluang bertemu dengan Pengarah Urusan, Ts. Azman bin Idris, satu penghormatan besar dan peluang yang amat bermakna untuk mengeratkan hubungan strategik.
Semoga pembukaan pejabat baharu ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan dan terus mengukuhkan peranan ANQAS dalam industri.
Terima kasih atas jemputan dan layanan yang diberikan. Kami berharap hubungan ini akan terus diperkukuh pada masa akan datang. 🤝