17/06/2024
20 SEBAB KENAPA KITA TAK BOLEH JADI SEPERTI APA YANG KITA NAK DIRI KITA JADI?
Jika dicari atau dikaji memang ada 1001 sebab dan alasan kenapa kita tak boleh jadi seperti apa yang kita nak diri kita jadi, namun 20 dibawah ini adalah sebab mudah dan nyata untuk kita terima kerana ianya berkisar tentang pengalaman dan kenyataan kehidupan kita seharian.
1. Didikan - tidak pernah ada modul ,silabus, topik yang mengajarkan bahawa kita boleh jadi seperti apa yang kita mahu jadi . Sedari kecil kita memang sentiasa diprogram supaya jadi seperti apa yang mereka mahu kita jadi bukan jadi sepertimana yang kita mahu kita jadi ( mental conditioning)
2. Mindset - tidak pernah percaya bahawa kita boleh jadi seperti apa yang kita mahu jadi. Tak pernah tahu pun akan kelebihan dan kemampuan diri. Keterbatasan ilmu mengenal diri juga agak terhad. Kesilapan terhadap intrepretasi diri juga sudah sekian lama berlaku. Jadi hiduplah dalam kesamaran dan ketidakpastian.
3. Otak - s**a dibrainwash, terlalu lurus macam pembaris, sesuai diperguna dan mudah dimanip**asi. Lebih s**a menerima arahan daripada berfikir sendiri. S**a hidup dalam halusinasi bahawa keajaiban akan datang, namun tak berusaha apa pun, walau usaha untuk berfikir.
4. Fikiran - tidak boleh membezakan atau menilai yang mana bagus untuk dia dan yang mana tak bagus untuk dia. Keupayaan tahap fikiran pun masih rendah bagi mencapai impian yang tinggi.
5. Jiwa - tak pernah sayang diri dan tak tahu hargai diri, tidak ada kesedaran diri, jadi memang tak tahu lah nilai diri dan memang tak mahupun naikkan nilai diri.
6. Fokus - sentiasa lari, tak sedar minda sentiasa dipesong dan dialihkan, handphone tak lepas ditangan, layan social media 24 jam, minda dikawal habis. Tubuh hidup di dunia nyata tapi minda hidup di dunia maya. Akhir nya lebih berfantasi daripada hidup dalam realiti.
7. Kepercayaan - lebih kuat percaya kepada nasib, takdir, ketentuan dan kebetulan malah itulah yang dijadikan alasan supaya jangan rajin dan jangan berusaha, tidak pernah ada kepercayaan dalam diri yang kita boleh cipta, dapat, jadi seperti apa yang kita mahu jadi, lebih kuat kuat kita berusaha lebih bertuah kita jadi.
8. Kawan -kawan - tidak akan mengizinkan anda jadi seperti apa yang anda mahu jadi kerana takut hilang kawan atau takut anda jadi lebih hebat dan berjaya dari dia.
9. Pasangan - halangan terbesar bagi yang berumahtangga jika mempunyai pasangan yang tidak berjiwa besar, tidak menyokong, tidak memahami, tidak terbuka minda dan tidak positif.
10. Sekeliling - seperti biasa tidak akan menyokong dan tidak akan mengizinkan kita jadi sepertimana yang kita mahu jadi. Hukum kebersamaan selalu diguna pakai.
11. Lingkungan - anda berada di circle yang salah. Circle Success yang betul sepatutnya membantu, menyokong dan mendokong anda sehingga jadi sepertimana yang anda mahu jadi. Circle yang salah 10 tahun tahun dok camtu juga.
12. Media - akan gunakan seluruh kuasa, pengaruh dan keupayaan yang ada agar anda percaya apa yang ditulis dan suruh jadi apa mereka mahu anda jadi. Sebat dan pemikiran. Semua ada agenda tersendiri.
13. Jatidiri - sibuk nak jadi seperti orang lain tetapi tidak mahu jadi seperti apa yang diri sendiri mahu jadi. Hidup pakai acuan orang lain.
14. Ego - rasa diri sangat pandai, sangat hebat dan gah, padahal tak ada apa pun dan tak kemana pun.
15. Ilmu - langsung taknak belajar dan tak percaya bahawa ilmu boleh memandaikan kita dan mengubah hidup kita ketahap yang lebih baik. Tidak mahu membuat pelaburan ilmu untuk diri. Semua nak free.
16. Kuasa - terlalu lemah hidup sentiasa diselubungi ketakutan hingga tiada keyakinan dan kepercayaan diri hingga hilang kuasa keatas diri . S**ar membuat keputusan. s**a mendengar cakap orang ,segala keputusan ditentukan oleh orang lain.
17. Sikap - personaliti negatif, degil, s**ar ditegur, mudah bebal, kuat sentap, tak boleh diajar, s**a menyalahkan orang lain dan mudah putus asa.
18. Impian - tiada impian tiada cita-cita tiada matlamat tiada halatuju tiada wawasan. Ada pun kecik je.
19. Mentor - tiada guru atau mentor yang tepat bagi membimbing anda agar menjadi seperti apa yang anda mahu jadi. Ada mentor pun salah pilih. Konon nak cari yang hebat tapi sayang tak dapat yang tepat. Kalau nak jadi dahsyat Mentor pun kena dahsyat juga.
20. Diri Sendiri - memang tak mahu jadi seperti apa yang sepatutnya jadi kerana malas, banyak alasan, tiada disiplin, tak mahu ambil komitmen dan tanggungjawab, hidup serah pada nasib dan terlalu selesa di zon selesa sehingga dah tak boleh bergerak dimana jika ada pergerakkan, ianya p**a dianggap tidak selesa.
Rumusan nya adalah selain takdir dan ketentuan Allah , semua penyebab yang terkumpul ini akan menjadi sekatan dan halangan pada minda dan sistem kepercayaan anda. Ini lah diantara segala punca yang akan mensabotaj diri anda tanpa sedar supaya anda tidak jadi seperti apa yang anda mahu jadi. Fikiranmu Adalah Takdirmu.
Di Dr Ibrahim Training & Consultancy DITAC Kami Bertekad Membantu Anda Keluar Dari Masalah Dan Belenggu Diri Yang Menghantui Anda Selama Ini. Kami Akan Membantu Anda Bangkit Dan Beroleh Kekuatan Kembali. Kami Akan Membimbing Dan Berkongsi Ilmu Bagaimana Membuat Anda Berjaya Dengan Membetulkan Kompas Hidup Anda. Kami Juga Akan Mengambil Pendekatan Holistik Dengan Membuat Penjajaran Dan Penyelarasan Kembali Kepada Seluruh sistem minda,jiwa,tubuh dan semangat anda. Kembalikan kuasa keatas diri anda.
Bukan Itu Saja, Kami Akan Meningkatkan Nilai Intelektual Nilai Profesional Termasuk Cangkupan Dan Garapan Ilmu IQ,EQ dan SQ. Kami Mahu Anda Mencapai Kemuncak Potensi Diri Anda Meraih Kejayaan, Kekayaan Dan Impian Yang Anda Miliki Selama Ini. Datanglah Kepada Kami Ceritakan Impian Anda Dan Kami Akan Tukarkan Segala Impian Anda Itu Menjadi Kenyataan , in sya allah.
Di Dr Ibrahim Training & Consultancy DITAC Kami Percaya Setiap Insan Punyai Hak Untuk Berjaya! Selama Ini Anda Bukan Tidak Berusaha Dan Tidak Boleh Berjaya, Cuma Anda Tidak Berada Ditempat Yang Tepat Berada Di Circle Yang Tepat Bersama Guru Yang Tepat. Guru Yang Mahu Membantu Anda Hingga Berjaya Dan Guru Yang S**a Lihat Anda Berjaya!
Alhamdulillah Dengan Izin Allah 25 Tahun Pengalaman Kami Didalam Bidang Pembangunan Insan Telah Membantu Melahirkan Ramai Insan - Insan Yang Berjaya Dan Kaya.-Raya. Yang Jatuh Bangun Semula, Yang Sakit Sihat Semula, Yang Dikata Hudoh Kini Cantik P**a, Yang Hina Mulia Semula, Yang Miskin Kaya Semula, Yang Kaya Bertambah Kaya, Yang Dulu Nobody Kini Menjadi Somebody.
Segalanya Bergantung Kepada Kemahuan Dan Motivasi Diri, Kesedaran Juga Penting Kerana Tanpa Kesedaran Anda Tidak Akan Mengambil Tindakan. Diri Seharus Nya Tahu Adakah Masa Nya Sudah Tiba Untuk Anda Mengubah Hidup, Masa Untuk Anda Kembali Belajar Menggali Ilmu Yang Tepat Dengan Berguru Dengan Guru Yang Tepat.
Hulurkan tangan anda, Saya dan Team DITAC CONSULTANT dengan berlapang dada penuh semangat yang tinggi sedia menyambut dan menarik tangan anda keatas agar kita semua sama-sama bangkit, maju ke depan agar kembali menjadi sukses, kaya dan berjaya! In sya allah.
"Ilmu adalah kehidupan bagi fikiran". – Abu Bakar RA/ Sahabat Nabi, Khalifah Pertama.
Dato’ Seri Prof.Dr Karl Ibrahim
Founder
Dr Ibrahim Training & Consultancy
DITAC - Your Gateway To Success!