Eyeris Agriculture Goat Farm

Eyeris Agriculture Goat Farm Eyeris Agriculture Goat Farm 100% milikan bumiputra. Kami mengeluarkan segala produk berasakan kambing baka jamnapari.

 Salah satu objektif utama bagi penternak tenusu dan pedaging adalah untuk memberikan diet makanan yang efektif agar dap...
09/12/2018


Salah satu objektif utama bagi penternak tenusu dan pedaging adalah untuk memberikan diet makanan yang efektif agar dapat menghasilkan susu dan daging yang berkualiti.

Peningkatan proses pencernaan pemakanan terhadap ruminan membolehkan ternakan tenusu dan pendaging menyerap lebih nutrien dan secara langsung dapat menghasilkan susu dan daging yang berkualiti.

Tetapi, pada masa sekarang terdapat kandang di mana ratio pemakanan yang diberikan kepada ternakan adalah sebenarnya memberikan kesan negatif terhadap ternakan ruminan tersebut.

Pemprosesan TMR dengan ukuran yang kurang atau berlebihan (saiz potongan) terbukti menjejaskan fungsi rumen dan juga penghasilan air liur di mana ia akan turut menjejaskan penyerapan nutrient semasa proses pencernaan. Ini secara langsung akan menurunkan kualiti kesihatan ternakan tersebut.

●Pemprosesan TMR yang berlebihan menghasilkan partikel kecik yang mempunyai fiber yang pendek dalam rumen yang menyebabkan kontraksi perlahan. Pada masa yang sama, mikrob akan menghasilkan banyak asid yang akan menyebabkan Acidosis serta kerosakan terhadap dinding rumen dan seterusnya menurunkan tahap kesihatan ruminan.
●Pemprosesan TMR yang kurang menghasilkan partikel panjang yang mempunyai partikel yang besar dalam rumen. Ini menyebabkan tenaga berlebihan diperlukan untuk mencernakan makanan serta penyerapan nutrisi yang perlahan disebabkan oleh laluan pemakanan yang perlahan.

Controlling Passage of Feed:
Makanan perlu berada di dalam rumen untuk jangkamasa yang betul untuk dicerna dengan sempurna.
Sekiranya laluan pemakanan tersebut terlalu cepat, proses pencernaan akan berkurangan dan sekiranya ia terlalu perlahan, maka pengambilan nutrisi p**a akan berkurangan. Campuran pemakanan yang betul adalah amat penting bagi mencapai keseimbangan diantara pencernaan dan ‘passage’.

To be continued ....

Kredit to kasem hasan

Www.wasap.my/+60103752118 Ilmu Lengkap Bab Aqiqah===================AKIKAH / AQIQAH ialah penyembelihan haiwan ternakan ...
13/08/2018

Www.wasap.my/+60103752118

Ilmu Lengkap Bab Aqiqah
===================

AKIKAH / AQIQAH ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah.

"Setiap anak yang lahir itu terpelihara / tergadai dengan aqiqah yang disembelih untuknya pada hari ketujuh selepas kelahirannya, dicukur rambutnya dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

HUKUM AQIQAH

Hukum aqiqah itu adalah Sunat Muakkad (Sunat yang dituntut) kecuali dinazarkan hukumnya menjadi wajib.

Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.

Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda diangkat menjadi Rasul.

Aqiqah untuk anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Tirmuzi).

Daripada Ibnu Abbas r.a. p**a menyatakan. bahawa Rasullullah menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Niat penyembelihan aqiqah: "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala."

Daging aqiqah sunat dimasak dengan masakan yang manis dan disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu.

Unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah.

Orang kafir tidak boleh diberi makan daging korban dan daging aqiqah.

Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban atau aqiqah orang NAZAR, haram dimakan atau diambil oleh orang yang bernazar tersebut.

Sumber : Nurul Hafizah Abdullah

*KAEDAH MENYIMPAN DAGING KORBAN YG BETUL**Agar tetap terjaga kualitinya*1. *JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN*S...
09/08/2018

*KAEDAH MENYIMPAN DAGING KORBAN YG BETUL*
*Agar tetap terjaga kualitinya*

1. *JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN*
Sebelum disimpan, daging korban *jangan dicuci*. Jika dicuci guna air paip, kuman2 boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apb daging berkenaan hendak dimasak pd keesokan harinya.

2. *JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YG BANYAK KE DALAM FREZER*
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yg betul ialah dgn memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam *plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg*. Jika hendak masak, ambil satu plastik yg kecil sahaja, biarkan yg lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 thn.

3. *JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER.*
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama *4-5 jam*. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.

4. *JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DGN MENGUNAKAN AIR PANAS*
Jika hendak memasak daging beku, *jangan* mencairkan ais dlm daging atau daging yg beku menggunakan air panas. Cara yg betul adalah meletakkan daging beku tsb di bawah *air paip suhu normal* (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia utk dimasak.

5. *Tips tambahan*
Jangan memakai plastik warna hitam krn plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser . Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal....!!!

Baarakallah
Semoga memberi manfaat
Kredit kepada Chef Mawi
Art Of Butchery Inovasi Evolusi
BUTCHERY TRADING & CONSULTANCY
Butchery Gear and Proper Equipments

Www.wasap.my/+60103752118Pakej Aqiqah kari/kurma/sup+nasi utk 100 org+jelatah+air oren+pinggan dan cawan polistrin
29/07/2018

Www.wasap.my/+60103752118
Pakej Aqiqah kari/kurma/sup
+nasi utk 100 org
+jelatah
+air oren
+pinggan dan cawan polistrin

Alhamdulillah...ada sahabat datang berziarah ke kandang berbual2 dengan saya berkenaan konsep breeding kambing dan bebir...
09/04/2018

Alhamdulillah...ada sahabat datang berziarah ke kandang berbual2 dengan saya berkenaan konsep breeding kambing dan bebiri... Isu yang agak menarik dalam perbualan kami bila dia tanya kpd saya....

1- " macamana saya nak pilih penjantan bagi satu2 baka yang sesuai untuk di buat pembenih..."

Pandangan saya: mula saya akan tentukan dulu hala tuju yg saya pilih untuk menternak, lepas tu saya akan pilih baka yang saya sangat minat, pilih body score idaman, dan cari penjantan yang libido tinggi, dan rekod hasilnya yang baik...

2- " penjantan mana yang baik untuk saya guna sebagai pembaka, import atau tempatan...? "

Pandangan saya: jika ada pilihan...penjantan dari peranakan tempatanlah yang saya utamakan untuk di jadikan pembaka...
*induk dia kita dapat tengok...
*umur ternakan tersebut kita boleh pastikan...
*berat ideal kita boleh tahu...
*yang paling syok x payah minta send gambar atau video....boleh tengok dan belek secara life...nak beli mahal2 dan nak pakai lama x kan nak main percaya pada gambar dan video jer...tengok depan mata pun boleh silap tengok...nikan p**ak benda xde depan mata...
Tapi kalau xde pilihan (last choice) ambik la yang penjantan import yg full speck...ikut mata jela...hasilnya....nasib...kalau die kong sebelum sempat membiak...redho jelah...

3- " camana kalau orang minta ternakan baka yg ada sijil..."

Hehehe...suruh die balik jelah...kalau die nak balah...biarkan die menang jelah...hahaha...biasanya ape benda sekalipun yg berkualiti tu...lepas terbukti kualitinya...baru orang iktiraf dan bagi sijil...bukan dapat sijil baru nak iktiraf...kalau camtu mahal kat beli sijil jelah...hasilnya pasti cacamarba... entahlah...bab ni memang saya geli hati...hahahaha...

Inilah sedikit hasil dari bual2 kosong kami...kalau rase ada yg x kenan...x yah lah kecam...ini sekadar perbualan penternak kampung cam kami...hihihi

So...nak menternak kene bijak...jangan suke banyak dengo cerita orang sangat...nanti poket kosong...hasil xde...diri juga yang merane...

Bila ada sikit...buat cara ada sikit...kalau ada lebih x salah sesekali nak merasa...hargailah usaha anda sendiri...biarpun xde orang lain yg lihat...tapi yg manis tu adalah dari usaha titik peluh sendiri...all the best sahabat...yg baik tu datang dr allah s.w.t...yg kurang tu adalah kelemahan diri saya sendiri...

TENTANG KUNYAHAN RUMINANPernahkah anda perhatikan berapa jumlah kunyahan yang kambing lakukan akan rumput atau foraj yan...
22/01/2018

TENTANG KUNYAHAN RUMINAN

Pernahkah anda perhatikan berapa jumlah kunyahan yang kambing lakukan akan rumput atau foraj yang di konsumsi nya?

Mengapa kunyahan sangat penting untuk pastikan kambing mendapat nilai nutrien maksima?

Sebagai ruminan, kunyahan adalah prima. Bahan makanan yang tiada perlu dikunyah seperti hampas soya dan lain lain tidak menjamin kesihatan kerana ia tidak memebuhi sifat tabi atau fitrah kejadian kambing.

Untuk keseluruhan makanan yang dikonsumsi, kambing memerlukan 4 jam sebelum ia terproses dan di extrak segala gizi yang terdapat pada bahan baku makanan itu.

Kunyahan akan menghasilkan enzim enzim yang diperlukan dan bekalan enzim yang cukup mampu menjadi perisai kesihatan ruminan.

Apakah bahan makanan yang perlu kunyahan? Ia samada foraj segar, silaj atau fermentasi rumputan dan rumput kering seperti hay.

Berapa kalikah jumlah kunyahan yang perlu dilakukan oleh seekor kambing bagi jumlah 10 persen makanan dari berat badannya? Andaikan berat kambing ialah 20 kg maka ia perlu mengunyah sejumlah 2 kg makanan sehari.

Anggaran nya ialah 800-1000 kunyahan sebelum proses di dalam omasum dan obamasum melengkap. Kambing atau ruminan punya 4 perut ia itu rumen, omasum, obamasum dan recticulum.

Kambing yang melakukan kunyahan lengkap tidak akan terkena penyakit seperti kembung dan lain lain radang berkaitan penghadhaman.

Kambing yang diberikan bahan makanan yang sedia lembut dan tidak berserat biasanya akan mengalami fenomena kembung, cirit birit dan berlemak.

Kambing yang diberikan rumput bercampur atau yang meragut biasanya dapat memenuhi keperluan 40 herba yang lengkap dalam tempuh kehidupannya.

Tahukah anda berapa p**a jumlah kunyahan yang ideal oleh manusia bagi makanan yang di suapnya ke mulut? Mengikut sunah nabi, ia berjumlah melebihi 30 kunyahan.

Maka jarang sekali manusia melakukan kunyahan hingga 30 kali apatah lagi jika makan dengan sambal belacan yang pedas. Maka itu manusia sentiasa gelojoh dan kesannya ialah sistem gestasi yang terpaksa bekerja keras menghadham makanan.

Rupa rupanya, kambing lebih santun dari manusia dalam bab kunyah.

www.wasap.my/60103752118TAHUKAH ANDA? Susu kambing  dalam paket di pasaran 99% bukannya susu kambing asli (SKA) 100%. Ad...
16/11/2017

www.wasap.my/60103752118

TAHUKAH ANDA? Susu kambing dalam paket di pasaran 99% bukannya susu kambing asli (SKA) 100%. Ada susu paket, hanya mengandungi 6-7% tepung susu kambing sahaja. Selebihnya adalah tepung, krimer dan whey protein.

SKA mengandungi lebih kurang 12% bahan kering. SKA berharga RM15/kg (borong tempatan). Dengan 12% bahan kering, kita boleh dapat 120 gram tepung daripada sekilo SKA. Jadi kos 120 gram tepung SKA adalah RM15.00/kg (tak termasuk kos pengeringan).

Sepaket susu kambing di pasaran beratnya dalam 22gram. Jika ianya 100% SKA, makanya kos sepaket adalah RM2.75, minimum (tidak termasuk kos lain seperti pembungkusan). Tapi susu kambing yang tuan puan beli di pasaraya atau minum di kedai tu, berapa RM sepaket? Kalau minum di kedai, secawan hanya RM2.00-2.50. Nampak ke nampak?

Persoalannya, kenapa ianya murah? Kebiasaannya, jika murah, ianya telah dicampur dengan bahan lain bagi mengurangkan kos. Tak begitu tuan puan? Setuju dengan saya?

Memang tak dinafikan, SKA segar harganya agak mahal. Tapi percayalah, kos bagi menghasilkan SKA segar itu juga tinggi, antaranya:

1. Baka kambing tesusu seperti Saanen, Anglo Nubian harganya mencecah ribuan ringgit seekor.
2. Pemakanan kambing tesusu melibatkan ramuan bahan khusus, yang mana terdiri daripada kekacang, dedak khusus. Harganya jauh lebih mahal dari dedak kambing pedaging. Ini supaya penghasilan SKA dapat dioptimumkan.
3. Kurangnya penawaran akibat kurangnya penternak, kerana penternakan kambing tenusu melibatkan kos modal dan kos operasi yang tinggi.
4. Kambing tenusu hanya dapat menghasilkan SKA purata 3-4 liter sehari berbanding lembu tenusu yang boleh mencecah 20 liter sehari.
5. Khasiat SKA juga lebih baik jika dibandingan dengan susu lembu asli.

Jika tuan puan ingin mengamalkan pemakanan sunnah dengan meminum SKA, belilah terus daripada penternak tempatan kita. Selain anda mendapat 100% khasiat daripada SKA, tuan puan juga dapat membantu para penternak kambing tenusu tempatan. Jika ingin berubat, carilah SKA tempatan, dan sebolehnya elakkan susu kambing paket.

Jom ke Pasar Tani Putrajaya!!!Jualan di Pasar Tani, cabaran seakan program Apprentice Donal Trump. Peserta2 program Inku...
16/11/2017

Jom ke Pasar Tani Putrajaya!!!

Jualan di Pasar Tani, cabaran seakan program Apprentice Donal Trump. Peserta2 program Inkubator Gegar GTR 2.0 akan turun ke Pasar Tani Putrajaya pada 17.11.2017 (Jumaat). JUALAN GEGAR dan bersama Mysuara.

Pada sesiapa yg nak cari susu Kambing, Kefir dan Kambing Perap boleh lah ke Pasar Tani Putrajaya dan jumpa peserta program yg menjual produk Goat2Go Farm - MAEPS2go farm.

Jumpa kami di sana.

www.wasap.my/60103752118


.0

Pertama dlm Malaysia. Menu special utk weekend je. Pengalaman  KENIKMATAN BBQ  dengan cara  masak SENDIRI . Makan bersam...
16/11/2017

Pertama dlm Malaysia.
Menu special utk weekend je.
Pengalaman KENIKMATAN BBQ dengan cara masak SENDIRI . Makan bersama keluarga SENDIRI.

HARGA PROMOSI
TERBAIK DARI LADANG :

🅰Set G2G B (RM 150 ➡ 4 orang makan)
🅱Set Nasi Ambeng + KARI KEPALA KAMBING BRO..!! ( RM100 ➡ 4-5 orang makan)

Antara menu² Gegar utk WEEKEND shj

+Set G2G B (RM 150 ➡ 4 orang makan)
1⃣Marined Lamb Cutlet 1kg
2⃣Mushroom Soup
3⃣Garlic Bread
4⃣Black Paper Sauce
5⃣Spagetti
6⃣Cold Drink (Orange or Ice Lemon Tea)
7⃣Fruit (Orange,Apple or Dragon Fruit)

+Set Nasi Ambeng + KARI KEPALA KAMBING BRO..!! ( RM100 ➡ 4-5 orang makan)
FREE : Cold Drink (Orange or Sirap)

.0
bawa keluarga bersama.
Utk tempahan
www.wasap.my/6010375 2118

SOP PEMBIAKAN - HIMPUNAN SEMULA ARTIKEL Siri pemikiran Industri. Oleh Pak Faisal KS CONDITIONING1. Sebelum di panjat - i...
30/10/2017

SOP PEMBIAKAN - HIMPUNAN SEMULA ARTIKEL Siri pemikiran Industri. Oleh Pak Faisal KS


CONDITIONING
1. Sebelum di panjat - induk di conditioning - ubat cacing,/ubat kurap, B 12, antibiotik dan mmakanan daun daun herba.

2. Pejantan Unggul juga di sediakan tip top.

3. Panjatan - Induk bila sudah goyang ekor, air meleleh atau biang di beri kan pejantan yang sudah siap sedia. Tahan hingga induk biang 24 jam (waktu optimum)

4. Pejantan masuk dan panjat tanpa masalah kerana induk juga sudah 24 menunggu. Biarkan Pejantan panjat dan TAP hingga 3 atau 4 kali dalam masa 2 jam. (pejantan wajib tahap gi**lo) atau selepas TAP beri minum air molas untuk tenaga.

5. Jika induk kencing selepas kena henjut maka itu tanda sudah masuk sperma. Biarkan dia kena henjut sampai 3 kali TAPs. (Tapping ialah keadaaan di mana jantan jerk dan pancut). Kemungkinan kembar adalah tinggi.

BUNTING.
Semasa bunting awal induk perlu di beri makan hijauan / silaj 10 persen dari berat badan serta tambahan konsentrat anggaran 300 hinga 600 gram bergantung jenis konsentrat.

Jika terlihat tanda tanda ia bunting kembar, tambahan konsentrat adalah perlu lebih sedikit.

Suntikan sesuai semasa bunting ialah B9, B10 atau ADE. Urut umbing susu menjelang 2 minggu kelahiran supaya susu tidak mengeras dan basi, perah keluar, urut susu dengan air suam.

KELAHIRAN.
Menjelang 5 hari kelahiran atau pada hari ke 147, suntikan Oxytocine sangat penting supaya rahim mula kembang dan kelahiran menjadi mudah tanpa bantuan.

Sebaik ibu sudah melahirkan dan uri keluar, injek dengan penahan sakit atau anti strees. Injek antibiotik, dan vitamin B6 untuk kembalian tenaga.

Bersihkan umbing susu dan bersedia untuk suakan mulut cempe untuk menghisap kolustrum pertama.

Pastikan ibu dapat makanan yang mampu memangkin susu untuk anaknya. Suntikan B12 bersama kalsium dan iron sepeti Ferradine di galakkan.

ANAK / CEMPE.
Bersihkan cempe dari lendir terutama bahagian mulut dan muka. Letak berhampiran ibu supaya ibu dapat menjilat anaknya kering. Anak sudah sedia untuk menghisap susu. Jika ibu kurang mesra, suakan mulut anak. Ada juga yang perlu diputing botolkan.

Titiskan mamimune di mulut anak. Usia 1 minggu suntik anak dengan iron spt ferriade. Anak cepat membesar dan tulang kuat.

Pada usia 3 bulan anak sudah boleh diputuskan susu bila dia sudah pandai makan bahan lembut seperti soya hull lembut dll daun lembut.

Begitulah seterusnya pusingan akan datang.

AMALAN BAIK INDUK BUNTING.
Campurkan ibu yang bunting pertama dengan ibu berpengalaman. Mereka akan mempelajari induk senior bagaimana menjaga anak.

Sekian.

Kump**an semula nota  perlatihan MYBIOSTARSiri Pemikiran Industri.Pestisida Alami untuk semburan lantai kandang, kawalan...
18/10/2017

Kump**an semula nota perlatihan MYBIOSTAR

Siri Pemikiran Industri.

Pestisida Alami untuk semburan lantai kandang, kawalan hama, fungus dll

Bahan-bahan:

1. Serai, akar seruntun, hempedu bumi, daun jambu, daun durian belanda, daun limau purut, halia, bawang putih, lada hitam, sirih, kadok dan lain lain daun herba yang kelat dan pahit.

1 liter cuka makan, 1 liter molasis dan 1 liter Mybiostar.

Peralatan : Tong peraman kedap udara 50 liter.

Cara : Bahan herba di cacah. Campuran cacahan bahan herba ialah 1/4 isi tong. (anggaran 10 kg). Masuk ke dalam tong. Isikan air bersih memenuhi 3/4 tong. Masukkan 1 liter Mybiostar, cuka makan dan molasis dan di pusing atau godok hingga merata. Tambah air bersih hingga hampir memenuhi tong dan godok (berikan sedikitt ruang)

Tutup Tong dengan kemas dan kedap udara, letak di tempat teduh. Buka setiap hari untuk membuang gas dan godok pusingan jam, tutup semula. Proses ini berlaku selama 1 minggu.

Tapis dan simpan di dalam wadah lain. Jika mahu biarkan terus terperam dan ambil sebahagian untuk keperluan semprotan kandang.

Setiap liter FERTOH (fermentasi tanaman obat/herba) perlu di campur 10 liter air bersih tanpa klorin sebelum digunakan untuk semprotan.

Dengan modal anggaran RM50 anda kini sudah ada 40 liter Pestisida Alami yang sesuai diguna untuk mengawal hama dan bakteri pathogen kandang dan sangat kuat untuk digunakan pada tanaman mengawal kulat fusarium seperti pisang dan jagung. Spray pada perdu napier juga amat bagus,

Selamat berusaha, selamat berjimat dengan Teknoloji Alami Mybiostar. DARI PETANI KEPADA PETANI DARI PENTERNAK KEPADA PENTERNAK.

Address

Parit 3/6R Labu Kubung
Kampong Chenderong Balai
36600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eyeris Agriculture Goat Farm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share