12/02/2024
Buat ni kalau nak tahu target market.
Teknik paling mudah dan berkesan.
1. Kenal pasti customer yang sentiasa repeat order. Tulis.
2. Kenal pasti customer yang selalu bawa new customer. Tulis.
3. Senaraikan umur, pekerjaan, status perkahwinan, kawasan, lifestyle dan apa-apa saja berkenaan customer ni. Kalau takde maklumat ni, senaraikan yang mana ada saja. Dan senaraikan dari pemerhatian.
4. Dah senaraikan, cari persamaan antara mereka. Tulis dekat kertas lain.
5. Kemudian, cipta customer avatar. Bila anda rujuk ini, anda akan ada customer avatar yang solid orang kata. Ha gituu.
6. Kemudian, susun content yang memanggil golongan ini di media sosial dan di website.
Tapi jangan expect terus dapat rentak bila sekali buat content di media sosial.
Mungkin audiens sekarang tidak tepat. Sebab sebelum ni dah campur semua jenia content kan? Takpe. Ada banyak sebab lain.
Buat je dulu dan konsisten.