08/02/2024
KISAH GSA & GCA
Ada kenalan saya buat perbandingan apa yang boleh dapat kalau beli emas RM300 sebulan. Dia nak bandingkan antara GSA dan GCA. Caranya:
1. Beli GSA setiap hari sebanyak RM10 selama 30 hari. Total RM300.00 sebulan
2. Buat GCA sebanyak RM2000.00 . Dapat balik tunai 85% iaitu RM1700.00. Ni sama dengan nilai modal RM300 di atas.
Kaedah GSA dia dapat dalam 0.9 gram
Kaedah GCA dia dapat dalam 6.2 gram
Purata harga emas masa belian adalah RM300/g.
Jadinya mana yg lebih untung?
Baik. Ambil contoh harga emas naik 100% dalam masa 6 tahun.(Ini berdasarkan rekod lepas). Dari RM300/g ke RM600/g
1. Jual 0.9 g GSA dia dapat RM540.00
2. Jual 6 1 g GCA dia dapat:
2.1 Nilai emas semasa = 6.1 X RM600 = RM3660.00
2.2 Management fee = RM1700 X 3.5%X 6 tahun = RM357.00
2.3 Net Cash Out atau tunai yang dia dapat = RM3660-RM1700-RM357= RM1603.00
So terp**anglah, modal sama RM300 tapi selepas 6 tahun nak dapat tunai RM540 atau RM1603?
Kepada rakan2 di luar QM. GSA itu lebih kurang sama macam GAP atau 'Uncang' atau 'Emas BSKL' atau produk emas di bank2 dsb nya.
GCA memang tak boleh nak buat perbandingan kerana belum ada produk seumpamanya di pasaran. Paling kuat orang bandingkan dengan gadaian/arrahnu walaupun masih tak sama.
Semoga dapat sesuatu.
Kredit to : Tuan Roslan Abd Hamid