Travel Bajet

Travel Bajet pelancungan percuma

01/02/2023

KEK MAJERIN 4 BAHAN

Bahan-bahan:
1 cawan 1/2 majerin( cawan tu tak kisah cawan ape janji sama je s**atan pakai cawan yang sama)

1 cawan gula kastor tapi taknak manis kurangkan sket ye

2 cawan tepung naik sendiri kalau takde,guna tepung gandum plus 1 sk baking powder,kalau kukus tambah 1sk soda bikarbonat.

4 biji telur
esen vanila( optional tak letak pun wangi bau majerin)

Cara:
Masukkan majerin,gula,dan esen ke dalam bekas.

Kene ade garpu atau senduk atau whisk ape2 yang korang ade.Sengetkan bekas tu baru whisk kan.

ok nampak dari kuning die jadi warne krim makne nye cun dah tak lama pun 5-10 minit je.

Masukkan tepung,gaul rata.

Telur pecah dalam bekas lain,whisk je sampai berbuih sket.

Ok campurkan dalam adunan kek tadi dan sebatikan.

Masuk loyang.Yang cantik guna loyang 7x7 kalau macam mak 8 die nipis sket.Sebab suke garing2 😂panaskan oven sekejap dan bakar suhu 160-170 masa 50 minit atau ikut oven masing2
kalau kukus 40 minit ya.

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA'ALA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD🥰

Kredit : Azlina Ina

01/02/2023

Apam Tapai Nasi-

2 cwn tepung beras ( cap bunga teratai )
1 cwn gula pasir ( saya letak 3/4 cwn )
1 cwn tapai nasi
2 cwn air
1 pkt eno ( kaler biru )
Acuan kecil sapu minyak
Cara2 buat-
Satukan semua bahan2,blend sampai halus dan sebati kemudian tapis
Perap dalam bekas bertutup,selama 4-5 jam
Selepas perap,masukkan eno,kacau sebati
Tuang adunan dalam acuan kecil
Kukus selama 15 minit,api sederhana
Pastikan air kukusan betul2 mendidih
Balut penutup kukusan dengan tuala bersih
Cara Buat Tapai Nasi-
3 cwn nasi sejuk
1 ketul ragi
Sediakan tupperware,masukkan nasi sejuk,lerai2kan nasi tu,kemudian sagat ragi atas permukaan nasi sampai habis
Kemudian gaul merata ragi tadi pada nasi,tutup,balut dengan kain dan simpan selama 3-4 hari di tempat yang gelap dan tidak terkena cahaya matahari
Guna sudu plastik semasa menggaul ragi pada nasi
Jika s**a apam warna wani,boleh letak pewarna dalam aduna
Sumber : Nawar Azhar

01/02/2023
30/01/2023
30/01/2023

RESEPI KUIH BINGKA UBI
Bahan-Bahan :

4 cawan ubi parut (ubi kayu anggaran 2 kg)
1 cawan gula pasir
2 telur
1/2 sudu garam
1 1/2 cawan santan pekat ( jgn cair nanti adunan lembik )
2 sudu besar minyak- untuk campur dalam adunan
2 sudu besar minyak- untuk sapu pada loyang
sedikit mentega/butter – untuk tabur atas kuih sebelum di bakar
beberapa titik pewarna kuning
Cara Membuat :

1. Blend ubi bersama air dan tapiskan, air tapisan boleh di gunakan utk mengisar ubi yg lain. Air tapisan di buang dan ambil sagu ubi kayu yg berada dibekas selepas air dibuang ( Kalau ubi dah parut terus s**at 4 cawan ubi)

2. Campurkan sagu ubi ubi kayu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.

3. Masukkan telur, gula, garam, dan beberapa titik pewarna kuning.

4. Kacau dan tuang santan sedikit-sedikit sampai adunan menjadi sebati

5. Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah

6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci.

7. Sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan.

8. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam, bergantung pada tahap kerak yang anda s**a....bergantung kepada oven

9. Potong bila dah sejuk.

Kredit : mohd shah

30/01/2023
30/01/2023

RESEPI ROTI CANAI

Bahan-bahan :
1/2 kg tpg gandum
1 sudu bsr minyak msk
2 sudu bsr susu pekat
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 cwn air -ni anggaran..tuang sedikit2 sambil uli hingga mnjadi doh

Cara cara :
1.Satukan susu,telur,garam dan air-kacau sampai larut
2.Masukkan tpg dan minyk dlm bekas.kemudian tuang bancuhan susu tadi sambil uli hingga menjadi doh yg licin dan lembut
3.Buat bulat2 anggaran 75g-80g setiap bola
4.sapu setiap bola dgn marjerin dan letak dlm bekas.tuang sedikit minyak msk.perap adunan 6-7 jam @ semalaman..bagi yg tk sabar mcm sis perap 4 jam pn dh bleh tebar..
5.goreng & siap..

Credit : Rahmah rosmin

30/01/2023

Apam beras resepi

2 cawan nasi blender dgn 3 cawan air
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
1 paket mauripan

Gaul semua bahan dan perap 1 jam..
Bila adunan dh naik boleh letak dlm acuan lompang dh kukus 10 minit..
Kalau nk pakai loyang pun boleh.. kukus dalam 1/2 jam atau 45 minit...

Selamat mencuba.

30/01/2023

Resepi tepung talam😍😍

lapisan atas:
3 cwn santan
2 cwn tepung beras
sedikit garam

lapisan bwh:
½ cwn gula merah
½ cwn gula putih
3 cwn air
1½ cwn tepung gandum*
1 sudu besar tepung ubi*
1 sudu besar air kapur*

caranya:
lapisan bwh:
1. campurkn gula merah, air dan gula putih... kemudian masak sebentar utk larutkn gula dan tapis... sejukkn...
2. satukn bhn² yg bertanda * dan tuang air gula tdi.. kacau sebati dan tapis...
3. tuangkn ke dlm acuan lompang yg telah dioles dgn minyak dan kukus selama 15 minit..biarkn sejuk sedikit baru tuang lapisan atasnya.

lapisan atas:
1. satukn semua bhn dan kacau sebati.. tapiskn..
2. tuangkn keatas lapisan bwh tdi dan kukus selama 15 minit.. siap....😘😘

Kredit Resepi : cahaya setia via mahn

30/01/2023

Resepi Tepung Pelita Moden

100% daun pandan asli.

Bahagian bawah (pandan) :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
10 helai daun pandan
*blend daun pandan bersama air. Tapis.

Mas**an semua bahan dalam kuali.
Kacau bagi semuanya sebati. Baru buka api sederhana. Masak sampai likat dan meletup-letup. Ambil masa juga nak likat tu. Tutup api. Terus mas**an dalam bekas.

Bahagian atas(santan) :
4 sudu besar tepung beras. Rata.
1 kotak santan (250ml) saya guna KARA
2 cawan air
Sedikit garam

Mas**an semua bahan dalam kuali. Kacau sebati Baru buka api. Sentiasa kacau sampai santan pekat dan meletup-letup. Bila dah masak tuang terus atas lapisan hijau. Sejukan. Sedia untuk dinikmati.

*Ada yang tabur gula sedikit atas lapisan hijau. Tp akak tak letak. Terpulang la sapa nak manis boleh letak.

*blh juga letak jagung Manis dalam tin tu yer sebelum tuang adunan hijau. Ikut selera.

Selamat mencuba.

Kredit : Idasuzana mansor

30/01/2023

Resepi Tepung Pelita Moden

100% daun pandan asli.

Bahagian bawah (pandan) :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
10 helai daun pandan
*blend daun pandan bersama air. Tapis.

Mas**an semua bahan dalam kuali.
Kacau bagi semuanya sebati. Baru buka api sederhana. Masak sampai likat dan meletup-letup. Ambil masa juga nak likat tu. Tutup api. Terus mas**an dalam bekas.

Bahagian atas(santan) :
4 sudu besar tepung beras. Rata.
1 kotak santan (250ml) saya guna KARA
2 cawan air
Sedikit garam

Mas**an semua bahan dalam kuali. Kacau sebati Baru buka api. Sentiasa kacau sampai santan pekat dan meletup-letup. Bila dah masak tuang terus atas lapisan hijau. Sejukan. Sedia untuk dinikmati.

*Ada yang tabur gula sedikit atas lapisan hijau. Tp akak tak letak. Terpulang la sapa nak manis boleh letak.

*blh juga letak jagung Manis dalam tin tu yer sebelum tuang adunan hijau. Ikut selera.

Selamat mencuba.

Kredit : Idasuzana mansor

Ootd..2d1n..Ch
29/01/2023

Ootd..2d1n..Ch

Address

Kampong Pokok Sena

Telephone

+601159562995

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Travel Bajet posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share