Jebak burung kelantan

Jebak burung kelantan > "Kaki burung ๐Ÿฆ | Kelate style | Hobi jebak & kicau"

26/01/2026

TAYAMMUM JENAZAH MATI TERBAKAR

SOALAN :

Jika mayat terbakar hangus tidak boleh dimandikan dengan air sebab akan jadi tercabut dagingnya bagaimana hendak dilakukan?

JAWAPAN :

Wajib mandikan mayat orang Islam melainkan mayat itu uzur tidak boleh kena air.

Maka jika keadaan mayat itu uzur seperti terbakar yang kalau dimandikan dengan air akan tercabut kulit atau dagingnya maka hendaklah ditayammumkan sahaja mayat itu tidak wajib lagi memandikannya.

Telah berkata Syeikh Nawawi Al-Bantani :

ุฃุญุฏู‡ุง ุบุณู„ู‡ ุฃูŠ ุฃูˆ ุจุฏู„ู‡ ูˆู‡ูˆ ุงู„ุชูŠู…ู… ูƒู…ุง ู„ูˆ ุฃุญุฑู‚ ุจุงู„ู†ุงุฑ ูˆูƒุงู† ุจุญูŠุซ ุบุณู„ ุชู‡ุฑู‰ ูˆูƒู…ุง ู„ู… ูŠูˆุฌุฏ ุฅู„ุง ุฃุฌู†ุจูŠ ููŠ ุงู„ู…ุฑุฃุฉ ุฃูˆ ุฃุฌู†ุจูŠุฉ ููŠ ุงู„ุฑุฌู„ ูุชูŠู…ู… ุงู„ู…ูŠุช ููŠู‡ู…ุง ุจุญุงุฆู„

Artinya : โ€œKewajipan yang pertama ialah memandikannya atau gantinya yaitu tayammum sepertimana kalau mayat yang terbakar dengan api sekira-kira kalau dimandikan mayat tersebut akan hancur. Dan sepertimana jika tidak ada orang yang memandikannya mayat seorang perempuan melainkan lelaki yang ajnabi atau mayat lelaki dan yang ada hanya perempuan bukan mahramnya maka ditayammumkan mayat itu pada kedua keadaan tadi dengan tangan berlapik.โ€ (Kitab Kasyaifah As-Saja)

Maksudnya jika mayat terbakar tidak boleh dimandikan dengan air maka wajib ditayammumkannya sebagai ganti daripada mandi dan begitu juga jika tidak ada yang memandikan mayat seorang perempuan melainkan lelaki yang bukan mahramnya atau sebaliknya maka ditayammumkan mayat itu.

wallahuaโ€™lam
ustaz azhar idrus

26/01/2026

YATIM PADA HAIWAN

SOALAN :

Anak yatim itu sebenarnya yang mati bapa atau mati emaknya?
Kalau pada dunia haiwan ada atau tidak istilah anak yatim?

JAWAPAN :

Arti anak yatim ialah kanak-kanak yang telah mati bapanya dan jika yang mati itu ialah ibunya maka disebut sebagai โ€˜ajiy manakala yang mati kedua ibu bapanya disebut lathim.

Berkata Imam Ibnu Al-Manzur :

ู‚ุงู„ ุงุจู† ุจุฑูŠ: ุงู„ูŠูŽุชูŠู…ู ุงู„ุฐูŠ ูŠู…ูˆุช ุฃูŽุจูˆู‡ุŒ ูˆุงู„ุนูŽุฌููŠู‘ู ุงู„ุฐูŠ ุชู…ูˆุช ุฃูู…ู‡ุŒ ูˆุงู„ู„ู‘ูŽุทูŠู… ุงู„ุฐูŠ ูŠู…ูˆุชู ุฃูŽุจูŽูˆุงู‡

Artinya : โ€œTelah berkata Ibnu Barri : Yatim ialah yang mati bapanya dan Al-โ€˜Ajiy itu yang mati ibunya dan Al-Lathim itu yang mati kedua ibu bapanya.โ€ (Kitab Lisan Al-Arab)

Manakala haiwan juga disebut juga sebagai yatim tetapi jika yang mati itu ibunya.

Tersebut pada kitab Mukhtar As-Sihah :

ุงู„ูŠูุชู’ู… ููŠ ุงู„ู†ุงุณ ู…ู† ู‚ูุจูŽู„ ุงู„ุฃุจ ูˆููŠ ุงู„ุจู‡ุงุฆู… ู…ู† ู‚ูุจูŽู„ ุงู„ุฃู…

Artinya : โ€œArti yatim pada manusia ialah dari pihak bapanya dan pada binatang ialah dari pihak ibunya.โ€

Maksudnya anak yatim ialah kanak-kanak yang kematian bapanya dan jika dikatakan yatim itu pada haiwan maka maknanya ialah anak haiwan yang kematian ibunya.

Dan berkata sebahagian ulamak yatim pada burung ialah anak burung yang kematian ibu dan bapanya.

Berkata Syeikh Al-Bujairimi :

ูˆูŽุงู„ู’ูŠูŽุชููŠู…ู ูููŠ ุงู„ู’ุจูŽู‡ูŽุงุฆูู…ู ู…ูŽู†ู’ ููŽู‚ูŽุฏูŽ ุฃูู…ู‘ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽูููŠ ุงู„ุทู‘ููŠููˆุฑู ู…ูŽู†ู’ ููŽู‚ูŽุฏูŽ ุฃูŽุจูŽุงู‡ู ูˆูŽุฃูู…ู‘ูŽู‡ู

Artinya : โ€œDan yatim pada segala binatang itu yaitu yang kematian ibunya manakala pada burung p**a ialah yang kematian bapanya dan ibunya.โ€ (Kitab Hasyiah Al-Bujairimi)

wallahuaโ€™lam
ustaz azhar idrus

sgv
26/12/2025

sgv


26/12/2025

Assalamualaikum

duk neggung..mato tak ngatuk lagi
18/10/2025

duk neggung..mato tak ngatuk lagi

siap spray satu butir... ..
15/10/2025

siap spray satu butir...
..

14/10/2025

Jeritan untuk pengikut terbaharu saya! Teruja untuk bersama anda!

kalau sahabat biso..Cuba Teka jebak'' ini untuk burung gapo/APA?
14/10/2025

kalau sahabat biso..Cuba Teka jebak'' ini untuk burung gapo/APA?

14/10/2025
siap pulok sbutir jebok kukur...minat pm sahabat kito..
14/10/2025

siap pulok sbutir jebok kukur...minat pm sahabat kito..

Address

Kampong Rantau Panjang

Telephone

+60162552407

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jebak burung kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share