D’ Mambau Agrofarm

Call Directions

D’ Mambau Agrofarm Menawarkan Perkhidmatan Kambing Akikah/Korban&Kenduri, Kambing Golek, Mini Katering, Susu Kambing As

KOKOK FEST EDISI 2 — LEBIH MERIAH, LEBIH PADU! Festival Ayam Baka Tulin, Keluarga & Komuniti Penternak!Pernah tengok pel...
11/10/2026

KOKOK FEST EDISI 2 — LEBIH MERIAH, LEBIH PADU!

Festival Ayam Baka Tulin, Keluarga & Komuniti Penternak!

Pernah tengok pelbagai jenis ayam baka tulin dalam satu tempat?

Nak cari ayam baka tulin untuk dijadikan induk pembaka? Nak tambah ilmu penternakan? Atau nak bawa anak-anak menikmati aktiviti menarik sambil mengenali dunia ayam?

Inilah masanya! KOKOK FEST EDISI 2 kembali menemui anda!

📅 TARIKH: 12 Disember 2026 (Sabtu)
⏰ MASA: 8.00 pagi – 10.00 malam
📍 LOKASI: Dewan Orang Ramai, Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

APA YANG MENARIK DI KOKOK FEST EDISI 2?

1. Pameran Ayam Baka Tulin
Lihat sendiri pelbagai jenis ayam dengan warna, corak bulu dan ciri baka yang menarik!

2. Jualan Ayam & Telur Berbenih
Peluang mencari ayam induk, anak ayam dan telur berbenih daripada penternak yang mengambil bahagian.

3. Bengkel & Kursus Penternakan
Nak mula menternak tetapi masih kurang ilmu? Inilah peluang untuk menimba pengetahuan tentang teknik penternakan, penyediaan makanan ayam dan pengurusan reban.

4. Pertandingan Ayam Cantik
Saksikan keunikan dan keindahan ayam daripada pelbagai penternak!

5. Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
Bawa anak-anak sertai aktiviti mewarna bertemakan ayam. Belajar sambil bergembira!

6. Pelbagai Jualan & Aktiviti Menarik
Luangkan masa bersama keluarga sambil meneroka dunia penternakan dan produk tempatan.

KENAPA ANDA PERLU DATANG?

Kokok Fest bukan sekadar festival ayam. Kami mahu menghimpunkan penternak, peminat ayam baka tulin, usahawan dan masyarakat dalam satu komuniti yang berkongsi minat serta ilmu.

Kita bukan sekadar memelihara ayam, tetapi turut berusaha memelihara warisan baka, membina peluang ekonomi dan menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.

TANDAKAN KALENDAR ANDA!

Tag rakan yang s**a ayam baka tulin.
Kongsikan kepada komuniti penternak.
Ajak keluarga dan sahabat datang bersama!

KOKOK FEST EDISI 2
12.12.2026 | 📍 Bagan Pinang, Port Dickson

AYAM BAKA TULIN, WARISAN KITA. MASA DEPAN KITA!

Hari ni kita mengetek a.k.a buat maintenance ternakan. Kita timbang anak2, bg vitamin n buat hoof trimming. Pd yg bertan...
30/09/2026

Hari ni kita mengetek a.k.a buat maintenance ternakan.

Kita timbang anak2, bg vitamin n buat hoof trimming.

Pd yg bertanya apa alat sy pakai ikat biri tu, namo eh shearing rack. Boleh cr di pinduoduo. Boleh la pakai cuma dek dorang tak biasa kene tali, tetap meronta. Harga belas ringgit je

05/09/2026

Freshly baked from the oven

28/08/2026

Jom temui kami di Laman Unggas MAHA Maeps


Daripada kandang, masuk ke dalam balang… akhirnya sampai juga atas pinggan. 😁🥚Pada 5 Ogos hari tu aku cuba buat satu lag...
17/08/2026

Daripada kandang, masuk ke dalam balang… akhirnya sampai juga atas pinggan. 😁🥚

Pada 5 Ogos hari tu aku cuba buat satu lagi R&D menggunakan telur itik dari ternakan sendiri — telur masin homemade.

Malam tadi tibalah masa yang paling mendebarkan… masa nak belah telur! 😂

Bila dibelah, nampak putihnya elok, kuningnya cantik dan padat. Cuba satu suapan…

Alhamdulillah, menjadi! Masinnya dah terasa dan memang sedap dimakan dengan nasi panas. Puas hati lain macam bila dapat merasa hasil daripada telur itik yang kita ternak sendiri.

Masih dalam peringkat R&D dan banyak lagi yang boleh diperbaiki. Tapi untuk percubaan kali ini, boleh dikatakan lulus! ✅

Selepas ni bolehlah cuba beberapa tempoh rendaman p**a sampai jumpa tahap masin dan tekstur kuning telur yang paling ngam.

Agak-agak kalau telur masin D’ Mambau masuk pasaran nanti, ada yang nak cuba tak? 😁



14/08/2026

Detik Myra melahirkan anak jantannya 🐐❤️

⏰ 11.15 pagi | 14.08.2026
Anak Pygmy ketiga lahir di ladang kami.

Selamat datang, anak Myra & Abe We!
Alhamdulillah, ibu dan anak selamat 🤲

CORETAN PENTERNAK — MYRA SELAMAT BERANAKHari ini tengah sibuk welding, menyiapkan reban itik baru. Tiba-tiba nampak air ...
14/08/2026

CORETAN PENTERNAK — MYRA SELAMAT BERANAK

Hari ini tengah sibuk welding, menyiapkan reban itik baru.

Tiba-tiba nampak air ketuban Myra dah keluar.

Aku terus lepaskan kambing-kambing lain dari kandang supaya tak ada yang mengganggu dia.

Dalam hati memang berharap semuanya dipermudahkan sebab sebelum ni aku dah siap pesan dengan Myra:

“Kalau nak beranak, biarlah masa aku ada di kebun.

Jangan beranak masa aku tak ada atau tengah sibuk.” 😂

Dia ikut juga pesan tu… cuma dipilihnya waktu aku tengah sibuk welding!

Alhamdulillah, tepat jam 11.15 pagi, 14 Ogos 2026, Myra berjaya melahirkan sendiri seekor anak jantan dengan selamat.

Myra baru masuk ke ladang pada penghujung Mei lalu bersama Abe We. Sejak itu memang kami menantikan hari dia beranak.

Rasanya ini kelahiran kali kedua untuk Myra, tetapi inilah kali pertama dia melahirkan anak di sini.

Sebelum aku balik tadi, anaknya dah berjaya bangun dan mula menyusu dengan ibu.

Lega hati melihat kedua-duanya dalam keadaan baik.

Anak kecil ini merupakan anak Pygmy ketiga yang lahir di ladang kami.

Alhamdulillah, bertambah lagi satu nyawa kecil dalam keluarga D’ Mambau Agrofarm.

Tengah kita sibuk membina rumah baru untuk itik, Myra p**a menghadiahkan penghuni baru untuk kandang kambing.

Begitulah kehidupan seorang penternak—kadang-kadang rezeki datang ketika tangan masih memegang mesin welding. 😊

Selamat datang ke dunia, anak Myra dan Abe We! 🐐





🦆 ORANG INGAT D’ MAMBAU BELA KAMBING DAN BIRI-BIRI JE… 😄Sebenarnya sejak hujung tahun lalu, kami telah mula membangunkan...
13/08/2026

🦆 ORANG INGAT D’ MAMBAU BELA KAMBING DAN BIRI-BIRI JE… 😄

Sebenarnya sejak hujung tahun lalu, kami telah mula membangunkan satu lagi cabang penternakan di bawah D’ Mambau Agrofarm.

Kali ini… projek ternakan itik!

Projek ini bertempat di Kampung Tanjung, Nilai, dengan tumpuan kepada dua baka yang agak unik:

🦆 Indian Runner Duck – terkenal dengan posturnya yang tegak dan aktif.

🦆 Crested Duck atau Itik Jambul – mudah dikenali melalui jambul unik di atas kepalanya.

Kami bermula secara berperingkat sambil belajar, merekod perkembangan, memilih induk dan menguruskan proses pembiakan serta penetasan telur.

Mulai sekarang, kami akan kongsikan lebih banyak cerita mengenai perjalanan projek ini—daripada penjagaan induk, pengeluaran telur, proses inkubasi sehinggalah anak-anak itik membesar.

Kenapa kami pilih dua baka ini?

Nanti kami ceritakan satu persatu. 😊

📍 Ladang Itik – Kampung Tanjung, Nilai

TERNAK DENGAN ILMU • URUS DENGAN AMANAH







Live from Kampung Permatang, Klebang MelakaTurkish Roasted Lamb Unique Juicy Tasty
14/02/2026

Live from Kampung Permatang, Klebang Melaka

Turkish Roasted Lamb
Unique Juicy Tasty


22/12/2025

Address

Kg. Tanjung, Nilai
Kampong Salak Tinggi
71800

Opening Hours

Monday 08:00 - 20:00
Tuesday 08:00 - 20:00
Wednesday 08:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 20:00
Friday 08:00 - 20:00
Saturday 08:00 - 20:00
Sunday 08:00 - 20:00

Telephone

+60126955001

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D’ Mambau Agrofarm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share