12/11/2022
Rata-rata anak muda mengeluh gaji minima rm1500 tidak cukup. Perlu di naikkan ke rm1800 -2000.
Syarikat IKS yang saya coach p**a memberitahu agak sukar untuk membayar gaji minima rm1500 dan menaikkan harga produk untuk mengimbangi kenaikan kos ini.
Maka setiap kenaikan gaji akan dituruti oleh kenaikan harga barang kerana peniaga yang menggaji pekerja perlu mengimbangi kos.
Ini tidak termasuk peniaga 'opportunist' yang menaikkan harga sewenang-wenangnya.
Kadar inflasi meningkat dan bank negara menaikkan kadar pinjaman untuk mengawal inflasi .
Kuasa belian tidak bertambah kerana walaupun gaji naik, kos sara hidup dan kadar pinjaman juga naik.
Gaji banyak boleh beli barang banyak adalah satu mitos.
Gaji lebih tinggi adalah untuk produktiviti, kecekapan dan daya saying tinggi. Kos jadi lebih rendah dan majikan lebih mampu.