19/04/2022
Assalamualaikum semua, pihak Kwsp dapat mengeluaran simpanan akaun2 anda dalam 10k.
Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengeluarkan sepenuhnya simpanan Akaun 2 menerusi Pengeluaran Khas bermula semalam perlu menunggu lebih lama sebelum layak membuat pengeluaran untuk kegunaan lain seperti perumahan, pendidikan dan kesihatan.
Situasi sama turut membabitkan ahli yang terpaksa mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 bagi menampung jumlah dalam Akaun 2 yang tidak cukup RM10,000 atau menggunakan keseluruhan jumlah Pengeluaran Khas yang dibenarkan daripada Akaun 1.
Menurut KWSP, situasi itu disebabkan ahli perlu menggantikan semula semua jumlah yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas dengan tambahan sebanyak 20 peratus lagi.
Berdasarkan ilustrasi yang dikeluarkan KWSP, pencarum yang mengeluarkan RM10,000, perlu menggantikan sebanyak RM12,000.
Copy by link
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/947403/ahli-kena-tunggu-lebih-lama-buat-pengeluaran-akaun-2