Sahabat Arkeologi USM

Sahabat Arkeologi USM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sahabat Arkeologi USM, Kampong Sungai Gelugor.
(1)

Sahabat Arkeologi USM merupakan inisiatif Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang arkeologi Malaysia dan dunia kepada masyarakat umum.

9 Mei 2026 - Program Kenduri Warisan sempena Majlis Pengisytiharan Warisan Negeri 2026 dimeriahkan dengan pameran arkeol...
09/05/2026

9 Mei 2026 - Program Kenduri Warisan sempena Majlis Pengisytiharan Warisan Negeri 2026 dimeriahkan dengan pameran arkeologi yang menampilkan pelbagai bahan pameran dan aktiviti interaktif kepada pengunjung. Pameran ini melibatkan replika Rangka Wanita Pulau Pinang, poster berkaitan penyelidikan arkeologi, jualan buku-buku arkeologi dan warisan serta aktiviti hands-on khusus untuk kanak-kanak bagi memperkenalkan bidang arkeologi secara lebih santai dan menarik kepada masyarakat umum.

Syawal kini menjelma membawa seribu keriangan dan keberkatan. Kami di Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sa...
20/03/2026

Syawal kini menjelma membawa seribu keriangan dan keberkatan. Kami di Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat Malaysia.

Salam sejahtera, Hebahan hanya untuk pelajar USM sahaja.Tawaran Kursus Elektif Terbuka Arkeologi Semester 2/Sidang Akade...
09/03/2026

Salam sejahtera,

Hebahan hanya untuk pelajar USM sahaja.
Tawaran Kursus Elektif Terbuka Arkeologi Semester 2/Sidang Akademik 2025/2026

🎉 30 Tahun PPAG USM: Memperkukuh Peranan Malaysia dalam Warisan Global & Diplomasi Budaya📍 Pulau Pinang | 3 Februari 202...
04/02/2026

🎉 30 Tahun PPAG USM: Memperkukuh Peranan Malaysia dalam Warisan Global & Diplomasi Budaya

📍 Pulau Pinang | 3 Februari 2026

Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-30, menandakan tiga dekad sumbangan berterusan dalam penyelidikan arkeologi, pengurusan warisan budaya dan kerjasama antarabangsa.

Sepanjang penubuhannya, PPAG telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh asas pengetahuan arkeologi Malaysia melalui penyelidikan multidisiplin, pengurusan warisan yang beretika dan mampan serta kerjasama strategik jangka panjang. Penyelidikan di tapak-tapak utama seperti Bukit Choras, Kompleks Sungai Batu, Guar Kepah dan Lembah Lenggong telah menyumbang data saintifik penting kepada pemahaman sejarah awal negara dan rantau ini.

Majlis sambutan ini turut menghimpunkan kepimpinan universiti serta wakil agensi kerajaan, swasta dan NGO sebagai platform untuk mengimbau pencapaian, memperkukuh jaringan kerjasama dan menggariskan hala tuju strategik PPAG ke arah dekad keempat.

Memasuki fasa baharu, PPAG kekal komited untuk meningkatkan impak penyelidikan, memperluas keterlihatan global serta menjadikan warisan sebagai aset strategik dalam pembangunan negara, pendidikan dan diplomasi budaya.

✨ Meraikan warisan, membina masa depan.




Tahniah!YBhg. Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed FASc. Naib CanselorUniversiti Sains MalaysiaIklhas daripada:...
14/01/2026

Tahniah!

YBhg. Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed FASc.

Naib Canselor
Universiti Sains Malaysia

Iklhas daripada:
Seluruh warga
Pusat Penyelidikan Arkeologi Global
Universiti Sains Malaysia

Lawatan Kerja Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) ke Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universit...
09/01/2026

Lawatan Kerja Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) ke Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia pada 9 Januari 2026.

Lawatan ini bertujuan membincangkan potensi jalinan kolaborasi antara PSMCK dan PPAG, khususnya dalam bidang arkeologi serta usaha membentuk naratif sejarah Kedah pada masa akan datang.

Perbincangan turut menyentuh isu-isu semasa berkaitan sejarah negeri Kedah dan sejarah Malaysia secara amnya, ke arah pemeliharaan dan pemerkasaan warisan negara.

PENYERAHAN TUGAS PENGARAH PPAGPusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia, merakamkan setinggi...
20/11/2025

PENYERAHAN TUGAS PENGARAH PPAG
Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Profesor Dr. Stephen Chia yang telah bersara wajib perkhidmatan sebagai Pengarah PPAG di USM.
Prof. Dr. Stephen telah berkhidmat di USM selama 40 tahun — merangkumi 12 tahun sebagai pelajar (BSc., MSc dan PhD) serta 28 tahun sebagai pensyarah. Sepanjang tempoh tersebut, beliau turut menyumbang sebagai Pengarah PPAG selama hampir 5 tahun, satu tempoh kepimpinan yang amat penting dalam mengukuhkan hala tuju penyelidikan dan pembangunan kelestarian PPAG.

Beliau juga merupakan antara perintis penubuhan PPAG pada era awal penubuhannya di bawah kepimpinan Profesor Dato’ Emeritus Zuraina Majid (1987–1995). Perjalanan beliau di USM adalah satu perjalanan panjang yang mencabar namun amat bermakna, dengan sumbangan besar kepada bidang arkeologi negara.

PPAG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Dr. Stephen atas segala jasa, kepimpinan dan dedikasi sepanjang beliau berkhidmat. Semoga beliau terus dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan untuk fasa kehidupan baru beliau.
PPAG juga ingin memaklumkan bahawa PM Dr. Nasha Rodziadi Khaw telah dilantik oleh USM untuk menjalankan Fungsi Pengarah PPAG berkuat kuasa serta-merta. Seluruh warga PPAG mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan amanah bersama pasukan PPAG.

Address

Kampong Sungai Gelugor

Opening Hours

Monday 08:45 - 16:45
Tuesday 08:45 - 16:45
Wednesday 08:45 - 16:45
Thursday 08:45 - 16:45
Friday 08:45 - 16:45

Telephone

+6046533357

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sahabat Arkeologi USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share