17/10/2020
PENING KEPALA DENGAN KERETA WARNA PUTIH
SELAIN hitam dan perak, ramai juga memilih kereta warna putih. Malah bagi jenama tertentu, putih seakan menjadi warna kegemaran peminat setianya. Secara zahir, warna putih memang nampak lebih elegan dan ringkas.
Namun, pemilik kereta putih tidak boleh leka merawat badan kereta mereka kerana ia boleh berubah jadi kekuningan dan kusam jika tidak dijaga baik. Lebih menyakitkan hati, apabila tiba musim hujan kerana kesan tompokan hitam akan mudah kelihatan pada bahagian pintu jika lama tidak dicuci.
Asasnya, putih mempunyai pigmen lebih berat berbanding warna lain. Pada masa tertentu, pigmen itu boleh masuk ke dalam lapisan bawah cat, manakala campuran lain akan naik ke atas permukaan. Sifat pigmen sebegitu dalam tempoh tertentu akan membuatkan warna tersebut menimbulkan kesan kekuningan, terutama jenis putih mutiara @ pearl white.
WARNA PUTIH BERTUKAR KUNING
Ramai pemilik kereta putih mutiara mengalami situasi tersebut. Proses warna cat putih menjadi kuning biasanya berlaku apabila kereta berusia tiga tahun ke atas. Malah, ia jadi lebih cepat jika pemilik tidak mengambil berat untuk menjaga kenderaan mereka dengan baik seperti jarang mencuci kereta dan buat rawatan badan.
Malah mereka yang terpaksa memarkir kereta di ruang terbuka seperti di kawasan apartment juga berisiko mengalami masalah sama.
Apabila warna mula berubah, agak s**ar mengembalikan warna putih asal walaupun dengan menggilap pencuci lilin ( )
Untuk penyelesaian paling jimat, kami di mencadangkan menggunakan Magic Interior Cleaner untuk menghilangkan bekas air yang menghitamkan serta mengotorkan badan kereta warna putih kereta anda yang degil, kesannya seawal 1 minit.