Cikgu Umaii

Cikgu Umaii Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cikgu Umaii, Business service, alor lintah, Kampung Besut.

12/01/2021

NIKMAT YANG KAU DUSTAKAN
Tanpa kita sedar dapat bernafas, berbicara, disayangi, makanan semunya adalah nikmat yang dapat kita rasai tanpa bayaran.
Harus kita syukuri setiap saat bukan hanya dalam senang sahaja bersyukur namun dalam susah sekalipun, kita harus tetap mampu bersyukur.
Kenapa kita perlu bersyukur? sedangkan nikmat yang kita rasai diberi tanpa kita meminta kepada kepada-Nya
Banyak sekali di luar sana orang yang jika ditawarkan bertukar hidup dengan kita, akan menjawap mahu dengan cepat malah tanpa berfikir panjang.
Dalam kehidupan kita pasti ada nikmat yang patut kita syukuri. Contohnya nikmat berkeluarga, ada anak, berkerjaya dan banyak lagi.
Jangan di hitung kesedihan atau ujian yang kita hadapi, kerana ia tidak akan selesai jika kita terus kenangkan.
“Fabiayyi alaa Irobbikuma tukadzibaan”
Ertinya: Maka nikmat Tuhan-Mu yang manakah yang kau dustakan. (QS. Ar Rahman)
Lihatlah ke bawah agar kita selalu bersyukur atas kehidupan yang kita miliki. Tapi lihat ke atas untuk meletak target yg lebih tinggi.
Tidak ada seorang pun yang tahu akan masa depannya bahkan dalam 1 saat kehadapan pun tidak ia ketahuinya.
Bahkan Pn Nesima berterima kasih dan bersyukur dapat mengajar anaknya solat dan anaknya makin rajin solat dengan i-tadrees.
Kerana Pn Nesima tahu ini adalah saham akhiratnya nanti iaitu yang anak yg soleh. Pahala yg berterusan mengalir tanpa dipinta.

"ILMU SERTA CONTOH DALAM MENDIDIK""Tugas mendidik anak adalah satu proses yang berterusan. Bukan bermusim."Cabaran untuk...
11/01/2021

"ILMU SERTA CONTOH DALAM MENDIDIK"

"Tugas mendidik anak adalah satu proses yang berterusan. Bukan bermusim."

Cabaran untuk membesar dan mendidik anak-anak adalah sangat besar. Walaupun, ilmu ini sangat luar untuk dikuasai.

Namun, ianya bukanlah mustahil.

DUA perkara penting yg wajib ibu bapa bersedia. Ilmu yg mencukupi dan menjadi model yg terbaik.

Dalam Islam, terdapat beberapa cabang ilmu parenting. Penting untuk ibu bapa kuasai.

Memberi didikan akidah. Perkara paling penting adalah pendidikan iman. Ia adalah teras pembangunan insan. Ia juga modal terbesar menentukan masa deoan sesebuah keluarga.

Didikan adab dan akhlak. Antara kejayaan besar ibu bapa adalah. Apabila anak-anak memiliki akhlak yg tinggi dalam berbicara. Di hadapan rezeki dan di khalayak ramai.

Didikan membina pemikiran. Asas kecemerlangan dalam pemikiran ialah mempunyai ilmu yg mantap. Bukan sahaja ilmu duniawi, sebaiknya ilmu ukhrawi juga.

Didikan kecerdasan emosi. Bina keyakinan diri anak-anak adalah benda penting. Supaya anak ada keyakinan untuk boleh berjaya.

Namun, kejayaan ibu bapa mendidik bukanlah kepada ilmu parenting semata. Yang paling penting adalah, kita sendiri menjadi "Role Model".

Setiap arahan, haruslah disertakan dengan tunjuk ajar perbuatan. Kenapa? Kerana kelakuan kita adalah sumber utama pembelajaran anak.

Kerana pembelajaran pertama bermulanya di rumah. Segala baik dan buruk kita akan diserap oleh si anak.

Sebagai ibu bapa, haruslah kita cuba menyesuaikan setiap ilmu prenting. Sesuai dengan keperluan situasi anak.

Jika bermanfaat, boleh response "terima kasih".

29/12/2020

SALAHKAN KETURUNAN?

Anak ialah amanah Allah kepada ibu bapa. Hatinya yang suci ibarat permata mahal yang siap sedia untuk dibentuk dan diukir.

Jika dididik dan dibiasakan untuk melakukan kebaikan, maka ia akan mahir dalam bidang ini dan bahagian di dunia dan akhirat.

Kalau mahu anak pintar, kena berusaha. Keturunan adalah faktor utama tetapi otak juga perlu dirangsang sejak dalam kandungan.

Ada fakta mengatakan “Setiap orang memiliki kapasiti otak yang perlu dirangsang bagi menjana potensi terbaik”

Tiada jalan singkat menjadikan anak pintar dengan hanya memakan pil. Kalau makan pil sahaja sudah bijak, semua orang boleh jadi bijak atau genius.

Seperti Puan Leha ini, sebelum ni cikgu di sekolah anakya sering wasap dan call personal untuk bercakap mengenai anaknya.

Bila cikgu sedang mengajar anakya malas untuk belajar dan bila cikgu ajar ABC dia tak nak ikut.

Kerja sekolah yang diberi jugak asyik tak siap. Dan dalam masa yang sama anaknya asyik main je.

Alhamdulillah selepas akak leha jumpa page Suplement minda exam-a ni, akak leha terus cuba bagi kat anak dia.

Setelah habis 3 botol baru nampak kesan Alhamdulillah

Kisah Puan Leha sangat menyedarkan diri kita. Bahawa, usaha itu bukan pada suatu tempat. Tapi haruslah diperlbagaikan. Hingga jumpa yg terbaik untuk kita.

Jangan mendidik anak untuk menjadi kaya, namun didiklah ia agar menjadi seseorang yang paling bahagia. Ketika anak semakin dewasa, ia akan menghargai nilai suatu benda yang berharga.

MUEZZA HAIWAN PELIHARAAN BAGINDADiceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad memiliki seekor kucing yang diberi nama Mue...
03/11/2020

MUEZZA HAIWAN PELIHARAAN BAGINDA

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya. Di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya.

Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada Nabi.

Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh di pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Baginda selalu berpesan kepada para sahabat untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori,

Dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya. Dan tidak p**a melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri.

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Bukan hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing. Dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing.

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan).

Kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

Ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan. Memotong tangan dan kaki kucing kerana mencuri. Sanggup mencungkil mata kucing sehingga buta.

Saudara saudariku, dimanakah terletaknya hati nurani kita. Haiwan juga mempunyai perasaan, rasa sakit. Sama seperti kita.

Marilah sama sama kita menyanyangi haiwan. Kerana tanpa sedar, haiwan juga akan mendoakan kebaikan apabila kita menyanyangi mereka.

26/08/2020

KATA-KATA ADALAH SATU DOA

Di saat kita ucapkan sesuatu, kita telah memberikan kehidupan kepada kata- kata itu. Jadi kenapa bazirkan peluang makbul doa dengan ucapan yang tidak baik?

Sesuai dengan perumpamaan “kata-kata boleh mengubah dunia..”

Kata-kata positif sebenarnya memiliki makna yang mendalam dan memberi inspirasi. Ia pasti akan membuahkan kemenangan dan membina keyakinan seseorang.

Jika kita sering ungkap “Aku tak mampu.. Aku tak boleh..”, kita akan menuju ke arah kekalahan dan kegagalan. Sudahnya memang kita dapat apa yang kita minta itu, tak mampu dan tak boleh.

Berbalik kepada ibu bapa sendiri. Kata-kata dari mulut kita teramat besar darjatnya pada anak-anak. Ianya pasti memberi kesan kepada mereka sama ada positif atau negatif.

12/08/2020

JANGAN MENGELUH, ANAK KITA BUKAN BEBAN!

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah dan tingkah laku anak-anak pada masa hadapan. Terdapat Tiga Bentuk Gaya Didikan Keibubapaan

Pertama adalah AUTORITATIF. Gaya keibubapaan ini memberi pengukuhan dan galakkan kepada anak-anak. Di samping itu, teguran dan dendaan turut diberikan.

Kedua adalah AUTORITARIAN. Ibu bapa lebih cenderung mempunyai tahap kawalan yang tinggi terhadap anak tetapi kurang bertanggungjawab terhadap mereka.

Ketiga adalah PERMISIF. Ia merujuk kepada ibu bapa yang terlalu berlembut dan memenuhi segala kehendak anak-anak. Mereka bersikap tidak tradisional
dalam mendidik anak-anak.

Address

Alor Lintah
Kampung Besut
22000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cikgu Umaii posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share