Genius Training & Consultancy

Genius Training & Consultancy Genius Training And Consultant (GTC) merupakan konsultan dakwah berteraskan pembangunan ummah yang berpusat di Jeli, Kelantan.

Konsultan dakwah yang fokus kepada pembangunan masyarakat, remaja & mahasiswa melalui program berimpak tinggi.
🀝 Jelajah Dai | Geng Subuh | Dapur Asnaf | IMIJ | IRIJ Ditubuhkan dengan semangat memperkasa masyarakat melalui ilmu, tarbiyah, dan kebajikan, GTC berperanan sebagai pemangkin perubahan sosial berlandaskan nilai Islam yang syumul dan praktikal. Dengan pendekatan yang inklusif dan strategi

k, GTC menganjurkan pelbagai program yang menyasarkan semua lapisan masyarakat :

🌟 Produk Utama GTC:
Jelajah Dai – Siri kuliah dinamik dari masjid ke masjid, membawa para pendakwah dan tokoh ilmu ke tengah masyarakat. Dapur Asnaf – Projek kebajikan berkala yang menyantuni golongan asnaf dan kurang berkemampuan dengan agihan makanan dan sokongan berterusan. Geng Subuh Macam Jumaat – Gerakan pembudayaan solat Subuh berjemaah sebagai tunjang kekuatan komuniti mukmin. Bengkel Bahasa & Soft Skills – Latihan asas bahasa Inggeris dan kemahiran insaniah untuk pelajar dan belia, melahirkan generasi cemerlang dari segi akhlak dan keupayaan. Tamrin & Kem Kepimpinan – Latihan kepimpinan intensif yang membentuk daya juang dan karakter aktivis dakwah muda. Talaqqi Kitab – Sesi pengajian kitab turath secara talaqqi dan bersanad, menghubungkan generasi muda dengan warisan ulama silam. Lepah Thaqafah (Podcast) – Ruang santai berbentuk audio digital yang membincangkan ilmu, isu semasa dan hikmah kehidupan dengan gaya kontemporari.

πŸͺΆ Sayap Khas GTC:
GTC turut membangunkan dua sayap khusus bagi memperkasa kelompok penting dalam masyarakat:

Ikatan Mahasiswa Intelek Jeli (IMIJ) – Platform pembangunan mahasiswa yang berfokus kepada intelektualisme, kebajikan, dan aktivisme kampus berasaskan nilai Islam. Ikatan Remaja Intelek Jeli (IRIJ) – Gerakan belia dan remaja yang membina jatidiri, memupuk kepimpinan, dan menggalakkan budaya ilmu serta dakwah di peringkat sekolah dan komuniti.

Slot 9 bersama Muallim Ammar Mokhtar. Beliau mengupas satu topik yang sering dihindari tetapi wajib dikuasai, iaitu Peng...
10/04/2026

Slot 9 bersama Muallim Ammar Mokhtar. Beliau mengupas satu topik yang sering dihindari tetapi wajib dikuasai, iaitu Pengurusan Konflik.

Muallim Ammar menekankan bahawa perbezaan pendapat adalah fitrah, namun bagaimana kita menguruskannya menentukan sama ada organisasi itu akan 'terbakar' atau 'bersinar'.

βœ… Peserta membezakan antara konflik profesional yang membina dengan emosi peribadi yang merosakkan.

βœ… Bagaimana seorang pemimpin perlu menjadi pemadam api, bukannya penambah minyak ketika suasana tegang.

βœ… Seni rundingan (win-win solution) supaya ukhuwah tetap terjaga walaupun idea berbeza.

Melalui simulasi yang dijalankan, peserta dilatih untuk kekal tenang di bawah tekanan. Mereka belajar bahawa suara yang paling kuat bukan bermakna dia betul, tetapi jiwa yang paling sabar itulah yang sebenarnya memenangi keadaan.

"Kepimpinan itu bukanlah satu kemegahan, tetapi ia adalah bebanan amanah yang berat, di dunia dan di akhirat."Slot 6 dit...
10/04/2026

"Kepimpinan itu bukanlah satu kemegahan, tetapi ia adalah bebanan amanah yang berat, di dunia dan di akhirat."

Slot 6 diteruskan dengan pencerahan daripada Muallim Azam Azfar Salleh melalui tajuk Berorganisasi Gaya Rasulullah.

Muallim Azam tidak hanya bercerita tentang sejarah, tetapi menzahirkan blueprint kehidupan organisasi yang diredhai. Beliau menekankan bahawa kepimpinan dalam Islam adalah Amanah (trust) dan Khidmat (service), bukan sekadar jawatan.

βœ… Organisasi bukan sekadar susunan saf, tetapi jalinan hati yang kukuh.

βœ… Kebijaksanaan keputusan lahir daripada konsultasi bersama ahli.

βœ… Setiap tindakan berorganisasi diniatkan sebagai ibadah untuk mencapai keberkatan.

"Islam itu tertegak dengan jemaah, dan jemaah itu tertegak dengan organisasi."Suasana Maghrib di KPO kali ini diserikan ...
10/04/2026

"Islam itu tertegak dengan jemaah, dan jemaah itu tertegak dengan organisasi."

Suasana Maghrib di KPO kali ini diserikan dengan pesanan mendalam daripada Ustaz Najhan Syahir. Beliau mengupas tajuk yang sangat fundamental: Kewajiban Berorganisasi.

Ustaz Najhan Syahir menekankan bahawa berorganisasi bukan sekadar pilihan hobi atau aktiviti sampingan, tetapi ia adalah tuntutan agama.

βœ… Sebagaimana solat memerlukan imam dan makmum, organisasi memerlukan nakhoda dan saf yang patuh.

βœ… Tanpa organisasi yang tersusun, kebenaran boleh dikalahkan oleh kebatilan yang terancang.

Yang paling best πŸ‘ Solat Maghrib diuruskan sepenuhnya oleh para peserta. Dari azan, iqamah, hingga posisi Imam dan pengurusan saf. Semuanya dilakukan oleh barisan pemimpin muda MTSNH.

"Pemimpin hebat tidak menunggu peluang, mereka menciptanya daripada apa yang ada."Dalam Slot 3, peserta KPO 'berperang' ...
10/04/2026

"Pemimpin hebat tidak menunggu peluang, mereka menciptanya daripada apa yang ada."

Dalam Slot 3, peserta KPO 'berperang' dengan kreativiti di pesisir Pantai Melawi. Cabarannya mudah tapi mendalam: Bina simbol kepimpinan menggunakan bahan terpakai dan sumber alam di sekitar pantai.

Bukan sekadar bina replika, tapi mereka sedang membina jati diri. Dari bahan yang terbuang, lahirnya karya yang membanggakan. Itulah magis seorang pemimpin!

GTC percaya, pengalaman adalah guru terbaik. Melihat mereka bertungkus-lumus di bawah matahari Melawi demi membina sebuah simbol organisasi, kami yakin pemuda-pemuda MTSNH ini bukan sekadar belajar tentang kepimpinan, mereka sedang bersedia menjadi pemimpin.

Anda semua power!

"Kepimpinan bukan sekadar jawatan, ia adalah pengorbanan dan hala tuju." Slot kedua KPO diteruskan dengan pengisian yang...
09/04/2026

"Kepimpinan bukan sekadar jawatan, ia adalah pengorbanan dan hala tuju."

Slot kedua KPO diteruskan dengan pengisian yang cukup padu bersama Ustaz Khairi Ismail, Pengarah Urusan & Ikon Genius Training & Consultancy.

Tanpa nakhoda yang bijak, kapal organisasi akan hilang arah di tengah lautan. Ustaz Khairi menekankan bahawa:

βœ… Pemimpin mesti nampak apa yang orang lain belum nampak.

βœ… Kepimpinan adalah beban yang perlu dijunjung, bukan kebanggaan yang perlu disanjung.

βœ… Menggunakan kekuatan fizikal dan kecerdasan minda muda untuk menggerakkan perubahan.

βœ… Inilah medan untuk memahat ilmu dan menimba pengalaman.βœ… Jadikan setiap titis tenaga muda kamu wahai anak muda sebagai...
09/04/2026

βœ… Inilah medan untuk memahat ilmu dan menimba pengalaman.

βœ… Jadikan setiap titis tenaga muda kamu wahai anak muda sebagai senjata paling ampuh untuk menakluk puncak kepimpinan masa depan.

βœ… MTS Nurul Hidayah hebat! Let's Go! 😎

Kenapa kena ada organisasi?"Sebab impian yang besar tak boleh dipikul sorang-sorang!" Jawab peserta.Tepat βœ…Dalam slot pe...
09/04/2026

Kenapa kena ada organisasi?

"Sebab impian yang besar tak boleh dipikul sorang-sorang!" Jawab peserta.

Tepat βœ…

Dalam slot pertama KPO ini, peserta 'ditekan' untuk faham bahawa kekuatan individu ada hadnya, tetapi kekuatan berorganisasi tiada batasnya. Kita pecahkan dinding ego, kita bina jambatan ukhuwah.

Bila semua dah 'sekepala' dan faham peranan masing-masing, barulah organisasi boleh fly tinggi! πŸš€πŸ”₯

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI (KPO)GTC dengan bangganya mengendalikan Kursus Pengurusan Organisasi buat barisan pemimpin ...
09/04/2026

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI (KPO)

GTC dengan bangganya mengendalikan Kursus Pengurusan Organisasi buat barisan pemimpin muda dari Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah (MTSNH).

Program intensif ini bertujuan membentuk jati diri, kepimpinan, dan pengurusan organisasi yang mantap dalam kalangan pelajar.

πŸ“ TEMPAT: Sri Pantai Resort, Melawi
πŸ“… TARIKH: 9 - 11 April 2026

Doakan agar para peserta mendapat input yang bermanfaat dan pulang sebagai tokoh pemimpin yang berwibawa!

03/01/2026

DOA YANG PALING POWER

Ustaz Shafie titipkan satu bekalan yang tidak boleh dibeli iaitu doa seorang anak untuk ibu dan ayahnya.

Bukan doa panjang. Bukan ayat yang susah.
Tetapi doa yang lahir dari hati yang sedar dan bersyukur.

Anak-anak diajar satu perkara penting:

Apa pun kejayaan kita nanti, restu ibu ayah adalah kunci yang paling power.

Inilah bekalan sebenar AQRAB yang kami sediakan. Bukan sekadar ilmu tetapi kesedaran tentang kasih, tanggungjawab dan syurga.

Ini baru healing πŸ”₯

BUKAN PERFECT TAPI PROGRESS Menjadi Muslim yang hebat bukan tentang siapa paling ke depan tetapi siapa yang paling konsi...
30/12/2025

BUKAN PERFECT TAPI PROGRESS

Menjadi Muslim yang hebat bukan tentang siapa paling ke depan tetapi siapa yang paling konsisten memperbaiki diri.

Dalam sesi ini, peserta dibekalkan beberapa point asas yang menjadi pegangan hidup:
βœ” jaga solat,
βœ” luruskan niat,
βœ” kuatkan hubungan dengan Allah,
βœ” dan berakhlak baik dengan manusia.

Peserta diingatkan bahawa hebat di sisi Allah tidak diukur dengan usia tetapi dengan usaha dan kesungguhan.

Ini baru healing πŸ”₯

AKHLAK SUNNAH HATI INDAH Peserta diperkenalkan dengan akhlak sunnah.Cara bercakap, cara menghormati, cara bersahabat dan...
30/12/2025

AKHLAK SUNNAH HATI INDAH

Peserta diperkenalkan dengan akhlak sunnah.
Cara bercakap, cara menghormati, cara bersahabat dan cara mengawal diri.

Mereka belajar bahawa iman tidak hanya terlihat pada ibadah tetapi pada sikap ketika berhadapan dengan orang lain.

Inilah matlamat AQRAB. Membina generasi yang bukan sekadar pandai tetapi hati dan akhlak yang sopan dan lembut.

Ini baru healing πŸ”₯

Address

Kampung Jeli
17600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Genius Training & Consultancy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share