29/09/2026
MALAM PERTAMA DI ALAM BARZAKH, APA JADI SEBENARNYA?
Kita selalu tengok tanah perkuburan nampak tenang je. Tak ada bunyi, tak ada orang. Tapi pernah tak terfikir, apa yang jadi bila jenazah baru ditanam dan semua orang dah balik?
Senyap bukan bermakna tak ada apa-apa. Di sebalik diamnya tanah, bermulalah satu alam baru yang sangat menegangkan!
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
โKubur itu sama ada taman dari taman-taman syurga, atau lubang dari lubang-lubang neraka.โ
(Hadis Riwayat Tirmidzi)
Maksudnya?
Dekat bawah tanah tu, ada dua kemungkinan
Dapat nikmat.. atau azab.
Bayangkan.. Nabi Muhammad SAW, insan paling mulia, dah confirm masuk syurga.. tapi baginda tetap berdoa minta dilindungi daripada azab kubur.
Kalau Nabi pun takut, kita ni yang penuh dosa dan lalai macam mana?
Jadi.. Apa berlaku malam pertama tu?
Malam pertama di alam kubur bukan macam malam pertama kahwin.
Tak romantik.
Tak tenang.
Tapi.. mencekam dan sunyi.
Dan inilah antara perkara yang bakal berlaku :
1. Disoal Malaikat
Sebaik je jenazah ditanam dan semua orang balik, dua malaikat akan datang, Munkar & Nakir.
Mereka tanya beberapa soalan โstandardโ.
Siapa Tuhan kamu?
Apa agama kamu?
Siapa lelaki ini? (merujuk kepada Nabi Muhammad SAW)
Kalau dia seorang mukmin, jawapannya adalah โAku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Allah dan Rasulnya.โ
Masa tu boleh tengok tempat duduk mukmin tu dari neraka telah ditukar kepada syurga.
Tapi kalau si mati tu munafik atau kafir, dia akan jawab..
โAku tak tahu. Aku hanya kata di dunia dulu macam orang ramai kata."
Dikatakan kepadanya "Engkau tidak tahu dan engkau tidak mahu ambil tahu.โ
Kemudian dia dipukul dengan pemukul daripada besi.
Menjeritlah dia sampai dapat didengari oleh semua makhluk kecuali jin dan manusia.
2. Himpitan Kubur
Tak kira siapa pun kita, kubur akan menghimpit. Tak boleh elak.
Nabi SAW bersabda:
"Jika ada orang yang akan selamat daripada himpitan kubur, nescaya Saโad bin Muโaz lah orangnya."
(Hadis Riwayat Ahmad)
Saโad ni sahabat Nabi yang hebat, sampai 70,000 malaikat turun iringi jenazah dia, tapi masih kena himpit.
Bezanya, orang beriman akan rasa himpitan manja, macam PELUKAN ibu. Tapi yang banyak dosa.. himpitannya boleh REMUK tulang.
3. Teman di Alam Kubur
Kita takkan bersendirian sepenuhnya. Akan ada โpenemanโ ikut masuk kubur.
Kalau kita banyak amal soleh, akan datang satu makhluk yang rupa dia cantik, wangi, menenangkan. Dia akan temankan kita sampai kiamat.
Tapi kalau amal penuh noda.. datanglah โpenemanโ yang busuk, hodoh, menakutkan. ๐
Makhluk tu sebenarnya jelmaan amalan kita sendiri.
4. Diperlihatkan Tempat Kita
Dekat dunia kita tengok rumah dekat Mudah.my, tengok homestay dekat Airbnb. Tapi di alam kubur, kita ditunjukkan โrumah akhiratโ kita.
Setiap pagi dan petang diperlihatkan destinasi kita nanti.
Syurga.. kalau kita orang beriman. Tengok saja pun bukan main nikmat lagi.
Neraka.. kalau sebaliknya. Boleh jadi deraan mental bila tengok hari-hari.
Nabi bersabda:
โApabila seseorang mati, diperlihatkan tempatnya di syurga atau neraka setiap pagi dan petangโฆโ
(Hadis Riwayat Muslim)
So, Tak Nak Menyesal, Kena Ready Sekarang.
Alam barzakh bukan cerita dongeng. Ia pintu pertama menuju akhirat.
Masa tu, duit tak laku. Rakan tak boleh tolong. Cuma amalan yang jadi penyelamat.
Kalau Nabi SAW sendiri doa minta perlindungan daripada azab kubur, kalau Saidina Uthman RA menangis sampai basah janggut bila tengok kubur, kita bagaimana?
Lagi-lagilah perlu rasa, fikir dan buat sesuatu.
Mulakan dengan perkara kecil..
Solat cukup.
Yang wajib-wajib lain pun kena juga selesaikan.
Jaga lidah.
Apa yang diharamkan, jauhkanlah dari jadi gaya hidup.
Tinggalkan syubhah.
Banyakkan taubat.
Baca doa perlindungan dari azab kubur setiap hari.
โYa Allah, aku berlindung dengan-Mu dari azab kubur.โ
Doakan jua buat saudara seagama kita yang telah pergi agar Allah mengampuni, memberi ihsan dan merahmati mereka di alam sana.
Semoga malam pertama kita semua di alam barzakh bukan malam penuh azab, tapi malam tenang yang penuh rahmat dari Allah.
Ameen Ya Rabb..
Kredit : Bahagian Dakwah JAKIM