Hazim.Biz Enterprise

Hazim.Biz Enterprise Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hazim.Biz Enterprise, Business service, No. 15, Jalan 1, Medan Pulai, Behor Pulai, Kangar.

06/07/2022
Servis time Covid. Sy on tau servis
30/03/2020

Servis time Covid. Sy on tau servis

18/09/2018

Perkara 2:
Modal

Assalamualaikum dan Salam Hormat



Salah satu perkara penting yang diperlukan dalam semua bisnes ialah modal.

Modal ini boleh datang dalam banyak bentuk termasuk modal nama baik, kemahiran, kepakaran dan wang.

Modal membawa maksud wang atau harta benda yang digunakan sebagai dasar atau asas untuk berniaga

atau untuk menghasilkan sesuatu yang menambah kekayaan atau bagi menghasilkan barangan dan perkhidmatan.



Modal berbentuk wang diperoleh daripada banyak cara:



#1 Wang simpanan sendiri

#2 Wang hasil jualan aset

#3 Pinjaman daripada ahli keluarga

#4 Pinjaman daripada bank dan institusi kewangan atau agensi



Fokus penulisan ini adalah modal tanpa melibatkan diri dalam risiko pinjaman.



Tidak semua orang mempunyai wang simpanan yang besar selagi belum mencapai usia tertentu dengan kerjaya dan gaji tertentu.



Maka, pada kebanyakan masa dinasihatkan agar bisnes dimulakan dengan apa yang ada.



Sebagai contoh dalam konteks bisnes tadika dan pendidikan,

modal awal paling minima ialah modal pemasaran dan sewaan premis bisnes.



Oleh itu, modal wang sememangnya diperlukan dalam proses membuka bisnes tadika.



Persediaan memulakan bisnes memerlukan pendiri bisnes merancang cara dan keperluan mendapatkan modal tanpa perlu terlibat dalam apa-apa pinjaman yang membebankan.



Salah satu perkara yang dibolehkan adalah membawa masuk pemodal dengan menawarkan saham dalam syarikat bisnes.

18/09/2018

Perkara 1:
5 Perkara Perlu Dikenal Pasti Sebelum Mendirikan Bisnes

Assalamualaikum dan Salam Hormat



Melihat jutawan-jutawan diruangan media social membuatkan kita teruja untuk menjalankan bisnes, namun dari sudut lain kita tidak Nampak cabaran dan liku yang mereka lalui sebelum sampai ke puncak.



Sebelum anda memulakan bisnes ikuti 5 panduan ringkas berikut:



#1 MASALAH

Kenalpasti masalah pelanggan yang dapat diselesaikan oleh produk/ servis yang ditawarkan.



#2 PELANGGAN
Siapakah bakal melanggan produk/servis yang ditawarkan.



#3 NILAI
Apakah nilai yang ditawarkan oleh produk/servis yang membuatkan ianya unik dari produk/servis sedia ada di pasaran.



#4 KOS
Kira segala kos yang terlibat dalam penghasilan dan pengedaran produk supaya harga dapat diletakkan dengan betul.

Kos + Margin Pendapatan = Harga Produk / Servis

#5 ENTITI BISNES
Undang-undang , pengurusan, perbankan dan percukaian adalah berbeza untuk setiap entity bisnes, pilih entity bisnes mengikut keperluan bisnes anda.

Sekian...

Address

No. 15, Jalan 1, Medan Pulai, Behor Pulai
Kangar
01000

Telephone

+60138359851

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hazim.Biz Enterprise posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share