TASKA MANJA DINAMIK

TASKA MANJA DINAMIK TASKA MANJA DINAMIK
AS 0258814-A (SSM)
R/TI 004 2023 (JKM)
Operating since 2003, registered with JKMM
special care treatment for babies dan toddler's 1.

memberi perkhidmatan jagaan, asuhan dan didikan awal kanak-kanak; 0 bulan hingga 6 tahun.
2. berdaftar dengan JKMM dan mendapat sokongan dari Jab.Bomba dan Penyelamat Neg, Jab. Kesihatan dan MPK(PBT)
3.tenaga pengajar/pendidik adalah berdaftar dan terlatih.
4.mengamalkan amalan murni dalam membentuk sahsiah pembangunan modal insan yang cemerlang dan gemilang.
5.menerapkan nilai2 islam dalam kehidupan

TB Jamuan Raya 2026
20/04/2026

TB Jamuan Raya 2026









Matlamat Kurikulum Persekolahan 2027 jelas:melahirkan insan sejahtera.Tapi saya nak tanya SATU soalan yang sangat pentin...
02/04/2026

Matlamat Kurikulum Persekolahan 2027 jelas:
melahirkan insan sejahtera.

Tapi saya nak tanya SATU soalan yang sangat penting.

Bila sebenarnya pembentukan itu bermula?

Sepanjang saya berada dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak, saya semakin yakin dengan satu perkara.

Kita terlalu lama tunggu “masa yang sesuai” untuk membentuk anak.

Tunggu anak masuk sekolah.
Tunggu anak besar sikit.
Tunggu anak “boleh faham”.

Hakikatnya,
pembentukan itu sudah bermula jauh lebih awal daripada yang kita sangka.

Bagi saya,

insan sejahtera tidak dibina di hujung sistem pendidikan. Ia dibina dari awal kehidupan seorang anak.

Di The ChildTime, kami bermula seawal 18 months.

Bukan untuk ajar anak membaca awal.
Bukan untuk kejar akademik.

Tetapi untuk membina asas yang lebih penting daripada itu.

Pada usia ini, anak sedang belajar:

bagaimana untuk rasa selamat
bagaimana untuk percaya kepada orang sekeliling
bagaimana untuk mengurus emosi
bagaimana untuk berinteraksi
bagaimana untuk memahami dunia mereka

Inilah foundation sebenar kepada insan sejahtera.

Bukan pada berapa banyak A.
Bukan pada berapa cepat anak boleh membaca.

Realitinya,

ramai anak yang nampak “pandai”
tetapi masih struggle untuk:

mengawal emosi
menunggu giliran
berkongsi
berinteraksi dengan baik
menyelesaikan konflik

Dan ini bukan salah anak.

Ini tanda bahawa foundation itu mungkin belum cukup kuat.

Di situlah saya rasa kita perlu jujur sebagai pendidik dan ibu bapa.

Mungkin kita terlalu awal push knowledge,
tetapi terlepas membina asas kehidupan.

Bagi saya,

….pendidikan awal bukan tentang mempercepatkan anak tahu. Tetapi memastikan anak bersedia untuk hidup.

At The ChildTime, kami tidak hanya melihat anak sebagai pelajar.

Kami melihat mereka sebagai manusia yang sedang dibentuk.

Melalui pengalaman, hubungan, play dan Project-Based Learning, kami percaya pembelajaran bermakna boleh bermula seawal usia kecil.

Dan bila saya melihat our first batch berdiri di pentas untuk persembahan graduasi 6 tahun bertajuk Sinfoni Hutan Insan Sejahtera, saya rasa itulah antara gambaran paling nyata kepada apa yang saya percaya selama ini.

Ada antara mereka yang bermula bersama kami sejak bayi.

Dari belajar berjalan,
….belajar bercakap,
….belajar berpisah dengan ibu ayah,

hingga ke hari ini mereka berdiri dengan lebih yakin, bergerak bersama, bekerjasama,& membawa makna dalam setiap persembahan.

Bagi saya, itu bukan sekadar performance.

Itu adalah hasil proses pembentukan.

Itu adalah bukti bahawa insan sejahtera tidak muncul secara tiba-tiba di hujung perjalanan.
Ia dibina perlahan-lahan, konsisten, sejak awal.

Kerana akhirnya,

….pendidikan bukan sekadar melahirkan pelajar yang berjaya. Tetapi insan yang seimbang, beradab dan mampu berfungsi dalam kehidupan.

That, to me, is insan sejahtera.






CnP: Puan Saleemah

“Tempat anak kita membesar hari ini, membentuk siapa mereka pada masa depan.”Ibu ayah bekerja setiap hari demi masa depa...
05/03/2026

“Tempat anak kita membesar hari ini, membentuk siapa mereka pada masa depan.”
Ibu ayah bekerja setiap hari demi masa depan anak…
tetapi siapa yang membimbing mereka sepanjang ketiadaan kita?
Di Rangkaian Manja Dinamik, kami percaya setiap anak perlu:

❤️ kasih sayang
📚 bimbingan awal pendidikan
🛡️ persekitaran selamat dan terjaga

Kami bukan sekadar menjaga anak.
Kami membantu mereka belajar, berkembang dan membina keyakinan diri sejak kecil.

Di sini anak-anak akan:
✨ Belajar sambil bermain
✨ Membina disiplin dan keyakinan
✨ Bersosial dengan rakan sebaya
✨ Dibimbing oleh pengasuh yang penyayang dan berpengalaman,
Kerana bagi kami…
setiap anak adalah amanah yang sangat berharga.

👶 Jagaan kanak-kanak 3 bulan – 12 tahun
📚 Tuisyen 4, 5 & 6 tahun
🏫 Transit selepas sekolah

📍 Taska Manja Dinamik

📞 WhatsApp: 019-512 6619
⚠️ Pengambilan terhad untuk sesi 2026.
Hubungi sekarang untuk tempahan tempat.

Practice make PerfectTahniah anak manja.., minum susu tanpa botol.
02/03/2026

Practice make Perfect

Tahniah anak manja.., minum susu tanpa botol.





Anak-anak perlu jatuh supaya mereka belajar bangkit.Anak-anak perlu buat sepah supaya mereka belajar meneroka.Anak-anak ...
02/03/2026

Anak-anak perlu jatuh supaya mereka belajar bangkit.
Anak-anak perlu buat sepah supaya mereka belajar meneroka.
Anak-anak perlu menguji batas supaya mereka faham sempadan.
Anak-anak perlu kotor supaya mereka dekat dengan alam dan pengalaman sebenar.
Anak-anak perlu ambil risiko supaya mereka membina keberanian.
Anak-anak perlu cuba, gagal dan cuba lagi supaya mereka membina daya tahan.

Beginilah cara anak belajar dan membesar.
Jangan terlalu cepat menghalang proses itu.

Kerana dalam setiap jatuh, ada pelajaran.
Dalam setiap kegagalan, ada kekuatan yang sedang dibina. 🌱💛





Tarikh: 20/02/2026 ( Jumaat )Tajuk Aktiviti:🌙 Cap Tangan “My First Ramadhan”Bidang Pembelajaran:✔ Perkembangan Kreativit...
23/02/2026

Tarikh: 20/02/2026 ( Jumaat )
Tajuk Aktiviti:
🌙 Cap Tangan “My First Ramadhan”

Bidang Pembelajaran:
✔ Perkembangan Kreativiti & Estetika
✔ Perkembangan Fizikal (Motor Halus)
✔ Kerohanian & Nilai Murni
Tema:
Ramadan / Keagamaan

Objektif Pembelajaran:

1. Kanak-kanak menghasilkan karya seni menggunakan teknik cap tangan dengan bimbingan.
2. Kanak -kanak dapat mengenal simbol bulan Ramadan sebagai permulaan bulan puasa.
3. Kanak-kanak menunjukkan minat dan rasa gembira terhadap aktiviti seni berkaitan Ramadan.

Jumaat (13/2/2026)Tajuk:🐎 Kuda Ceria Tahun Baru CinaTema:🎉 Tahun Baru CinaUmur:👧👦 4 TahunObjektif Pembelajaran:1. Menggu...
20/02/2026

Jumaat (13/2/2026)
Tajuk:
🐎 Kuda Ceria Tahun Baru Cina
Tema:
🎉 Tahun Baru Cina
Umur:
👧👦 4 Tahun

Objektif Pembelajaran:

1. Menggunakan berus lukisan untuk mewarna dan melukis dengan kawalan yang lebih baik (kemahiran motor halus).
2.Mengenal dan menyebut kuda sebagai salah satu simbol haiwan dalam budaya dan perayaan.
3. Mengenal warna asas seperti merah sebagai warna yang melambangkan tuah dan kegembiraan sempena Tahun Baru Cina.
4. Menunjukkan kreativiti dan keyakinan diri melalui aktiviti seni dan ekspresi.




13.2.2026 ( Jumaat )Tajuk: Kolaj kipas tangan sempena Tahun Baru CinaPerkembangan Kreativiti dan Estetika Perkembangan s...
20/02/2026

13.2.2026 ( Jumaat )

Tajuk: Kolaj kipas tangan sempena Tahun Baru Cina

Perkembangan Kreativiti dan Estetika

Perkembangan sedia ada :
Kanak2 sudah boleh tahu hiasan berwarna merah untuk sambutan Tahun Baru Cina.

Objektif :

1. Kanak² boleh menghasilkan kolaj kipas tangan menggunakan bahan yang disediakan.

2. kanak² boleh menggunakan jari dan tangan untuk mengoyak dan menapal.




20/02/2026

Selasa (10/2/2026)

Tajuk:
🐲 Kolaj Naga Oren Tuah
Tema:
🎉 Tahun Baru Cina
Umur:
👶 2 Tahun

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir aktiviti, kanak-kanak dapat:
1. Menggunakan jari dan tangan untuk mengambil serta melekatkan bahan (kemahiran motor halus).
2. Mengenal warna oren sebagai simbol keceriaan dan tuah Tahun Baru Cina.
3. Meningkatkan fokus dan koordinasi mata dan tangan melalui aktiviti kolaj.
4. Menunjukkan minat dan keseronokan dalam aktiviti bertema perayaan.




Address

No. 20, Jalan Mas Jaya, Taman Mas Jaya
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TASKA MANJA DINAMIK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to TASKA MANJA DINAMIK:

Share