01/08/2022
Setujukah Anda.....
FB :Kisah Sejarah Melayu
Jika saya katakan bangsa Melayu adalah bangsa yang paling pemaaf di dunia ini.
Kita lihat rentetan berikut:
1. Bangsa Thai / Siam pernah menyerang Kedah , menyiksa dan membunuh ramai orang Melayu di zaman silam.
Tetapi hari ini ada banyak perkampungan Siam di Kedah . Mereka hidup dengan aman tanpa ganguan . Tiada dendam di hati Melayu terhadap mereka .
2.Inggeris telah beratus tahun mengaut kekayaan semenanjung Tanah Melayu hingga merdeka dan banyak juga menzalimi Melayu.
Tetapi hari ini jika orang Inggeris datang melancung ke Malaysia, mereka disambut dengan senyuman oleh bangsa Melayu , dan mereka juga banyak melabur di sini hari ini. Tiada dendam di hati Melayu terhadap mereka.
3.Raja Rajendra Chola dari India pernah menyerang dan meranapkan Kedah tua ,Gangga Negara dan beberapa negara Melayu lain.
Tetapi hari ini bangsa India boleh hidup aman di Semenanjung Tanah Melayu . Tiada rasa dendam orang Melayu terhadap mereka.
4.Waktu Melaka diserang Portugis,pedaggang Cina telah mengkhianati Melayu dan berkerjasama membantu Portugis.
Hari ini mereka hidup denganaman damai di bumi Melaka.
5.Portugis pernah menyerang dan menjajah Melaka.
Hari ini zuriat keturunan mereka iaitu orang Serani masih kekal hidup aman damai di Melaka. Tiada dendam di hati Melayu terhadap mereka.
6.Jepun pernah menyerang dan menjajah Tanah Melayu .
Namun hari ini berceracak kilang Jepun di Malaysia , dan orang Melayu masih sudi membeli produk Jepun . Tiada dendam di hati Melayu , walau pun era pemerintahan Jepun , beribu orang Melayu pernah di bunuh dan dizalimi.
7.BintangTiga pernah membunuh beribu orang Melayu ketika zaman darurat 1948 . Tetapi hari ini zuriat keturunan mereka masih kekal hidup aman tanpa dibalas dendam oleh orang Melayu .
8.PKM telah membunuh beribu orang Melayu terutama pasukan keselamatan.
Tetapi bangsa mereka dan zuriat keturunan mereka boleh berniaga dengan aman di Malaysia . Malah pelanggannya adalah Melayu .
Tiada tindakan balas dendam di hati Melayu .
Jadi adakah Melayu ini Bangsa yang Rasist??
Kalau di negara lain nescaya bangsa yang pernah menzalimi mereka tidak akan diampunkan untuk selama lamanya , malah akan dihalau keluar secara terhina.....