KEDAI PGPI.com

KEDAI PGPI.com Selamat datang ke KEDAI PGPI.com. Kami menjual pelbagai jenis barangan jualan dengan harga yang menarik terutamanya buat mahasiswa pendidik IPG Kampus Perlis.

21/07/2023
20/07/2023

Bihun yang aku masak pagi ni resepinya mudah je.

Dan...ada 'bahan' rahsia yang buat bihun ni sedap.

Tak perlu sos atau kicap atau perencah magic.

Ini rahsia mak aku buat bihun sedap. (Tapi ini aku yang buat 🤪).
...

Aku selalu perhatikan mak aku masak. Dia s**a buh CILI HIJAU. Terutama masak kicap dengan bihun goreng.

Kalau gi pasar wajib beli cili hijau. Rupanya cili hijau ni penaik bau dan rasa.

Korang leh try ye. Memang simple resepi ni

🍜Bihun Goreng Cili Hijau.🍜

Bawang Merah
Bawang putih
Cili Merah
(Tumbuk)

Tomato potong dadu (takyah tomato pun takpe sebab aku s**a tomato nak ada rasa masam2 sikit.)

Fishcake/Fishball/Udang (ikut laa nak buh binatang apa yang korang s**a 🤪).

Bihun (rendam je bagi lembut sikit. Takyah rendam air panas. Nanti bila goreng lembik.)
Carrot (hiris memanjang)
Daun bawang
Cili hijau (hiris)
Telur

Garam & Gula

- tumis bahan tumbuk.
- masuk tomato
- masuk binatang
- garam Gula
- masuk bihun goreng sampai lembut. Buh air panas sikit
- masuk carrot/daun bawang
- masuk telur
- masuk cili hijau

Nak pedas makan dengan cili potong atau sambal. Siap!

Kredit: Herda Johan

20/07/2023

UDANG GALAH MASAK KERISIK"

"RESEPI UDANG MASAK KERISIK"
BAHAN-BAHAN -1- UDANG GALAH BASUH BERSIH
2-KERISIK 3SDU BESAR
3-CILI KERING BLEND
4-BAWANG BESAR 3LABU "BWNG PUTIH 4ULAS
5-HALIA SEBESAR IBU JARI"
6- 2sdu KECIL SERBUK KARI
7- AJI" GARAM " GULA " ASAM KEPING 2KEPING.. DAUN KARI 3TANGKAI..

CARANYA - GORENG UDANG YG D BERSIH TADI LUMUR SEDKIT KUNYIT N GARAM" GORENG HALF COOK" KEMUDIAN TOSKAN, TUMISKAN BAHAN BLEND NO - 2 SAMPAI NO -5,TUMIS SAMPAI NAIK BAU.. MASUKAN DAUN KARI TADI ASAM KEPING DAN SERBUK KARI" MASUKAN AIR SEDIKIT SAJA.. KEMUDIAN MASUKAN UDANG TADI KACAU2.. MASUKAN BAHAN2 PERASA.. PERASA KAN DENGAN SECUKUP NYAA...😉 SELAMAT MENCUBA...

Kredit:ARieL JuffRy

20/07/2023

Kerabu belimbing buluh + selom.. 😋

resepi:

Bahan A(di hiris)
belimbing buluh
daun selom
bwg besar
bunga kantan

Bahan B(campur semua n tumbuk)
kelapa parut
belacan
cili padi
cili merah
Bahan C
isi ikan sardin/kembung..ikan d rebus dlu

cara2:
campur semua bahan A,B dan C...perasakan dgn garam..belimbing buluh tu bila dh jd kerabu dh x rasa masam..
sedap meratah..
Selamat mncuba..😋😋😋

Sumber : Roslina Omar

20/07/2023

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi + Nenas 😋😋

Bahan
Cili padi
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Sikit kunyit serbuk
Garam
Santan
Nenas sikit
Tumbuk cili, bawang merah n putih..
Serai dititik saje..
Tumis bhn tumbuk sampai pecah minyak.. Masuk serai. Masuk santan, udang, nenas, serbuk kunyit dan garam. Kacau.
Selamat Mencuba 👌🏼
📸: Norazizah Hasbolah

18/07/2023

S**a tak IKAN MASAK TAUCU..

Walaupun Akak bukan orang Perak

Family Akak s**a sangat menu ini..

Ada rasa masam, manis, pedas dan masin.. Mak mentua Akak orang Perak.. Dari dia le Akak belajar masak menu ini👩‍🍳🌹


Akak bukan saja. CINTA dengan anak lelakinya,Akak juga cinta dgn masakan orang perak🤭


Betul kata perpatah..

"TAK KENAL MAKA TAK CINTA"

Hai sikit 🙋‍♀️

Bagi peminat menu ini..


Ramai minta respi saya Edit ye

Bahan bahan

==========

-Apa apa ikan pun blh guna

-Bawang Putih(di hiris)

-Bawang Besar.(di hiris)

-Halia(di hiris)

-Cili Api (di hiris)

-Cili Besar(di hiris)

-Air Asam Jawa

-Gula

-Garam

-Taucu saya guna jenama OPAH

(saya s**a tumbuk dulu taucu)

-Minyak Masak..

( BAHAN IKUT CITARASA SENDIRI YE)


Cara masak

========

-Bersih kan Ikan..

-Goreng ikan ketepikan

-Tumis semua bahan yg di hiris

-Naik bau, masukkan taucu yg di tumbuk tadi, kacau sebentar..

-Masukkan air asam Jawa

-Biar kuah mendidih, baru masuk garam dan gula..

- dulu ye, baru masuk garam sebab Taucu dah masin..

-Bila kuah dah mendidih masukkan ikan goreng tadi dan kacau supaya bahan menjadi mesra..

Siap👩‍🍳🌹


(boleh letak tambahan Timun, bendi, dan tomato kalau s**a)


Kredit : Diana Adila Diana Adila




18/07/2023

RESEPI AYAM MASAK KICAP


Ayam masak kicap bukan semata mata tuang kicap je..

bahan2 lain jugak main peranan utk dapatkan rasa yg sedap.


BAHAN-BAHAN :

1/2 ekor ayam gaul dgn garam n kunyit (goreng)

1 biji Bwg merah (hiris)

2 ulas Bwg putih (ketuk)

Halia (hiris)

tumbuk @ blend 1 bwg merah, 1 biji bwg putih & halia..

1 senduk cili kisar

1 sudu rempah kari daging (optional)

2 sudu sos cili

1 sudu sos tiram

2 sudu sos abc

1 sudu kicap pekat

4 sudu kicap lemak manis

1/2 cwn air (if nk berkuah letak lebih skit)

1 btg Kayu manis

2 Bunga cengkih

1 bunga lawang

1 btg serai (ketuk)

Bwg besar potong bulat

Ubi kentang (goreng dulu)

Cili padi

Daun sup & daun bwg


CARA-CARA :

Tumis bwg merah, bwg putih, halia & serai hingga kekuningan.. Masukkn bwg2 n halia yg ditumbuk hingga bau wangi.. Masuk cili kisar & rempah.. Masak hingga pecah myk.. masukkan sos cili, sos tiram, kicap abc, kicap pekat & kicap lemak manis.. kacau2 (boleh masukkan bawang besar potong bulat..

masukkan ayam goreng... gaul sebati

nampak pekat sgt masukkan air... dah masak.. tabur cili padi

dgn daun sup & daun bwg

*tak perlu letak bahan perasa sbb kicap2 n sos dh cukup manis n masin..


Kredit : Mami Mirza




18/07/2023

kek sarang semut@kek gula hangus.

RESEPI
1cawan gula
1cawan air pnas
2 sudu butter

*masukkn gula dlm kuali@periuk..letkkn 1/4 cawan air..masak smpai keperangn.
*dah perang..masukkn air pnas.(hati2 msa tuang air pnas..tkut kena tngn.gula tu meletup2 ckit)
*biarkan mendidih..masukkn butter..sejukkn skjp

4biji telo
1cawan susu pekat(sy letak 3/4 ja.sbb xnk mnis)
1 sudu esen vanilla

*kacau sebati

1cawan tepung gndum
2 sudu kecil soda bikarbonat

*masukkn tepung dlm adunan telo td..n kacau bg sebati..dh sebti masukkan adunan gula hngus td..kacau..
biarkan seketika sementra tnggu air kukusan mendidih..
dh mendidih..kkus selama 45-60 mnit.(sy kkus 45mnit ja)

xperap berjam jam utk hasilkn sarang...
sy buat adunan kek dlu..bru sy ltk air kukusan atas dpur..sbb sy nk bg adunan kek rht seketika..

mencuba
by yatie😊😊😊




18/07/2023

Inilah rendang saya yang telah mendapat 587k share.
Katanya sangat sedap....

Dalam resepi masakan sudu' bererti 'sudu besar dan kalau sudu kecil , barulah akan disbut ' sudu kecil".
Inilah resepi saya untuk cicah ketupat dan lemang.

RENDANG AYAM ini sangat sesuai untuk cicah ketupat lemang.

Dah siap resepinya....

RENDANG AYAM @ DAGING IDASHAHIDA
Sika guna resepi yang sama .

saya baru lepas buat rendang ayam style saya.rendang ni sangat sangat sedap untuk dimakan dengan nasi, ketupat dan lemang.saya masukkan daun kunyit sama untuk menambahkan selera dan kesedapannya.

Bahannya:

Daging 1-1 1/2 kg dipotong kecil agak seketul untuk sesuap ketupat.

ATAU
2 ekor ayam sederhana besar (3kg)
Jng potong terlalu kecil sebab nanti isi ayam akan hancur.
Serai 12- 15 batang* (jika saiz serai besar dan gemuk sila kurangkan)
Bawang putih 1 labu*
Bawang merah 20 biji*
Halia 3 inci*
Lengkuas 2 inci*
Cili mesin 4 sudu
Santan kotak 800- 1000ml( dibahagi 2) atau 3 biji santan pekat ( separuh santan pekat dan separuh lagi santan cair)
Kerisik 4 sudu besar
Garam 1 sudu besar
Gula 4 sudu besar
Ajinomoto 1/2 sudu kecik
1 /2 sudu kecil serbuk kunyit
Serbuk ketumbar 1 sudu besar
Serbuk Jintan manis 1 sudu besar
Serbuk Jintan putih 1/2 sudu besar
Serbuk Lada putih 1/2 sudu besar
Rempah 4 sekawan( kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga dan bunga cengkeh)
( kalau guna yang biji -dikisar halus
Daun kunyit 6-8lembar dihiris halus

Letak kuali yg besar atas dapor. Buka api:-
Masukkan ayam
bahan bahan kisar
serbuk kunyit
Jintan manis
Jintan putih
Lada putih
Ketumbar
Cili kisar
Garam
Gula
Rempah 4 sekawan

Kacau dan sebatikan semuanya. Terus balik balikkan sampai ayam keluar air.selepas 10 minit masukkan santan setengah kotak(250ml)
Gula
Garam
Kiub ayam/ serbuk perasa
kacau lagi sebab nak elak berkerak dibawah.
Agak dalam15 minit dikacau masukkan santan lagi separuh tadi (250ml). Waktu ini anda boleh rasa sikit apa yg kurang boleh tambah ikut selera anda.kacau lg dalam 20 minit.
Terus kacau sampai kuah agak pekat anda masukkan kerisik.kacau lg selama 10 minit.
( bila dah nampak kuah mulai pekat waktu ini anda mesti keluarkan ketulan ketulan ayam tersebut sebab nak elakkan isi ayam jadi pecah atau hancur( masukkan isi ayam sahaja kedalam mangkuk).
Kuahnya biarkan didalam kuali dan masukkan daun kunyit yang kita potong kecil kecil tadi. Kacau dan balikkan selama 5 minit.
Lepastu anda masukkan isi ayam tadi semula dalam kuali dan sebatikan semuanya dengan kuah yang dicampur daun kunyit tadi. Dalam 5 minit lepas dikacau tutup api. Sebab biar daun kunyit tu masih nampak segar lg dan masih bewarna hijau.

Kiahnya dah kering seperti mana yang anda kehendaki boleh pindahkan kedalam periuk dan tudung. Dah siap.

18/07/2023

UDANG MASAK MERAH BEREMPAH

Bahan-bahan:

500 g udang basah (dibersihkan dan digaulkan dgn sedikit garam)
2 sudu makan sos tomato
1 tangkai daun kari
garam dan gula secukupnya
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan serbuk kari daging
4-5 sudu makan cili kisar
1 sk serbuk ketumbar
1 sk serbuk jintan putih

Bahan-bahan mesin/dikisar:

1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas

Cara-cara :
Panaskan minyak utk goreng terendam. Goreng udang selama 2 minit. Kemudian angkat dan tuskan.
Tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan2 mesin bersama daun kari hingga wangi.
Satukan serbuk kari, cili kisar, sos tomato, jintan putih dan serbuk ketumbar di dlm satu bekas. Bancuhkan dgn sedikit air utk dijadikan pes. Kemudian, tumiskan bersama bahan2 mesin tadi hingga pecah minyak.
Masukkan garam, gula, kicap dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih.
Setelah kuahnya sedikit pekat, bolehlah dimasukkan udang tadi. Gaul2kan hingga rata.
Hidangkan setelah masak.

Credit: azie kitchen




18/07/2023

RESEPI KUIH CARA MANIS MELECAİH LEMAK BERKRIM😋😋😋
(20 tahun niaga pk resepi ni ..anti gagal)
Semoga bermanfaat buat semua😊😊😊
Bahan2nya-
1)10 helai Daun Pandan (lagi banyak lagi sedap rasa)
2) 2 cawan air
3)1 kotak santan 200ml
4) 1 biji telur gred A
5) 3 cawan teung gandum
6) Sedikit garam
7) Gula secukupnya
Cara2nya-
▪️Potong daun pandan dan blender dengan 2 cawan air. Kemudian tapis kan.
▪️Masukkan telur 1 biji,1 kotak santan ,3 cawan gandum, sedikit garam dan air tapisan pandan tadi. Blender sekali lagi pastu tapiskan.
▪️Panaskan acuan dangan api slow melow ye. Pastu sapu sedikit minyak tp jangan sampai minyak bertakung dalam acuan cara tu pulak.😃😃😃
▪️Boleh tuang bahan tadi hmpir penuh acuan, jangan bagi limpah ruah pulak. Pastu terus masuk gula dan tutup .
▪️Bakar lebih kurang 3-5 minit. Tak perlu terbalikkan ye.
▪️Siap jangan terus dingap dalam mulut kang melecurr mulut 😂😂😂
Selamat mencuba.✌✌✌
P/s;
*kalau tak de daun pandan boleh guna perasa pandan.
*nak warna hijau yang terang boleh guna pewarna hijau pandan ye.
*kepekatan ikut keadaan. Lau agak pekat boleh tambah air yerr👌




18/07/2023

SOTONG MASAK LEMAK PADANG

1 kg sotong ~ cuci bersih dan potong
3 biji bawang besar ~ belah 4
2 biji tomato ~ belah 4
2 batang serai ~ di titik
3 biji ubi kentang ~ belah 4
3 camca minyak untuk menumis
500 ml santan
air secukupnya
garam secukup rasa

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc kunyit hidup
2 inc halia
5 tangkai cili merah

Panaskan minyak
Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air
Kacau biar sebati
Kemudian renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak

Address

Kangar
01000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEDAI PGPI.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share