NC Space

NC Space Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NC Space, Business service, Lot 1181, Jalan Bukit Cerakah, Kampung Bukit Kapar, Kapar.

Ruang Acara Puncak Alam

NC Space menyedia solusi untuk sesiapa yang mencari

Bilik Seminar, Studio Shooting, Ruang Training, Bilik Meeting, Conference, Product Launching Space.
__________________________________

+6010 341 5785
[email protected]

18/10/2021

Malam ini!!!!! Jom tonton bersama2

Jam 9pm

16/10/2021

Orang kata kalau sewa dewan nak buat Program Talkshow ke, Seminar, Training ke, Kursus ke, Busking ke, Konsert ke susah nak cari tempat makan, bilik rehat pon xda...

NC Space adalah tempat paling tepat untuk anda yang ada masalah tersebut. Di Lokasi ini lengkap semua yang anda ingin kan. nak Multi camera?? Ada!!, nak Sound System?? Ada!! Nak Emcee?? Ada!!, nak dewan SEJUK?? Ada!!, Nak Lighting?? Ada!! MAKAN?? Pon Ada!! lagi 1 Parking besor wehhh boleh masuk kira2 100 kereta boleh muat.

Harga tak mahal, Mudah bincang, tempat selesa. lengkap!!!

SHAREKAN pada semua rakan2 anda!!!

RABIULAWALRABIUL AWAL bulan penuh RAHMAT untuk kita. Bulan inilah TERBITNYA “BINTANG AHMAD” di langit kira-kira 1444 tah...
12/10/2021

RABIULAWAL

RABIUL AWAL bulan penuh RAHMAT untuk kita. Bulan inilah TERBITNYA “BINTANG AHMAD” di langit kira-kira 1444 tahun lalu. Bintang inilah yang MENJADI PENYELAMAT dan SINAR KERAHMATAN buat seluruh alam. Kelahiran BINTANG AHMAD yang disedari oleh ULAMA YAHUDI pada malam itu MENANDAKAN ‘KELAHIRAN’ BAGINDA RASULLULLAH.

Menurut sejarahnya RASULULLAH lahir pada HARI ISNIN di bulan RABIUL AWAL dalam keadaan SUJUD dan sudah berkhatan. ALAMAT kelahiran baginda rasulullah amat jelas dan dinanti-nantikan oleh AHLI-AHLI KITAB sebelumnya, malah saat kelahiran baginda rasulullah; ISTANA RAJA FARSI (kerajaan yang paling besar dan berkuasa pada masa itu) TELAH BERGEGAR!! 14 anjung istana RUNTUH!!! API yang sudah disembah sejak ribuan tahun yang tidak pernah padam sebelumnya tiba-tiba TERPADAM!!!!. Tasik SAWWAH berhampiran istana juga TERTIMBUS!!.

RABIUL AWAL ini juga mencatatkan berbagai KENANGAN & PERISTIWA untuk direnungi HIKMAH-HIKMAHNYA, antaranya:

Perlantikan Nabi menjadi Rasul
Ada pendapat mengatakan, dibulan Rabiul awal inilah Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi Muhammad SAW berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah yang seterusnya TERBINALAH EMPAYAR ISLAM.

TARIKH TAHUN HIJRAH
Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika ini di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba’ pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

Peperangan.
Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah SAW diantara tentera islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyam.

WAFAT
Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah SAW.
Rasulullah telah wafat pada hari Isnin di bulan Rabiulawal pada tahun 11H. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah r.a dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

Abu Bakar r.a Menjadi Khalifah
Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera melantik saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa’idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ini adalah nadi sesebuah kerajaan dan sebahagian sahabat p**a menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah SAW yang diketuai oleh Saidina Ali.

Pembukaan Iraq
Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar

Pembukaan Baitul Muqaddis
Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol.
Kubu terakhir tentera Islam si Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

RABIUL AWAL simpan banyak cerita.. miskipun ia kurang diceritakan lagi.

01 RABIULAWAL!==================Daripada riwayat tokoh utama sirah iaitu Musa bin Uqbah dan ulama hadis yang terkenal Im...
08/10/2021

01 RABIULAWAL!

==================
Daripada riwayat tokoh utama sirah iaitu Musa bin Uqbah dan ulama hadis yang terkenal Imam Laith bin Saad, Abu Nua’im Fadhal bin Dukain dan juga disokong oleh Imam Suhaili dan Al Khuwarazmi. (Fathul Bari, Jilid 16. hal. 206, “Ar Raudhul Unuf,” jilid 7, hal. 579) - BERSETUJU BAHAWA tarikh yang lebih tepat bagi kewafatan Nabi S.A.W. ialah pada hari:

Isnin
1hb. RABIUL AWWAL tahun 11H

bersamaan dengan

25hb. Mei 632M.

==================

'Hari' itu kembali.

01 RABIULAWWAL.. hari hiba untuk seluruh muslim.

tanggal 01 Rabiul Awal 11H itu dulu..
Baginda Rasulullah s.a.w. TELAH WAFAT!

saat itu...

KEPILUAN MENYELUBUNGI PARA SAHABAT

BERITA KEWAFATAN RASUL tersebar pantas laksana angin, suasana muram menyelubungi persada Madinah dan setiap cerok daerahnya.

Berkata Anas:

"Tidak pernah ku melihat satu hari lebih ceria dan bercahaya dari hari kedatangan Rasulullah s.a.w ke Madinah dan tidak pernah p**a ku lihat satu hari yang lebih buruk dan muram dari hari kewafatan Rasulullah s.a.w".

USAI wafat baginda Rasulullah, puteri Baginda, Fatimah r.a telah mengucapkan suatu ungkapan:

"Duhai ayahku,
kau menyahut seruan Tuhanmu,

duhai ayahku,
syurga al-Firdaus kesudahanmu,

duhai ayahku,
kepada Jibril jua kami bertakziah mengenai kewafatanmu”

Namun, 'CUACA' UMAR berbeza!!

Beliau TIDAK MENERIMA BERITA ini!! Ia hanya KHABARAN. Dari sudut pandangannya, susuk baginda Rasul itu hanya sedang tidur.

UMAR berdiri di hadapan khalayak ramai dan berkata:

"Sebenarnya terdapat beberapa orang munafiqin telah menyebut bahawa Rasulullah telah wafat, sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak wafat, cuma beliau pergi menemui Tuhannya seperti Musa bin Amran pergi menemui Tuhannya, Musa menghilang diri untuk selama empat puloh malam, kemudian Baginda p**ang semula setelah orang berkata, yang Musa telah mati. Demi Allah, Rasulullah pasti akan p**ang semula, sesiapa yang menyangka bahawa Rasulullah (s.a.w) telah wafat mesti dipotong tangan dan kaki-kaki mereka.!!"

Tegas UMAR yang PERKASA.

ada yang menarik nafas LEGAA...

Pun, 'CUACA' ini tidak sama untuk sang SAHABAT SEJATI, Saidina ABU BAKR..

Abu Bakr memecut kudanya, berlari dari rumahnya di al-Sanh, sesampainya ke perkarangan masjid Nabi beliau terus masuk ke dalam masjid.

Tanpa bercakap sepatah pun dengan orang ramai beliau memasuki bilik Aisyah menuju ke tempat Rasulullah yang sedang berbaring ditutupi dengan kain.

Beliau membuka tutupan muka Rasulullah s.a.w, terus memeluk dan mencium muka Rasulullah sambil menangis dan berkata:

"Demi dikaulah ibu ayahku,
Allah tidak akan mengenakan kau dua kematian, adapun kematian yang ditulis ke atas mu ini sudah kau hadapinya".

Abu Bakr lalu keluar. Didengarnya SUARA UMAR lantang berucap.. segera beliau merapati Umar.

"Wahai Umar sila duduk"

Namun Umar enggan untuk duduk.

Abu Bakr berucap kepada sidang hadirin dengan katanya:

"Adapun selepas tahmid dan syukur maka ingin ku menyebut di sini, sesiapa di antara kamu yang menyembah Muhammad sesungguhnya MUHAMMAD TELAH MATI dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak akan mati".

Kemudian beliau membaca ayat Allah:

"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (yakni murtad). Maka sesiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur".

Surah ali-Imran : ayat 144

UMAR TERDUDUK..

Khalayak diam...

MURAM KEMBALI!!

Umar perlahan berkata:

"Demi Allah, sebaik sahaja aku terdengar apa yang diunggapkan oleh Abu Bakr itu aku terasa kakiku sudah tidak berdaya lagi untuk berdiri, memanglah aku terus terhumban ke tanah sebaik sahaja mendengar apa yang dibaca oleh Abu Bakr itu, kerana aku sudah dipastikan dengan kewafatan Rasulullah".

Muhammad SAW telah pergi buat selamanya...

kisah itu tercatat dalam sirah di bulan RABIUL AWAL..

saat ini, berapa ramaikah umat yang KESAH?

SAFAR..Suatu masa dulu.. di hari KHAMIS, di bulan SAFAR.. di hari ke 26hb.. di TAHUN YANG PERTAMAia detik BESAR..kelak s...
04/10/2021

SAFAR..

Suatu masa dulu.. di hari KHAMIS, di bulan SAFAR.. di hari ke 26hb.. di TAHUN YANG PERTAMA

ia detik BESAR..
kelak sesudahnya.. ia menjadi alasan BESAR.. Islam jadi agung!

ia kisah JEJAK KEMBARA RASUL dari Mekah ke Madinah..

kerananya..
apa yang dinikmati kini terus diwarisi..

tapi..

SAFAR ini..
majoritinya LUPA..
dan dilupakan..

KISAH SAFARKira-kira 1400 tahun dulu, suatu MALAM di BULAN SAFAR - Si IBLIS turun ke BUMI demi satu MISI:BUNUH NABI!Ia k...
04/10/2021

KISAH SAFAR

Kira-kira 1400 tahun dulu, suatu MALAM di BULAN SAFAR - Si IBLIS turun ke BUMI demi satu MISI:

BUNUH NABI!

Ia kisah BESAR!

namun

Muslim LUPA..
(mungkin IBLIS hantar tenteranya untuk lupakan kita).

hanya kerana.. saat ini - yang lebih di KESAH adalah KISAH DISEMBER dengan XMAS dan NEW YEAR EVE nya.

SAFAR bukan bulan biasa..
Ia BULAN PENUH CERITA.. kisah MISI MEMBURU NABI untuk DIBUNUH! Demi menghapuskan ISLAM! Demi MENGHAPUSKAN MUSLIM!!

kini.. kisah ini terus SUNYI!
Lalu, kisah ini hanya kisah sia-sia... pengorbanan yang sia-sia.. perjuangan yang sia-sia..

bukan hanya IBRAH kisahnya telah jauh pergi.. malah KISAHNYA kian dilupai..

-----------------------

Saat itu kalendar HIJRAH belum bermula. SAFAR dalam tahun 622 MASIHI itu pihak Quraisy telah mengadakan sidang Parlimen - Darul Nadwah, seluruh perwakilan kabilah-kabilah Quraisy telah menghantar anggota-anggotanya, membuat perbincangan dan merencana satu pelan tindakan yang tegas untuk menghapus secepat mungkin pembawa obor-obor dakwah Islamiah agar dengan itu terputuslah arus cahayanya buat selama-lamanya.

Tokoh-tokoh perwakilan yang menonjol di dalam perjumpaan itu ialah:

1. Abu Jahal bin Hisyam mewakili qabilah bani Makhzum.

2. Jubair bin Mutaam, Tai’mah bin Adi, dan al-Harith bin Amir mewakili Bani Naufal Ibn Abdul Manaf.

3. Syaibah dan Utbah kedua-dua anak Rabiah dan Abu Sufian bin Harb, mewakili bani Abdul Syams bin Abdul Manaf.

4. al-Nadhr bin al-Harith (orang yang mencampakkan pundi-pundi najis sembelihan ke atas Rasulullah di Kaabah semasa baginda bersembahyang) mewakili Banu Abd al-Dar?

5. Abu al-Bukhturi bin Hisyam, Zama’h bin al-Aswad dan Hakim bin Hizam mewakili banu Asad bin Abd al-Uzza.

6. Nabyah dan Manbah kedua-duanya anak lelaki al-Hajjaj mewakili bani Sahm.

7. Umaiyah bin Khalaf mewakili Bani Jumah.

DISKUSI mereka panjang.. tegang.. namun tetap buntu. Tiba-tiba sesi mereka terhenti! Mereka didatangi seorang lelaki tua berpakaian seperti seorang syeikh yang mulia iaitu pakaian ahli zuhud. Lelaki itu berdiri di pintu masuk lalu mereka semua bertanya:

“Siapakah kamu ya tuan syeikh?”

Jawab lelaki misteri:

“Aku seorang syeikh dari Najd telah mendengar berita perjumpaan ini dan aku datang untuk mengikuti perbahasan kamu semoga aku boleh menyumbang sesuatu yang tidak merugikan kamu”.

Mereka mempersilakan lelaki itu masuk..

Perbincangan diteruskan.. berbagai cadangan dikeluarkan dan dihalusi.. hinggalah di suatu ketika, berkata kepala samseng dan jenayah Mekah - Abu Jahal bin Hisyam.

Kata Abu Jahal,

"Aku melihat di mana setiap kabilah haruslah dipilih seorang pemuda tangkas dan lincah kemudian kita serahkan kepada setiap mereka sebilah pedang yang tajam, untuk mereka gunakannya, dengan cara mereka menetak Muhammad serentak maka tamatlah riwayat Muhammad dan kita pun boleh berehat, kerana bila mereka lakukan cara ini bererti semua kabilah bertanggungjawab dan bani Abdul Manaf tidak terdaya untuk memerangi kesemua qabilah ini, sebagai gantiannya mereka akan berpuas hati dengan pembayaran diah (pampasan)."

Ulas sang Syeikh al-Najdi - lelaki misteri,

“Pendapat yang sebenar adalah sepertimana yang disebut oleh Abu al-Hakam, dan aku pun berpendapat sedemikian juga”.

Sidang Dar al-Nadwah pun sebulat suara menerima cadangan yang terkutuk itu.

MALAM itu mereka SEPAKAT!!

Mulalah MISI MEMBUNUH NABI!!

itu kisah SAFAR tahun 1 HIJRAH!!
......

usaha tak pernah berhenti.. kini usaha itu berterusan.. SAFAR hilang dalam ingatan.. yang ada hanya kisah bulan-bulan MASIHI.

10 SEPTEMBER 202110 SEPTEMBER 622M dulu.. ia kisah KEMBARA HIJRAH DIRI insan SUPER - RASULULLAH s.a.w.10 SEPTEMBER itu 2...
10/09/2021

10 SEPTEMBER 2021

10 SEPTEMBER 622M dulu.. ia kisah KEMBARA HIJRAH DIRI insan SUPER - RASULULLAH s.a.w.

10 SEPTEMBER itu 27 SAFAR tahun 1 HIJRAH. Masa itu taqwim HIJRAH belum ada.. kerana TAQWIM HIJRAH yang MUSLIM GUNAKAN HARI INI tercetus DARI KISAH ini sendiri.

HARI INI..
10 SEPTEMBER itu.. kisah HEBAT @ PETA MUSLIM ini bermula...

KISAH HIJRAH SUPER INSAN SUPER

Imam Muslim mengatakan bahwa Nabi SAW bersabda,

“Aku melihat dalam tidur bahwa aku berhijrah dari Makkah menuju suatu tempat yang banyak terdapat pohon kurma. Aku mencUba mengagak apakah itu Yamamah atau Hajar? Namun, ternyata, itulah Kota Yatsrib.” – [Sahih Muslim]

Lalu, baginda Rasulullah s.a.w. pun memerintahkan para sahabatnya untuk segera berhijrah. Saban hari hijrah sahabat bermula baik secara sendiri-sendiri maupun berkelompok hingga akhirnya yang tinggal hanya Baginda Rasul, Saidina Abu Bakar serta beberapa yang lain. Tekanan semakin membara.. kehilangan orang-orang Islam di Kota Mekah mula disedari. Kegusaran ada kebangkitan atau rencana membangunkan Islam di luar kota Mekah semakin merisaukan pemimpin Quraisy, lalu agenda membunuh Rasul sebelum Baginda juga hijrah harus dilaksanakan segera.

Kaum Quraisy pun menyiapkan strategi untuk melaksanakan hasrat mereka. Namun, rencana ini diketahui oleh Baginda Rasul s.a.w. Sambil menunggu perintah Allah SWT untuk berhijrah, Rasulullah s.a.w. menemui Abu Bakar dan memberitahukannya untuk bersiap hijrah ke Madinah.

“Dan, katakanlah, Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (p**a) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.” –(Surah AI-lsra : ayat 80).

Lalu, KISAH HIJRAH RASUL itupun bermula..

MALAM itu MENJELANG 10 SEPTEMBER @ 27 SAFAR...

Pada malam peristiwa hijrah itu, Rasulullah s.a.w. membisikkan kepada Ali b. Abi Talib supaya memakai pakaiannya dan berbaring di tempat tidurnya. Lalu tatkala pemuda-pemuda Quraisy mengintip ke tempat tidur Rasul, mereka melihat sesosok tubuh di tempat tidur itu dan menyangka bahawa Baginda masih tidur.

Tatkala masanya tiba, Baginda Rasul berdoa kepada Allah serta membaca Surah Yasin ayat 1 hingga 9.. saat itu, di luar rumah Baginda, seorang demi seorang pemuda Quraisy yang mahu menyerang hendap; tertidur.

Saat itu Baginda melangkah keluar dari rumahnya menuju ke rumah Abu Bakar yang setia menanti, lalu keduanya memulakan langkah hijrah meninggalkan kota tercinta mereka. Bersama-sama dengan Abu Bakar dan pembantunya, mereka bertolak ke arah selatan menuju gua Thur. Segalanya telah dirancang rapi oleh Abu Bakar. Mereka akan bersembunyi di gua tersebut sehingga kecoh kehilangan baginda Rasul reda.

Setiba di gua Thur, unta yang ditunggang dibawa p**ang oleh pembantu Abu Bakar yang membawa bersamanya kambing ternakan bagi tujuan menghilangkan jejak tapak kaki yang ada. Tatkala siang tiba, puteri Abu Bakar menghantar makanan dan susu. Amir b Fuhaira, pembantu Abu Bakar turut bersama membawa ternakan, sekali lagi dengan tujuan menghilangkan jejak kaki tatkala mereka ke gua Thur. Begitulah keadaannya sehingga 3 hari 3 malam.

Di Mekah, berita kehilangan Rasul amat mengusarkan pemimpin Quraisy. Mereka berusaha sungguh-sungguh mencari baginda Rasul, membawa pedang dan tongkat sambil mundar-mandir mencari ke segenap penjuru. Hingga ada yang berjaya menjejak tempat persembunyian Rasul di gua Thur.

Namun, Allah terlebih dahulu melindungi kekasihNya.

Tentang cerita gua ini dikisahkan dalam firman Allah Swt:

“Ingatlah tatkala orang-orang kafir (Quraisy) itu berkomplot membuat rencana terhadapmu (Muhammad), hendak menangkap, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka membuat rencana dan Allah membuat rencana p**a. Allah adalah Perencana terbaik.”

(Surah Al-Anfal : 30)

“Kalau kamu tak dapat menolongnya, maka Allah juga Yang telah menolongnya tatkala dia diusir oleh orang-orang kafir (Quraisy). Dia salah seorang dari dua orang itu, ketika keduanya berada dalam gua. Waktu itu ia berkata kepada temannya itu: ‘Jangan bersedih hati, Tuhan bersama kita!’ Maka Tuhan lalu memberikan ketenangan kepadanya dan dikuatkanNya dengan pasukan yang tidak kamu lihat. Dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itu juga yang rendah dan kalam Allah itulah yang tinggi. Dan Allah Maha Kuasa dan Bijaksana.”

(Surah At Taubah : 40)

BEGITULAH ANTARA CABARAN RASUL KETIKA MELAKSANAKAN HIJRAH..

Sungguh besar PENGORBANAN BAGINDA demi perjuangannya untuk DIRI, KELUARGA, AGAMA dan kita.. UMATNYA.

kisah AMAT BESAR ini sudah kecil kini..
umatnya sudah kurang peduli!!

ayuh makmurkan..
jika bukan kita - siapa?

Hari ini 10 SEPTEMBER.. ada kisah mahu diulang-ulang bicara.. berceritalah kepada keluarga dan saudaramu.. agar kita sama-sama menghayati dan memakmurkannya demi kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.

SAFAR..BULAN SAFAR 1443H bermula..BULAN KEDUA TAQWIM ISLAMI.Jika kalender masihi kini bulan ke SEMBILAN ... manakala TAQ...
09/09/2021

SAFAR..

BULAN SAFAR 1443H bermula..

BULAN KEDUA TAQWIM ISLAMI.

Jika kalender masihi kini bulan ke SEMBILAN ... manakala TAQWIM ISLAM sudah menjejaki BULAN KEDUA.

ALLAH KATA:

"Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan TAHUN dan hitungan hisab (BULAN & HARI); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk DUNIA & AGAMA kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya."

(Al-Israa' 17:12)

Tahu bilangan HARI, MINGGU & BULAN?
KALENDER yang ada keperluan DUNIA & AGAMA??

Sistem tubuh & minda MUSLIM disetkan mengikut TAQWIM MUSLIM.. betapa tidak, secara SIMBOLIK kita dapat melihat 'PERJALANAN DIRI' pada KALENDAR HIJRAH ini.. baca dan fikirkan..:

MUHARRAM - bulan permulaan laksanaa 'AWAL KEJADIAN DIRI' - saat BENIH ASAL kita yakni dari setitik MANI yang suci bercamtum dengan TELUR dalam RAHEEM ibu. Saat ini segalanya dalam MODE awal atau MULA..

Pada MUHARRAM ada HARI ASYURA yang dikaitkan dengan SEJARAH PERMULAAN atau PENCIPTAAN.. dikatakan Asyura adalah hari mulanya HUJAN, hari diciptakan ALAM, hari diciptakan RAHMAT, hari nabi Adam dicipta dan sebagainya.

Bukankah ini simbolik kepada AWALAN??

RABIUL AWAL & AKHIR - bulan ke 3 dan 4 dalam taqwim ISLAM - kata 'rabiul' yang merujuki musim SUBUR seolah menggambarkan 'KANDUNGAN' yang kian SUBUR & BERNYAWA. Selaras dengan FAKTA SAINS AGAMA - Ruh kehidupan ditiupkan disaat fetus berusia 4 bulan.

JAMADIL AWAL & AKHIR - bulan 5 & 6 - merujuki makna 'MENGERAS' yakni seolah melihatkan kandungan yang semakin 'membesar' dan mengeras. Kondisi FIZIKAL kandungan yang mula berkembang akan semakin subur dan sempurna.

REJAB - bulan HARRAM kedua sesudah Muharram merupakan BULAN KE 7 dalam takwim ISLAM.. saat ini kandungan yang berusia 7 BULAN kian bersedia untuk KELAHIRAN.

hinggalah..

RAMADHAN & SYAWAL.. - bulan ke 9 & 10 ini menyiapkan KELAHIRAN kita ke alam dunia. Saat SYAWAL yang dikenali sebagai 'HARI RAYA FITRAH' laksana merujuki sang kandungan yang LAHIR ke alam sebagai KAIN PUTIH (fitrah) yang tersedia untuk dicorakkan.

itulah sebahagian REFLEKSI perjalanan diri melalui PETA TAQWIM HIJRAH..

masihkah kita mencari PETA YANG LAIN??

Saat ini SAFAR..

saat ini.. diri harus terus JANA SUKSES agar 'KELAHIRAN' yang diimpikan bakal menjadi realiti..

JOM HIJRAH!!

MUHARRAM 1443Daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahu...
05/09/2021

MUHARRAM 1443

Daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata:

“Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim)

:: KALENDER ISLAM ::
(versi gantung di dinding)

KALENDER TAHUN HIJRAH versi khas yang lengkap dengan maklumat-maklumat baru yang KHAS untuk para muslimin seperti hari sesuai untuk melakukan zikir, puasa sunat dll.

Satu-satunya kalender seumpamanya dihasilkan bagi memakmurkan TAQWIM HIJRAH sebagai PETA HIDUP MUSLIM. Ia bukan hanya KALENDAR untuk memaparkan TARIKH tetapi lebih dari itu.

ia adalah KOMPAS MUSLIM!

Lengkap dengan maklumat-maklumat perihal IBADAH & HARI KEBESARAN untuk para muslimin seperti :

HARI KEBESARAN ISLAM:
HARI WAFAT RASUL
HARI MAULIDUL RASUL
NUZUL QURAN
ISRA' MIKRAJ
NISFU SYAABAN
ASYURA
WUKUF
EIDFITRI
EIDADHA
TASYREEQ
GHUSL KAABA' (CUCI KAABAH)
ISTIWA AZAM
PUASA ISNIN & KHAMIS
PUASA HARI PUTIH
PUASA HARI 9 & 10 MUHARRAM
PUASA ARAFAH

dll

PETA UNTUK MUSLIM!!

JIka berminat untuk DAPATKAN VERSI KALENDAR ini untuk ORGANISASI anda (tempahan pukal) - SILA HUBUNGI KAMI: 017 300 2349.

Address

Lot 1181, Jalan Bukit Cerakah, Kampung Bukit Kapar
Kapar
42200

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NC Space posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NC Space:

Share